Top
Image Alt

Jom Eropah 4 Negara + Cruise + Keukenhof Tulip Festival

London – Harwich - Hook of Holland - Zaanse Schans - Amsterdam - Brussels - Paris

Jom Eropah 4 Negara + Cruise + Keukenhof Tulip Festival

RM8390 RM7790 per person
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 30* APR, 03, 06 MAY
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

8390 10 190 7990 7190 6290

WARGA EMAS

8190 9990

FIESTA

7790 9590 7590 6890 6090

WE FIESTA

7690 9490

0 Reviews
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Long Distance Coach
    Tour Leader
    Travel Bag
  • Not Included
    Dinner
    Local Tour Guide
    Lunch
    Meals
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – DUBAI - LONDON

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke London melalui Dubai. Setibanya di London, menuju ke hotel untuk daftar masuk.

2
LONDON - BICESTER - LONDON

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Bicester Village, yang mempunyai lebih daripada 160 butik jenama terkenal di dunia seperti Coach, Dior, Gucci dan sebagainya. Singah sebentar di Emirates Stadium untuk photo stop. Teruskan sesi membeli belah ke London Designer Outlet yang menawarkan jenama pakaian high street seperti Levi’s, Asics, GAP, H&M pada harga yang menjimatkan. Selepas itu, bertolak ke hotel untuk beristirehat.

3
LONDON - HARWICH

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi Ratu England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan epik Putera William dan Kate Middleton House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya.Bertolak ke Pelabuhan Harwich untuk overnight cruise menuju ke Hook of Holland.

4
HOOK OF HOLLAND - AMSTERDAM

Selesai sarapan pagi di dalam cruise, daftar keluar untuk bertolak ke Amsterdam. Lawatan dimulakan ke Lisse untuk melawat Keukenhof Tulip Garden; satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan untuk melawat taman bunga seluas 32 hektar dengan lebih daripada 7 juta bunga yang ditanam dengan tangan pada musim luruh untuk berbunga pada musim bunga. Terdapat pelbagai jenis 800 tulip yang berbeza. Seterusnya ke Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama dari kurun ke 18 dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya. Tetamu berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm, Bakery Museum yang masih beroperasi dan menghasilkan produk berasaskan pastri dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun. Singgah di Sultanahmet Zaandam Mosque untuk menunaikan solat, Lawatan seterusnya ialah Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan dari Zaman Pertengahan. Acara bebas di Damrak Square di mana tetamu boleh berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua. Bersiar-siar di kawasan sekitar atau membeli-belah di Kalverstraat sebelum menuju ke hotel untuk daftar masuk.

5
AMSTERDAM - BRUSSELS - PARIS

Selesai sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Brussel untuk melawat Atomium iaitu sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan dengan seunit atom. Singgah ke Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Tidak lupa ke Hard Rock Café Brussel bagi pengemar setia membeli memorabilia untuk dijadikan koleksi. Meneruskan perjalanan ke Kota Paris yang dikenali dengan nama jolokan City of Lights untuk bermalam.

6
PARIS

Setelah sarapan pagi di hotel, destinasi pertama adalah Fragonard Perfume Museum dedikasikan kepada pencinta haruman yang dibuka pada tahun 1983. Seterusnya Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris. Kemudian, tetamu akan dibawa ke Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower. Menunaikan solat di Grand Mosque Paris dan seterusnya membeli-belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau.

7
PARIS – DUBAI

Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa membeli-belah ke La Vallee Village Designer Outlet adalah outlet membeli- belah untuk pelbagai barangan jenama terkemuka dari Perancis dan luar. Outlet yang terletak 30km dari Perancis merupakan lokasi tumpuan utama pelancong dan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan berjenama seperti Longchamps, Furla, Prada, Louis Vuitton dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan Taman Tema Disneyland Paris (perbelanjaan sendiri) yang menyambut anniversary ke 30 tahun. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.

8
DUBAI – KUALA LUMPUR

Transit di Dubai untuk sebelum meneruskan perjalanan menaiki pesawat Emirates ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur bersama kenangan dan memori percutian terindah bersama kami.

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page