Top
Image Alt

Jordan Baitulmaqdis Mesir

Amman – Petra – Laut Mati – Jericho – Baitulmaqdis – Hebron – Jabal Musa – Suez – Cairo – Alexandria

Jordan Baitulmaqdis Mesir

per person
11H9M
0 Reviews
  • Included
    Accommodation
    Dinner
    Flight Ticket
    Lunch
  • Not Included
    Entrance Fees
    Land Transport
    Local Tour Guide
    Tour Leader/Escort
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – SHARJAH – AMMAN
Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Amman melalui Sharjah. Setibanya di Lapangan Terbang Queen Alia, tetamu akan dibawa untuk melawat Ahl Al Kahf atau dikenali sebagai ‘7 Sleepers cave’ yang sejarahnya cukup terkenal dengan sekumpulan pemuda yang tertidur lebih dari 300 tahun kerana bersembunyi dari dibunuh oleh tentera-tentera raja. Makan tengah hari dan solat di King Abdullah Mosque yang dibina pada tahun 1982 dan 1989. Seterusnya melawat Makam Bilal bin Rabah dan Grand Husseini Mosque. Tetamu berpeluang untuk mengabdikan kenangan indah bergambar bersama masjid terbesar di Amman. Makan malam dan daftar masuk hotel.
2
AMMAN – PETRA – LAUT MATI – AMMAN
Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa ke Petra, Jordan. Petra adalah tapak arkeologi yang terkenal di padang pasir di barat daya Jordan. Wujud sekitar tahun 300 SM, ia adalah ibu kota Kerajaan Nabatean. (Pilihan tambahan: menaiki kereta kuda masuk ke kawasan Petra). Kemudian, tetamu akan dibawa ke Laut Mati (Dead Sea). Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia. Kandungan garam di dalam laut ini menyebabkan tiada hidupan laut yang boleh hidup di dalamnya, manakala jika mandi, badan akan terapung di atas air dan tidak tenggelam. Pasti tetamu ingin mencuba! Seterusnya, tetamu akan dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.
3
AMMAN – JERICHO – BAITULMAQDIS
Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa menyeberangi sempadan Israel melalui Allenby Bridge atau juga dikenali sebagai King Hussein Bridge sebelum tiba di Jericho. Jericho atau dalam Bahasa Arab dipanggil Ariha dipercayai merupakan bandar tertua dan bandar terendah di dunia. Seterusnya, melawat Makam Nabi Musa. Makam Nabi Musa tidak seperti makam lain kerana ukurannya yang agak besar iaitu lebih kurang 3 meter panjang dan 1.5 meter lebar. Seterusnya, meneruskan perjalanan ke Baitulmaqdis. Makan malam dan daftar masuk hotel.
4
BAITULMAQDIS
Setelah selesai bersarapan, tetamu akan memulakan lawatan di Baitulmaqdis dengan melawat Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Menurut sejarah Islam, di masjid inilah Nabi Muhammad diangkat ke langit ketujuh dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, Masjid Al-Aqsa juga merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum wahyu diturunkan di dalam Surah al-Baqarah ayat 148 untuk dihadapkan kiblat ke arah Masjid al-Haram buat semua umat Islam sehinggalah sekarang. Seterusnya melawat Dome of the Rock, monumen Islam tertua yang masih berdiri sehingga ke hari ini. Ia juga mempunyai mihrab yang tertua di dunia. Kemudian tetamu berpeluang melihat Wailing Wall, di mana ia adalah satu-satunya sisa bangunan suci yang teguh berdiri di Temple Mount. Seterusnya, melawat Masjid Omar yang dibina oleh umat Islam di kawasan Saidina Umar Al-Khatab bersembahyang selepas menolak pelawaan paderi besar Baitulmaqdis untuk bersolat di Church of the Holy Sepulchre. Kemudian meneruskan lawatan ke Mount Olive dan menziarahi Makam Salman Al Farisi dan Makam Rabiatul Adawiah. Salman Al Farisi adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang terkenal dengan kecerdikannya dalam mengusulkan penggalian parit di sekelilingi kota Madinah semasa perang Khandaq. Manakala Rabiatul Adawiah terkenal sebagai antara salah seorang wanita terawal yang memeluk agama Islam dan tergolong sebagai wanita sufi dalam sejarah Islam. Kemudian, pulang ke hotel dan makan malam.
5
BAITULMAQDIS – HEBRON
Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa ke Hebron. Hebron atau Al-Khalil iaitu nama dalam Bahasa Arab terletak di pinggir barat kota Palestin dan telah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Tetamu berpeluang untuk menerokai sejarah 3 nabi yang pernah bersemayam di kota Hebron iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi Ya’kub. Jadi, tidak sah jika tidak melawat makam mereka di sini iaitu Makam Nabi Ibrahim dan makam isteri baginda Siti Sarah, makam anak lelakinya Nabi Ishak dan makam isterinya iaitu Siti Rifqah. Kemudian, pulang ke hotel dan makan malam.
6
BAITULMAQDIS – JABAL MUSA
Sarapan pagi di hotel, dan bertolak menuju ke Mesir. Makan tengah hari di Taba dan sambung perjalanan ke Jabal Musa. Di sinilah terletaknya biara St. Catherine yang merupakan biara Kristian tertua dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.
7
JABAL MUSA – SUEZ – CAIRO
Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa ke Gunung Sinai atau juga dikenali sebagai Moses Mountain. Tempat ini menjadi salah satu tempat bersejarah bagi kaum Muslim di mana tempat ini dipercayai menjadi tempat Nabi Musa menerima wahyu berupa 10 perintah Allah yang termaktub dalam Kitab Taurat, sebelum diwahyukan al-Quran kepada Nabi Muhammad. Kebanyakan pelancong yang datang ke Gunung Sinai ini adalah untuk menyaksikan keindahan panorama sekitar Mesir sambil melihat matahari terbit dari puncak gunung tersebut. Seterusnya menziarahi Makam Nabi Harun dan Makam Nabi Soleh. Kemudian, bertolak menuju ke Cairo. Setibanya di Cairo, tetamu akan dibawa melalui Citadel of Saladin yang merupakan kubu kuat islam pada zaman pertengahan di Cairo. Ia kini menjadi tempat bersejarah yang dipelihara dan mempunyai masjid dan muzium. Makan malam dan daftar masuk hotel.
8
CAIRO
Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Great Pyramid of Giza dan Sphinx. Kemudian ke Egyptian Museum, di mana di dalamnya terdapat lebih daripada 120,000 koleksi barangan kuno Mesir dan merupakan salah satu muzium terbesar di rantau itu. Lawatan diteruskan dengan berkunjung ke Kilang Minyak wangi dan Kilang Papyrus. Kemudian tetamu tetamu akan dibawa membeli-belah di Khan Khalili Bazar. Seterusnya tetamu dibawa melawat ke Makam Imam Syafie iaitu seorang ulama' tersohor dan merupakan pengasas kepada mazhab Shafie yang menjadi ikutan jutaan umat Islam termasuklah di Malaysia. Akhir sekali, tetamu berpeluang menziarah Masjid Al Azhar dan Masjid Saidina Hussain. Makan malam dan pulang ke hotel.
9
CAIRO – ALEXANDRIA
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Alexandria, setibanya di sana tetamu akan dibawa melalui Makam Lukman al-Hakim dan Makam Nabi Danial. Kemudian, tetamu berpeluang untuk melawat Abu al-Abbas al-Mursi Mosque yang merupakan sebuah Masjid Mesir dan terdapat makam Abul Abbas al-Mursi di dalamnya. Seterusnya tetamu akan dibawa melalui Citadel of Qaitbay yang terletak berhampiran pantai laut Mediterranean. Tetamu juga berpeluang untuk bergambar di hadapan Library of Alexandria yang merupakan perpustakaan terbesar di Alexandria. Makan malam dan daftar masuk hotel.
10
ALEXANDRIA – SHARJAH - KUALA LUMPUR
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Tetamu akan dibawa ke Lapangan Terbang Borg El Arab untuk penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Sharjah.
11
KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
You don't have permission to register

You cannot copy content of this page