Top
Image Alt

Milan Liechtenstein Swiss

Milan - Lake Como - Lugano - Tirano - Chur - St Galen - Basel - Mt. Rigi - Lucerne - Zurich

Milan Liechtenstein Swiss

RM11890 RM11090 per person
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 20 JAN, 25 FEB 23
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

11890 14590 11090 9590 7390

WARGA EMAS

11690 14390

FIESTA

11090 13790 10490 9090 6890

WE FIESTA

10990 13690

0 Reviews
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Meals
    Tour Leader
    Travel Bag
  • Not Included
    Lunch
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – ABU DHABI
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Malpensa, Italy melalui Abu Dhabi.
2
ABU DHABI - MILAN – COMO – MILAN
Setibanya di Lapangan Terbang Malpensa, bertolak ke Como untuk melawat tasik yang paling popular di Italy iaitu Lake Como yang terletak dikaki banjaran Alps dan juga dikelilingi oleh gunung yang sangat cantik. Singgah sebentar untuk photo stop di Villa Olmo iaitu villa bercirikan neoklasik yang dibina bersebelahan tasik ini merupakan rumah percutian musim panas bagi golongan bangsawan. Tetamu bebas berjalan-jalan di Como Old Town yang berbentuk segi empat dikelilingi oleh tembok kubu sejak abad kedua belas. Jalan-jalan yang dipenuhi dengan aroma piza dari restoran, bunga dan buah – buahan dari gerai yang menjual strawberi dan tembikai. Bertolak ke kota metropolitan Milan, di bandar ini terdapat beberapa tempat yang akan dilawati antaranya Sforza Castle yang merupakan kubu abad ke-15 yang dibina di atas runtuhan kubu zaman pertengahan. Singgah ke Galleria Vittorio Emanuele II iaitu gedung membeli belah yang masih lagi aktif di Itali dan juga merupakan mercu tanda utama Milan di Itali. Dari sini tetamu boleh melawat ke Duomo di Milano dan Teatro alla Scala. Duomo di Milano sebuah karya seni bina yang cantik dengan beribu-ribu menara dan patung yang diukir merupakan pemandangan yang mengagumkan bagi sesiapa yang melawat di Milano. Teatro alla Scala ialah gedung opera paling terkenal di dunia dan destinasi yang tidak seharusnya dilepaskan untuk peminat muzik dan budaya. Selepas itu tetamu akan dibawa ke restoran untuk makan malam dan kemudian bergerak ke hotel untuk berehat.
3
MILAN – LUGANO -TIRANO
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, tetamu akan dibawa membeli belah di Foxtown Factory Outlet. Nikmati diskaun untuk jenama berjenama seperti Gucci, Prada, Versace, Salvatore Ferragamo, Valentino, Dolce & Gabbana, Trussardi, Adidas dan Nike. Terdapat lebih daripada 130 kedai untuk dipilih, disesuaikan mengikut citarasa dan bajet semua orang. Teruskan lawatan ke Lake Lugano yang terletak di sempadan antara Switzerland dan Itali ini dimana tetamu dapat melihat pemandangan tasik serta kawasan pergunungan yang menakjubkan. Meneruskan perjalanan ke Tirano yang terletak di Valtellina, utara Italy. Merupakan tempat terletaknya titik permulaan laluan keretapi yang paling indah di Eropah iaitu Bernina Ekspress. Setibanya disini, tetamu akan di bawa melawat ke Castle di Santa Maria, Church Chiesa di San Martino, Salis Palace dan Porta Poschiavina iaitu salah satu pintu benteng pertahanan yang dibina pada akhir abad ke 15. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.
4
TIRANO – CHUR – VADUZ - ST GALLEN
Selepas sarapan pagi bertolak ke Stesen Keretapi Bernina untuk menaiki keretapi Bernina Express menuju ke Chur. Menaiki keretapi ini merupakan salah satu perkara yang menakjubkan untuk dilakukan. Di sepanjang perjalanan, tetamu dapat melihat pemandangan yang mengagumkan semasa dalam perjalanan. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan landskap luarbiasa, gunung bersalji, lembah panoramik dan melalui tasik membiru dan melintasi jejambat Landwasser Viaduct setinggi 65 meter. Keretapi ini akan melalui 55 terowong dan lebih 196 jambatan dan menikmati pemandangan yang mengagumkan seperti Montebello curve, glacier Morteratsch, 3 tasik terkenal iaitu Lej Pitschen, Lej Nair dan Lago Bianco. Setibanya di Chur, tetamu akan dijemput oleh pemandu dan meneruskan perjalanan ke Vaduz iaitu ibu negeri Liechtenstein. Lawatan di sekitar bandar ini meliputi Vaduz Castle dan City Hall, St Florin Cathederal dan Parliament Building of Liechtenstein. Aktiviti bebas diberikan kepada tetamu untuk berjalan-jalan di Stadtle Street dimana tetamu boleh memesan croissant coklat yang lazat sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan. Makan malam sebelum daftar masuk hotel di St Gallen untuk berehat.
5
ST GALLEN – WASSERAUEN - SCHAFFHAUEN – BASEL
Selepas sarapan, memulakan lawatan ke Abby Library of St Gall iaitu salah satu perpustakaan yang tertua dan tercantik di dunia. Asal-usul perpustakaan ini bermula pada abad ke-8 dan kebanyakan daripada 160,000 teks yang tidak ternilai adalah hampir setua itu. Teruskan lawatan ke Wasserauen- Ebenalp bagi menaiki kereta kabel untuk melawat Berggasthaus Aescher Wildkirchli, iaitu swiss guesthouse yang cantik dibina dalam tebing gunung. Tidak jauh dari situ terletaknya Wildkirchli Caves yang telah didiami oleh Neanderthal sejak 40,000 tahun dahulu. Tetamu bebas menikmati pemandangan sekeliling sambil mengambil gambar serta bersiar-siar di sepanjang denai. Menuruni gunung mengunakan kereta kabel dan meneruskan perjalanan ke Schaffhausen untuk berhenti bergambar di Rhinefalls sebelum ke Basel. Sejurus tiba di sini, tetamu akan melawat Basel Town Hall dan yang dibina bercirikan gaya romanesque dan gothic. Photo stop di Basel Historical Museum, salah satu muzium terbesar dan penting di Switzerland. Tetamu juga berpeluang berjalan- jalan di Marktplatz sebelum makan malam di restaurant dan daftar masuk hotel.
6
BASEL – SCHÖNENWERD – LUCERNE – ZURICH
Selepas sarapan bertolak ke Schönenwerd untuk membeli belah di Fashion Fish Premium Factory Outlet. sebelum bertolak ke Lucerne, bandar yang menawarkan pemandangan cantik 3 gunung Swiss yang terkenal iaitu Eiger, Jungfrau dan Monch. Singgah ke Lion Monument atau dikenali dengan gelaran Lion of Lucerne, yang merupakan singa yang diukir di atas batu untuk memperingati tentera Swiss yang terbunuh semasa Revolusi Perancis dan Chapel Bridge, mercu tanda utama Lucerne iaitu jambatan pejalan kaki yang terbina daripada kayu dan mempunyai lukisan di siling yang seawal dari kurun ke-17. Bergambar di persekitaran semulajadi Tasik Lucerne yang terdiri daripada bukit dan gunung yang dilitupi salji amat cantik. Aktiviti bebas dimana tetamu berpeluang membeli belah di Bucherer, butik terkenal yang menjual pelbagai jam tangan terkenal di dunia terutamanya Rolex dan jam buatan Swiss, dan juga membeli-belah barangan coklat dan cenderamata seperti Swiss Army Knives di butik Casa Grande. Bertolak ke Zurich, bandar terbesar di Switzerland dan makan malam sebelum daftar masuk hotel.
7
ZURICH – ABU DHABI
Berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
8
ISTANBUL - KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page