Top
Image Alt

Morocco + Spain + Portugal

Casablanca – Marrakesh – Rabat – Tangier – Tarifa – Seville – Sintra – Lisbon – Seville – Cordoba – Granada – Madrid – Toledo

Morocco + Spain + Portugal

RM10490 RM9890 per person
Take a journey to exotic country of Morocco while learning about the history of Al-Andalus, the region of Spain which was under the rule of Umayyad that spans to most parts of Iberian Peninsula.
Visit the architecture remains of Alhambra Palace in Granada and Mezquita in Cordoba. Embark on a short trip to Lisbon to visit Sintra with its famous Palace de Pena, take photo in front of Belem Tower and Monument of Discoveries by the Targus River.
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 10 OCT,  13 NOV*
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

10490 11990 9690 8290 7190

WARGA EMAS

10290 11790

FIESTA

9890 11290 9290 7890 6790

WE FIESTA

9790 11190

*Surcharge RM100

0 Reviews
  • Departure/Return Location
    Casablanca / Madrid
  • Included
    Accommodation
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transport
    Local Tour Guide
    Lunch
    Tour Leader/Escort
  • Not Included
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – ABU DHABI

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Casablanca melalui Abu Dhabi

2
ABU DHABI – CASABLANCA - MARRAKESH

Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, bertolak menuju ke kota Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM. Bersolat di Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki yang merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Selepas makan tengahari, masa bebas di bazaar Djemaa El-Fnaa Square souk popular yang terletak di Old Medina. Tetamu berpeluang membeli belah jubah, tudung, barangan seramik dan cenderahati. Berpeluang merasai juadah tempatan makanan Morrocco campuran pelbagai pengaruh berber,Andalusia dan juga Mediterranean. Kemudian, bertolak ke Marrakesh, makan malam dan daftar masuk hotel.

3
MARRAKESH - CASABLANCA

Seusai sarapan pagi di hotel, lawatan di kota Marrakesh dimulakan ke Bahia Palace, sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina. Seterusnya melawat Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m dan Tombeaux Saadiens yang merupakan makam kerabat diraja. Masa luang untuk menyelusuri bazaar Djemaa El-Fnaa yang terkenal dengan penjualan jubah, tudung dan rempah-ratus. Kemudian, bertolak semula ke Casablanca, daftar masuk hotel dan makan malam.

4
CASABLANCA – RABAT – TANGIER

Selepas bersarapan pagi, lawatan di ibu negara Morocco ini dimulakan ke Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Kubu yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini dibina seawal kurun ke-12 dan merupakan salah satu tarikan yang unik di bandar diraja Rabat. Melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Menara yang dibina daripada batu pasir berwarna merah ini terletak bertentangan dengan Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Makan tengahari dan perjalanan diteruskan ke Tangier yang terkenal sebagai kota pelabuhan di Selat Gibraltar. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

5
TANGIER – TARIFA – SEVILLE

Sarapan pagi, lawatan ke Hercules Caves, gua yang mempunyai pintu yang berhadapan dengan launtan Atlantik. Diatas Gua Hercules terletaknya Cape Spartel dimana tetamu boleh mengambil gambar panorama Selat Gibraltar. Bertolak menaiki feri merentasi Selat Gibraltar untuk ke Tarifa, sebuah kota yang terletak di bahagian paling selatan Sepanyol di mana lautan Atlantik bertemu dengan Mediterranean. Setibanya di Tarifa, tetamu akan dibawa makan tengahari dan menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke kota Seville yang dahulunya merupakan ibu kota di rantau Andalusia. Destinasi pertama adalah Plaza de Espana, bangunan yang cukup menarik reka bentuknya yang terletak di dalam kawasan Maria Luisa Park dan terdapat kolam air pancur besar di tengahnya dan lukisan sepanjang tembok yang menceritakan sejarah kegemilangan Sepanyol. Bergambar di Giralda Tower iaitu sebuah peninggalan menara asal masjid yang dibina semasa pemerintahan Almohad. Melawat Istana Diraja Alcazar serta Torre del Oro atau Menara Emas iaitu menara pengawal tentera yang masih kekal sehingga sekarang. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

6
SEVILLE – SINTRA – LISBON

Bertolak menuju ke negara Portugal dan melawat kota Sintra yang terkenal dengan tarikan Palace Da Pena, sebuah istana berwarna terang dan dihiasi dengan binaan kubu dan patung mitos, merupakan salah satu tarikan pelancong ke Portugal dengan contoh senibina terbaik Romantisisme dari kurun ke-19. Makan tengahari di restoran dan bertolak ke Lisbon. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Lisbon, bandar tertua di Barat Eropah melebihi kota Rome, Paris dan London. Makan malam dan daftar masuk hotel.

7
LISBON – SEVILLE

Selepas bersarapan pagi di hotel, melawat Rossio Square iaitu dataran yang paling meriah di Lisbon yang dikelilingi oleh air pancut Baroque, monumen dan tugu bersejarah serta bangunan Dona Maria II National Theatre. Berhenti berfoto di Jeronimos Monastery, sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline terunggul yang menyimpan makam Vasco da Gama, penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India. Melawat Belem Tower, menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan Monument to the Discoveries yang dibina setinggi 171 kaki berbentuk seakan-akan kapal pada tahun 1940 untuk meraikan pencapaian penjelajah Portugis. Makan tengahari dan bersolat di Central Mosque of Lisbon yang dibina pada tahun 1985 hasil sumbangan komuniti Muslim. Bertolak menuju ke kota Seville, makan malam dan daftar masuk hotel.

8
SEVILLE – CORDOBA – GRANADA

Tetamu akan menikmati sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Cordoba iaitu bandar yang pernah dikuasai Islam pada suatu masa dahulu. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa makan tengahari dan melawat Mezquita, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia. Dikenali sebagai Cathedral Mosque of Cordoba, masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara dan mihrab. Lawatan diteruskan ke Jewish Quarter, sebuah kawasan kejiranan Yahudi yang diberi kebebasan beragama dan penempatan ketika pemerintahan Islam Almohad. Bukan sahaja dikelilingi oleh rumah yang dicat putih dan patio dengan bunga berwarna-warni, malah surau umat Islam di sini juga masih dikekalkan dan digunakan sehingga hari ini. Teruskan perjalanan ke Granada, tetamu dibawa melawat Albayzin Muslim Quarters di mana terletaknya Grand Mosque of Granada. Masjid ini juga menawarkan lokasi paling sesuai untuk mengambil gambar panorama indah Istana Alhambra. Selepas solat di masjid ini, tetamu akan dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

9
GRANADA – MADRID

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Alhambra Palace yang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana oleh pemerintah Kerajaan Granada Nasri yang berbangsa Moorish. Merupakan sebuah mercu tanda terhebat yang pernah dibina oleh kerajaan Islam di Sepanyol, Alhambra adalah pintu kepada budaya Moor pastinya menjanjikan pemandangan yang cukup indah dengan ukiran dinding kaligrafi ayat suci Al-Quran dan ukiran bermotif bunga. Melawat The Generalife, sebuah istana rehat musim panas diraja yang dihiasi dengan patio, kolam, pepohon yang menghijau, mata air dan deretan tiang yang dihubungkan ke Alhambra melalui laluan berbumbung. Lanskap taman ini yang terlalu indah pastinya membuatkan tetamu tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Seusai lawatan, tetamu berpeluang untuk menikmati makan tengahari istimewa di lading pokok Zaitun (sekiranya cuaca mengizinkan) sebelum bertolak ke Madrid. Makan malam dan daftar masuk hotel setibanya di sana.

10
MADRID – TOLEDO – MADRID

Bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke kota Toledo yang cukup kaya dengan warisan sejarah dan budaya serta keharmonian komuniti Muslim, Kristian dan Yahudi yang hidup dengan aman tanpa konflik dan peperangan pada ketika dulu. Melawat Alcazar of Toledo, kubu dengan 4 buah menara di setiap sisi yang terletak di bahagian tertinggi di Toledo dan pernah digunakan sebagai istana Rom semasa kurun ke-3. Lawatan diteruskan ke Mosque of Cristo de la Luz; masjid yang berusia lebih 1000 tahun juga dikenali dengan nama Arab Bab Al-Mardum Mosque yang dibina semasa pemerintahan Moorish sebelum ditukarkan menjadi gereja, Puerta Bab Al-Mardum; pintu gerbang kota Toledo yang dibina pada abad ke-10 dan Alcantara Bridge yang sangat cantik senibinanya, dibina oleh Rom pada Zaman Pertengahan merentasi Sungai Tagus. Kemudian, masa bebas membeli cenderamata dan Marzipan, kuih tradisional masyarakat Sepanyol yang cuma terdapat di Zocodover Square sebelum bertolak pulang ke kota Madrid untuk makan tengahari dan bersolat di Abu Bakr Mosque. Seterusnya, tetamu akan dibawa melawat di sekitar kota metropolis Madrid. Berhenti bergambar di hadapan ikon bandar iaitu Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol dengan seni bina Baroque yang tersohor, melepasi Prado Museum yang menempatkan karya seni Eropah terhebat dari abad ke-12 hingga ke-20, Cibeles dan Neptune Fountains iaitu 2 kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles; dataran dengan kompleks bercirikan seni bina Neo-classic dan juga Puerta de Alcala yang merupakan pintu gerbang yang megah berdiri di Plaza de la Independencia dan dibina oleh Raja Carlos III pada kurun ke-18. Makan malam dan pulang ke hotel.

11
MADRID

Setelah sarapan pagi, melawat stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid. Tetamu berpeluang mengambil gambar panorama dalam stadium ini di Panorama Cafe sambil menikmati secawan kopi. Makan tengahari di restoran dan masa untuk membeli-belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli-belah barangan berjenama antarabangsa seperti Armani, Coach, Ralph Lauren yang menawarkan diskaun sehingga 60%. Teruskan sesi membeli belah di Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli-belah kota ini. Makan malam dan pulang ke hotel.

12
MADRID – ABU DHABI

Setelah sarapan pagi, Bertolak menuju ke Barajas Airport Madrid untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Abu Dhabi.

13
ABU DHABI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page