Top
Image Alt

Romantisnya Korea + Ski

Seoul – Nami Island – Ski Resort

Romantisnya Korea + Ski

per person
5H4M
0 Reviews
  • Included
    Accommodation
    Dinner
    Flight Ticket
    Lunch
  • Not Included
    Entrance Fees
    Land Transport
    Local Tour Guide
    Tour Leader/Escort
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – HONG KONG – INCHEON
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Incheon melalui Hong Kong. Tiba di Incheon, tetamu akan dibawa daftar masuk ke hotel.
2
SEOUL – NAMI ISLAND – SKI RESORT (SP/MT/MM)
Setelah bersarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa menuju ke Pulau Nami yang cukup romantik dan terkenal. Tetamu berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar sepanjang perjalanan dengan pokok-pokok indah yang juga merupakan tempat dimana drama popular Winter Sonata di filemkan. Solat dan makan tengah hari sebelum bertolak ke Ski Resort. Setibanya di sana, peserta akan melakukan aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu bermain salji dan ski (Nota: peralatan sewa ski tidak termasuk dalam pakej). Setelah berseronok bermain ski, peserta akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.
3
SEOUL
Sarapan pagi di hotel. Tetamu kemudian dibawa untuk menikmati pemandangan indah bandar Seoul dari Namsan View Point (tidak termasuk tiket). Seterusnya, masa untuk membeli belah di Dongdaemun Market. Disini tetamu berpeluang untuk membeli pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selain itu, tetamu jugak akan ke Lotteworld Duty Free Shop untuk membeli belah di sini. Kemudian, tidak sah jika tidak ke masjid pertama dan satu-satunya masjid yang ada di Seoul, Seoul Central Mosque yang terletak di kawasan Itaewon. Tetamu berpeluang solat di masjid ini. Kemudian, pulang semula ke hotel.
4
SEOUL
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Gyeongbokgung Palace; istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395. National Folk Museum dan melihat President Blue House yang merupakan kediaman rasmi untuk Presiden Korea. Makan tengah hari dan bersolat. Lawatan diteruskan ke Namdan Hanok Village dan ke Seaweed Museum dan kelas membuat Kimchi. Peserta dapat mempelajari bagaimana cara penduduk Korea membuat Kimchi sendiri. Di situ juga peserta berpeluang untuk mencuba dan bergambar bersama Hanbok (pakaian tradisional Korea) secara percuma. Tetamu juga berpeluang untuk membeli belah di Red Pine Shop, Huganbo Centre, Cosmetic Outlet, dan Myeong-dong Fashion Street yang merupakan syurga membeli-belah fesyen terkini bagi golongan muda dan dewasa. Pelbagai barangan seperti baju, kasut, bag dan bermacam lagi terdapat di sini. Makan malam dan pulang ke hotel.
5
SEOUL – HONG KONG – KUALA LUMPUR
Sarapan pagi di hotel. Membeli belah cenderahati di Local Supermarket untuk dibawa pulang sebelum ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.
You don't have permission to register

You cannot copy content of this page