Top
Image Alt

Romantisnya Korea

Incheon – Nami Island – Songdo – Seoul

Romantisnya Korea

per person
6H4M
0 Reviews
  • Included
    Accommodation
    Dinner
    Flight Ticket
    Lunch
  • Not Included
    Entrance Fees
    Land Transport
    Local Tour Guide
    Tour Leader/Escort
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – HONG KONG – INCHEON
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Seoul melalui Hong Kong. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Incheon, tetamu akan dibawa untuk daftar masuk hotel dan berehat.
2
INCHEON – NAMI ISLAND- INCHEON
Sarapan pagi di hotel. Kemudian menuju ke Nami Island yang cukup romantis dan terkenal di kalangan penggemar drama Korea. Tetamu berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar sepanjang jalan dengan pokok-pokok indah yang juga merupakan tempat di mana filem Winter Sonata difilemkan. Solat dan makan tengah hari sebelum peserta dibawa melawat ke Songwoldong Fairy Tales Village dimana tetamu boleh bergambar dengan rumah yang dihiasi dengan warna warni seperti di alam fantasi, sesuai dengan namanya. Singgah sebentar ke G Tower iaitu bangunan 33 tingkat yang mempunyai rekabentuk menarik di bandar pintar Incheon. Peserta akan dibawa makan malam dan pulang ke hotel.
3
INCHEON – SEOUL
Sarapan pagi di hotel. Tetamu kemudian dibawa untuk menikmati pemandangan indah bandar Seoul dari Namsan View Point (tidak termasuk tiket). Seterusnya, masa untuk membeli belah di Dongdaemun Market. Disini tetamu berpeluang untuk membeli pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selain itu, tetamu jugak akan ke Hyundai Premium Outlet untuk membeli belah di sini. Makan malam dan pulang ke hotel.
4
SEOUL – SHOPPING
Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke Gyeongbokgung Palace; istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395 dan National Folk Museum. Lawatan diteruskan ke Seaweed Museum dan kelas membuat Kimchi. Peserta dapat mempelajari bagaimana cara penduduk Korea membuat Kimchi sendiri. Di situ juga peserta berpeluang untuk mencuba dan bergambar bersama Hanbok (pakaian tradisional Korea) secara percuma. Bersolat di Masjid Negara Seoul sebelum membeli belah di Pusat Ginseng, Red Pine Shop, Amethyst Shop, Cosmetic Outlet, Dunghwa Duty Free dan Myeong-dong Fashion Street yang merupakan syurga membeli-belah fesyen terkini bagi golongan muda dan dewasa. Makan malam dan pulang ke hotel.
5
SEOUL – HONG KONG – KUALA LUMPUR
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Masa bebas untuk membeli-belah saat akhir seperti cenderahati untuk di bawa pulang sebelum ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.
6
KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
You don't have permission to register

You cannot copy content of this page