Top
Image Alt

Sensasi Swiss + Alps 6 Negara

Geneva - Interlaken - Grindelwald - Zurich - Bernina Express - Milan - Genoa - Turin - Avignon - Montpellier - Andorra - Barcelona

Sensasi Swiss + Alps 6 Negara

RM13990 RM13290 per person
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 20 JAN, 25 FEB
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

13990 16990 13490 11890 10690

WARGA EMAS

13790 16790

FIESTA

13290 16290 12790 11190 9990

WE FIESTA

13190 16190

0 Reviews
  • Departure Time
    1905
  • Return Time
    0930
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Meals
    Tour Leader
    Travel Bag
  • Not Included
    Lunch
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – ABU DHABI

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Geneva, Switzerland melalui Abu Dhabi.

2
ABU DHABI - GENEVA - LAUSANNE

Setibanya di Lapangan Terbang Geneve Aeroport, tetamu akan dibawa terus ke Bandar Geneva iaitu bandar kedua terpadat di Switzerland selepas Zurich. Tempat lawatan adalah air pancut Jet d'Eau yang terletak di Tasik Geneva merupakan tumpuan utama pelancong. Abadikan kenangan di St. Pierre Cathedral yang berusia 850 tahun dimana senibina bangunan mengabungkan pelbagai ciri dari rekabentuk gothic hingalah ke purba. Photo stop di Bangunan United Nations Geneva, salah satu daripada empat pejabat utama Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di dunia. Singgah sebentar ke Taman Jardin Anglais untuk melihat L'horloge fleurie iaitu jam yang dihasilkan dari bunga sebelum solat di Masjid Culturelle Islamique de Genève. Singgah sebentar di St Peter`s Cathedral yang dibina diantara tahun 1160 sehingga 1252. Masa bebas untuk tetamu berjalan -jalan di Rue de Rhone yang merupakan salah satu tempat membeli belah yang paling terkenal di pusat bandar Geneva. Bertolak ke Lausanne untuk berfoto di depan Muzium Olympic yang merupakan arkib terbesar Sukan Olimpik di dunia yang menyimpan kira- kira 10 000 artifak serta berjalan-jalan di Taman Olympique. Makan malam sebelum daftar masuk hotel untuk beristirehat.

3
LAUSANNE - BLAUSEE - LAUTERBRUNNE - GRINDELWALD - INTERLAKEN

Sarapan pagi dan daftar keluar untuk bertolak ke Bernese Oberland untuk melawat Tasik Blausee yang merupakan salah satu tasik pergunungan terkenal dengan airnya yang jernih. Setelah puas menikmati keindahan, bertolak menuju ke Spiez untuk photo stop di Taman Istana Spiez yang dikelilingi oleh Lake Thun yang indah. Teruskan perjalanan ke Lauterbrunne, perkampungan yang terletak di salah satu lembah yang indah yang terkenal dengan air terjun teringgi di Switzerland iaitu Staubbach Falls. Masa bebas untuk tetamu berjalan–jalan di perkampungan ini serta di perkampungan Grindelwald yang merupakan pilihan utama pelancong untuk melakukan aktiviti luar sepanjang musim. Solat di Masjid Interlaken, musollah yang disediakan untuk komuniti tempatan untuk bersolat. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

4
INTERLAKEN - LUCERNE - CHUR

Seusai sarapan pagi,bertolak ke Lucerne, bandar yang menawarkan pemandangan cantik 3 gunung Swiss yang terkenal iaitu Eiger, Jungfrau dan Monch. Singgah ke Lion Monument atau dikenali dengan gelaran Lion of Lucerne, yang merupakan singa yang diukir di atas batu untuk memperingati tentera Swiss yang terbunuh semasa Revolusi Perancis dan Chapel Bridge, mercu tanda utama Lucerne iaitu jambatan pejalan kaki yang terbina daripada kayu dan mempunyai lukisan di siling yang seawal dari kurun ke-17. Bergambar di persekitaran semulajadi Tasik Lucerne yang terdiri daripada bukit dan gunung yang dilitupi salji amat cantik. Aktiviti bebas dimana tetamu berpeluang membeli belah di Bucherer, butik terkenal yang menjual pelbagai jam tangan terkenal di dunia terutamanya Rolex dan jam buatan Swiss, dan juga membeli-belah barangan coklat dan cenderamata seperti Swiss Army Knives di butik Casa Grande. Bermalam di Bandar Chur iaitu bandar tertua di Switzerland selepas makan malam.

5
CHUR - TIRANO - MILAN

Daftar keluar hotel dan rasai pengalaman melintasi Gunung Alps dengan menaiki Bernina Express dari Chur ke Tirano,Italy. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan landskap luarbiasa, gunung bersalji, lembah panoramic dan melalui tasik mmbiru dan melintasi jejambat Landwasser Viaduct setinggi 65 meter. Keretapi ini akan melalui 55 terowong dan lebih 196 jambatan dan menikmati pemandangan yang mengagumkan seperti Montebello curve, glacier Morteratsch, 3 tasik terkenal iaitu Lej Pitschen, Lej Nair dan Lago Bianco. Setibanya di Tirano, singgah sebentar untuk melawat Basilica Santuario della Madonna dan Palazzo Salis yang mempunyai sejarah 500 tahun dimana setiap bangunan masih mengekalkan seni bina kurun ke 17 dan 18. Bertolak ke Milan untuk daftar masuk hotel serta makan malam.

6
MILAN - GENOA

Memulakan lawatan di kota metropolitan Milan ke Cathedral Milan, sebuah gereja binaan gothic yang mejadi ikon kota ini serta Monument Victor Emmanuel II, Piazza del Duomo iaitu dataran utama dan pusat komersil terpenting.Teatro Alla Scala yang menempatkan persembahan teater opera yang paling terkenal didunia sejak tahun 1778. Tetamu diberi peluang untuk membeli belah di butik – butik terkenal dunia yang terletak di Galleria Vittorio Emanuelle II seperti Prada, Louis Vuitton, Versace dan sebagainya. Bertolak ke Genoa iaitu bandar pelabuhan terbesar di Italy. Menghayati keindahan senibiina bangunan yang diisytiharkan oleh UNESCO iaitu Palazzo Nicolò Lomellini, Palazzo Durazzo, Palazzo Bianco dan etc. Daftar masuk hotel dan makan malam.

7
GENOA - CINQUE TERRE - GENOA

Selepas sarapan pagi, hari yang didedikasikan sepenuhnya ke Cinque Terre iaitu 5 perkampungan tepi laut yang dibina atas tebing laut dan bukit berteres. Peserta juga dapat melawat kampung nelayan yang indah terdiri daripada taman negara ke lima pulau - Monterosso Al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarolo dan Riomaggiore dengan menaiki keretapi untuk melihat pemandangan indah di bandar- bandar ini. Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat.

8
GENOA - SERAVALLE - TURIN

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Serravalle. Masa untuk membeli-belah di McArthurGlenn Designer Outlet yang merupakan gedung pusat barangan berjenama yang terbesar di dunia. Antara jenama yang boleh didapati di sini seperti Prada, Gucci, Armani, MK, Polo, Paul Smith dan banyak lagi dengan harga diskaun yang cukup lumayan. Bertolak ke Turin yang juga dikenali sebagai Paris of Italy. Lawatan dimulakan dengan melintasi Basilica of Superga iaitu gereja atas bukit dibina oleh Raja Vittorio Amedeo II serta Palatine of Gate merupakan pintu masuk Rom abad ke 1 sm yang masih lagi terpelihara sehingga kini. Teruskan lawatan ke Royal Palace, Istana ini merupakan kediaman rasmi Rumah Savoy yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997. Photo stop Museo Egizio merupakan muzium kedua terbesar yang menyimpan Khazanah Eygpt selepas Cairo dan memiliki kira -kira sebanyak 30 000 artifak. Masa bebas diberikan kepada tetamu di Piazza San Carlo dataran yang dikelilingi oleh bangunan yang bercirikan Baroque. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel untuk berehat.

9
TURIN - GRENOBLE - AVIGNON

Seusai sarapan, bertolak ke bandar Grenoble yang terletak di Perancis, tetamu akan dibawa menikmati pemandangan panoramic bandar lama Grenoble dengan melawat diantaranya Jardin de Ville, taman awam kurun ke 17 yang pernah menjadi kepunyaan Duke of Lesdiguières dan Domaine De Vizille, Ia merupakan salah satu istana paling berprestij dan penting di Wilayah Dauphiné. Meneruskan perjalanan ke Avignon, bandar kota lama yang terletak di selatan perancis. Melihat jambatan 22 gerbang batu peninggalan zaman pertengahan iaitu Pont Saint-Bénézet yang hanya tinggal 4 gerbang sahaja. Muzium Petit Palais yang menempatkan lukisan unik dari zaman pertengahan, Renaissance Itali dan juga primitif Itali. Berfoto di depan Palais Des Papes, salah satu bangunan Gothic zaman pertengahan yang terbesar dan terpenting di Eropah. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

10
AVIGNON - MONTPELLIER - ANDORRA

Selepas sarapan pagi, menuju ke Montpellier dan lawatan dimulakan ke Jardin des plantes de Montpellier,Taman botanikal bersejarah yang berkeluasan 4.5 hektar ditubuhkan oleh King Henri IV merupakan arboretum tertua di Perancis. Melintasi Menara Château d'eau du Peyrou dibina 1768 oleh arkitek Henri Pitot dan masih digunakan sehingga kini. Masa bebas akan diberikan kepada tetamu untuk berjalan di Place de la Comedie iaitu dataran popular yang menempatkan deretan café dan restoran popular serta bangunan gaya klasik Bordeaux sepanjang jalan. Menyambung perjalanan ke Andorra yang terkenal dengan pusat peranginan ski serta negara bebas cukai. Setibanya di sana, tetamu akan diberikan masa bebas untuk membeli belah atau berjalan-jalan di Andorra La Vella. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

11
ANDORRA - BARCELONA

Sarapan pagi di hotel dan menuju ke Vallnord iaitu ialah sebuah pusat peranginan ski popular yang terletak di pergunungan Pyrenees. Rasai pengalaman bermain ski atau bermain salji disini. Bertolak menuju ke Barcelona dan singgah ke La Roca Village Designer Outlet yang menempatkan 100 jenama antarabangsa dan tempatan serta 140 kedai butik. Penjimatan sehingga 60% diskaun ditawarkan di semua kedai. Antara jenama - jenama yang menjadi pilihan adalah Armani Outlet, Burberry, Gucci, Ralph Lauren, Prada dan lain lain. Makan malam di restoran halal tempatan sebelum menuju ke hotel untuk daftar masuk.

12
BARCELONA

Seusai sarapan pagi, mulakan lawatan di Kota Barcelona untuk melawat tarikan-tarikan utama yang cukup terkenal dengan senibinanya yang cukup unik. Contohnya La Sagrada Familia yang merupakan gereja Katolik terbesar di daerah Catalunya yang dibina pada tahun 1882 dengan 18 buah menara yang cukup unik serta Park Guell merupakan salah satu taman awam yang paling mengagumkan di dunia yang direka oleh arkitek terkenal Antoni Gaudi yang dibina pada tahun 1914 yang sepatutnya menjadi kawasan kediaman elit pembesar-pembesar di kota ini. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di kota ini ialah Casa Mila,Casa Batllo, Cathedral Barcelona dan melihat pemandangan indah kota ini dari Montjuïc Hill. Melepasi Arc de Triomf yang dibina sebagai pintu masuk utama ketika 1888 Barcelona World Fair, mengambil foto kolam air pancut yang tersergam indah di Citadel Park dan Port Olimpic yang merupakan kawasan marina yang dibina khas ketika Barcelona menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1992.Masa bebas untuk membeli belah di La Rambla dan Gothic Quarter yang merupakan segi tiga hab komersil kota ini. Membeli cenderamata Kelab Barcelona di FCBotiga Megastore. Berehat di hotel selepas makan malam.

13
BARCELONA - ABU DHABI

Daftar keluar hotel menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Abu Dhabi.

14
ABU DHABI - KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page