Top
Image Alt

Turki Klasik

Istanbul – Bursa – Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia – Ankara - Bolu - Istanbul

Turki Klasik

RM5590 RM4990 per person
9H7M
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 04 OCT, 08 OCT*
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

5590 6390 5590 5190 4990

WARGA EMAS

5490 6290

FIESTA

4990 5790 4990 4590 4390

WE FIESTA

4890 5690

0 Reviews
  • Departure/Return Location
    Kuala Lumpur / Turki
  • Departure Time
    2305
  • Return Time
    0130
  • Included
    Accommodation
    Dinner
    Flight Ticket
    Lunch
  • Not Included
    Entrance Fees
    Land Transport
    Local Tour Guide
    Tour Leader/Escort
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – ISTANBUL
Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Istanbul, Turki.
2
ISTANBUL – BURSA
Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, bertolak ke Bursa iaitu kota yang pernah menjadi ibu negara pertama kerajaan Uthmaniyyah sebelum Edirne dan Istanbul. Setibanya disana tetamu melawat Green Mosque, sebuah masjid yang sangat menakjubkan seni binanya dan mendapat nama daripada jubin di dalam masjid tersebut yang berona hijau kebiruan dan Green Mausoleum, makam Sultan Mehmet I dan ahli keluarganya yang membina masjid ini. Seterusnya melawat Ulu Cami yang turut dikenali sebagai Grand Mosque of Bursa yang merupakan mercu tanda seni bina Uthmaniyyah terawal dan masjid terbesar di Bursa dengan 20 kubah dan 2 menara. Masjid ini turut mempamerkan seni kaligrafi Islam terbaik yang tertulis di dinding, kolum dan plat oleh penulis kaligrafi terhebat pada zaman tersebut. Kemudian, tetamu akan dibawa melawat Koza Han, sebuah pasar sutera dengan pemandangan klasik yang sangat cantik, dibangunkan oleh Sultan Uthmaniyyah iaitu Bayezid II pada 1491. Daftar masuk hotel dan makan malam.
3
BURSA – PAMUKKALE
Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan ke Pamukkale yang bermaksud "istana kapas" dalam bahasa Turkish merupakan tapak semula jadi di Wilayah Denizli di barat daya Turki. Tetamu akan dibawa melawat tarikan utama di Pamukkale iaitu Hierapolis & Necropolis yang terkenal dengan mandian termal dan pusat kesihatan. Ia juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, melawat thermal teres yang amat terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih. Selain itu, terdapat juga Cleopatra’s Thermal Pool yang dibina pada era Rom yang dipercayai oleh orang zaman dahulu bahawa air panas di Pamukkale boleh menyembuhkan penyakit seperti asma, arthritis dan masalah pencernaan. Daftar masuk hotel dan makan malam.
4
PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA
Setelah sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan ke bandar Konya di mana tetamu akan dibawa melawat Mevlana Museum. Monumen ini berbentuk kubah berwarna hijau dan ia didirikan di atas makam penyair, juri, sarjana Islam dan pemimpin agama Parsi yang terkenal sejak abad ke-13 iaitu Maulana Jalaluddin Rumi. Ia terletak di pusat bandar dan kompleks yang diasaskan oleh Maulana Rumi pada abad ke-14 adalah tarikan pelancongan utama di bandar berkenaan. Lawatan akan singgah ke Sultanhani Caravanserai Seljuk abad ke-13 yang besar terletak di bandar Sultanhanı, Provinsi Aksaray. Ia juga merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu. Bertolak ke Cappadocia untuk daftar masuk hotel serta makan malam.
5
CAPPADOCIA
Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Cardakli Underground City di mana pada satu ketika dahulu hampir 5,000 penduduk tinggal di kota bawah tanah ini untuk melindungi diri dari binatang buas dan juga serangan musuh. Kemudian menyaksikan cara-cara pembuatan karpet Turki di Carpet Factory yang cukup terkenal dengan kehalusan seni karyanya dan membeli belah di Leather Outlet Factory serta jewellery shop. Makan tengahari dan tetamu akan dibawa mengambil gambar panorama indah Goreme dan Pasabag Valley. Melawat Pigeon Valley, di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Daftar masuk hotel dan makan malam.
6
CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Ankara untuk melawat Atatürk Mausoleum (Anıtkabir). Salah satu contoh seni bina moden yang paling ketara di Turki, Makam Atatürk terletak tinggi di puncak bukit di Ankara iaitu ibu negara Turki yang juga dikenali sebagai Muzium Etnografi Ankara. Direka bentuk oleh arkitek Turki Emil Onat, kompleks itu dibina antara 1944 dan 1953 untuk menjadi tempat peristirahatan terakhir Mustafa Kemal Atatürk, pengasas dan presiden pertama Republik Turki. Di dalam muzium ini terdapat barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk. Bertolak ke Bolu untuk makan malam dan daftar masuk hotel.
7
BOLU – ISTANBUL
Selesai bersarapan, bertolak menuju ke Istanbul. Setibanya di Istanbul tetamu akan dibawa ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara. Hippodrome Square di mana hari ini ia dihiasi dengan Egyptian Obelisk, Serpentane Column dan Istana Ibrahim Pasa (lihat dari luar). Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal SP/MT sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Melawat ke ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan-sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun. Masa bebas untuk membeli cenderamata di Grand Bazaar, yang menempatkan lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan telah wujud sejak tahun 1455 lagi. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.
8
ISTANBUL
Selesai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa menaiki Bhosporus Cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahçe Palace. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat ke masjid terbaru di Istanbul iaitu Çamlıca Mosque iaitu masjid yang terbesar di Turki. Masjid ini boleh memuatkan 63,000 orang dan termasuk sebuah muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan, dan tempat letak kereta bawah tanah untuk 3,500 kenderaan. Melawat Suleymaniye Mosque, salah satu masjid yang dibina semasa pemerintahan Ottoman dan antara yang tercantik di Turki. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Mısır Çarşısı (Spice Market), pasar beli belah berbumbung paling terkenal selepas grand bazaar untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dalam pelbagai warna serta dan perisa pilihan, kekacang, buahan kering serta Turkish coffee dan Baklava untuk dibawa pulang ke Malaysia. Singgah ke Masjid Rustem Pasha dibina oleh Mimar Sinan, arkitek Uthmaniyyah yang paling terkenal ketika itu. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali berehat di hotel.
9
ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Mosque Abu Ayyub Al-Ansari yang terletak di kawasan Golden Horn. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibangunkan oleh Kesultanan Turki Ottoman setelah penaklukan Konstantinopel pada tahun 1453. Tetamu akan diberi masa bebas untuk meneroka kawasan sekitar samada membeli belah di gerai – gerai yang dibuka sepanjang jalan atau ke Pierre Loti (perbelanjaan sendiri) untuk menyaksikan pemandangan indah Golden Horn dari deretan café atas bukit. Seterusnya membeli belah di Taksim Square destinasi popular untuk pelancong serta penduduk Istanbul. Dataran ini ialah tempat pertemuan untuk penduduk tempatan yang dipenuhi dengan restoran, kedai dan hotel, di mana anda akan benarbenar merasai pengalaman Istanbul moden. Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.
10
ISTANBUL - KUALA LUMPUR
Berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page