Top
Image Alt

Turki Klasik Musim Sejuk

Istanbul – Bursa – Pamukkale – Konya – Cappadocia – Ankara – Bolu - Istanbul

Turki Klasik Musim Sejuk

RM5590 RM4980 per person
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 3 DEC 22
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

5590 6390 5590 5190 4990

WARGA EMAS

5490 6290

FIESTA

4980 5580 4980 4680 4380

WE FIESTA

4980 5690

0 Reviews
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Lunch
    Meals
    Tour Leader
    Travel Bag
  • Not Included
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – ISTANBUL
Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Istanbul, Turki.
2
ISTANBUL - BOLU
Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, tetamu akan dibawa ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara. Hippodrome Square di mana hari ini ia dihiasi dengan Egyptian Obelisk, Serpentane Column dan Istana Ibrahim Pasa (lihat dari luar). Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Photo -stop di ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan-sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun. Bertolak ke Bolu untuk makan malam serta daftar masuk hotel.
3
BOLU – ANKARA – CAPPADOCIA
Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan ke Cappadocia melalui Ankara, singgah di Kayseri untuk ke Mt. Erciyes untuk pengalaman bermain salji serta bermain ski (atas perbelanjaan sendiri). Resort yang mempunyai kemudahan moden termasuk lif gondola dan mesin membuat salji, serta mempunyai laluan untuk pemain ski dan papan salji. Bahagian yang paling best? Ia tidak mempunyai pokok sama sekali, jadi anda tidak perlu risau tentang sebarang masalah dengan pertembungan apabila turun ketika bermain salji. Seterusnya bertolak ke Cappadocia untuk bermalam serta makan di restoran tempatan.
4
CAPPADOCIA
Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa mengambil gambar panorama indah Goreme dan Pasabag Valley. Melawat Pigeon Valley, di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Singgah di Bukit Esentepe yang menghadap ke Taman Negara Goreme untuk pemandangan panoramik menakjubkan, terletak di kawasan berbukit di jalan Goreme-Avanos, persinggahan popular di kalangan pelancong. Kemudian menyaksikan cara-cara pembuatan karpet Turki di Carpet Factory yang cukup terkenal dengan kehalusan seni karyanya dan membeli belah di pottery shop serta jewellery shop. Berehat di hotel serta makan malam.
5
CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE
Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Underground City di mana pada satu ketika dahulu hampir 5,000 penduduk tinggal di kota bawah tanah ini untuk melindungi diri dari binatang buas dan juga serangan musuh. Perjalanan diteruskan ke Pamukkale yang bermaksud "istana kapas" dalam bahasa Turkish merupakan tapak semula jadi di Wilayah Denizli di barat daya Turki melalui Konya.Singgah ke Mevlana Museum. Monumen ini berbentuk kubah berwarna hijau dan ia didirikan di atas makam penyair, juri, sarjana Islam dan pemimpin agama Parsi yang terkenal sejak abad ke13 iaitu Maulana Jalaluddin Rumi. Ia terletak di pusat bandar dan kompleks yang diasaskan oleh Maulana Rumi pada abad ke-14 adalah tarikan pelancongan utama di bandar berkenaan. Lawatan akan singgah ke Sultanhani Caravanserai Seljuk abad ke-13 yang besar terletak di bandar Sultanhanı, Provinsi Aksaray. Ia juga merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang laluan sutera suatu ketika dahulu. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel di Pamukkale.
6
PAMUKKALE - BURSA
Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat tarikan utama di Pamukkale iaitu Hierapolis & Necropolis yang terkenal dengan mandian termal dan pusat kesihatan. Ia juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, melawat thermal teres yang amat terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih. Selain itu, terdapat juga Cleopatra’s Thermal Pool yang dibina pada era Rom yang dipercayai oleh orang zaman dahulu bahawa air panas di Pamukkale boleh menyembuhkan penyakit seperti asma, arthritis dan masalah pencernaan. Singgah sebentar di kedai tekstil cotton dan olive oil. Bertolak ke Bursa iaitu kota yang pernah menjadi ibu negara pertama kerajaan Uthmaniyyah sebelum Edirne dan Istanbul. Makan malam dan daftar masuk hotel.
7
BURSA - ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel untuk memulakan lawatan ke Kota Bursa, tetamu akan dibawa melawat Green Mosque, sebuah masjid yang sangat menakjubkan seni binanya dan mendapat nama daripada jubin di dalam masjid tersebut yang berona hijau kebiruan dan Green Mausoleum, makam Sultan Mehmet I dan ahli keluarganya yang membina masjid ini. Melawat ke melawat Ulu Cami yang turut dikenali sebagai Grand Mosque of Bursa yang merupakan mercu tanda seni bina Uthmaniyyah terawal dan masjid terbesar di Bursa dengan 20 kubah dan 2 menara. Masjid ini turut mempamerkan seni kaligrafi Islam terbaik yang tertulis di dinding, kolum dan plat oleh penulis kaligrafi terhebat pada zaman tersebut. Seterusnya singgah di Turkish Delight shop untuk membeli makanan dan snek tempatan untuk dibawa pulang. Perjalanan akan diteruskan ke Kota Istanbul untuk photostop di Camlica Mosque, iaitu masjid yang terbesar di Turki. Masjid ini boleh memuatkan 63,000 orang dan termasuk sebuah muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan. Makan malam dan daftar masuk hotel.
8
ISTANBUL
Selesai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa menaiki Bhosporus Cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahçe Palace. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Mısır Çarşısı(Spice Market), pasar beli belah berbumbung paling terkenal selepas grand bazaar untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dalam pelbagai warna serta dan perisa pilihan, kekacang, buahan kering serta Turkish coffee serta baklava untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bergambar di Galata Tower dan berikutnya membeli belah di Taksim Square destinasi popular untuk pelancong serta penduduk Istanbul. Makan malam dan berehat di hotel.
9
ISTANBUL - KUALA LUMPUR
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke makan sahabat Rasulullah SAW iaitu Mosque Abu Ayyub AlAnsari yang terletak di kawasan Golden Horn. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibangunkan oleh Kesultanan Turki Ottoman setelah penaklukan Konstantinopel pada tahun 1453. Singgah di Masjid Ortakoy untuk photostop yang merupakan masjid tercantik yang terletak di sebelah Eropah Selat Bosphorus. Terletak di Ortakoy, salah satu daerah paling popular di Istanbul, masjid ini dinamakan sempena daerah tersebut, walaupun nama sebenarnya ialah Masjid Buyuk Mecidiye. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum membeli belah di kawasan berhampiran. Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page