Top
Image Alt

Turki Sanliurfa Jejak Rasul

Turki Sanliurfa Jejak Rasul

RM5888 per person
0 Reviews
  • Departure Time
    2340
  • Return Time
    2010
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Lunch
    Meals
    Tour Leader
    Travel Bag
  • Not Included
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – ISTANBUL
Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Istanbul, Turki.
2
ISTANBUL – BURSA
Setibanya di Lapangan Terbang Diyarbakır, tetamu akan dibawa ke Hasan Pasa Han iaitu bangunan bercirikan zaman Turki Uthmaniyyah yang mengabungkan hotel, restaurant dan café. Tetamu boleh merehatkan sambil memesan turkish coffee sambil menikmati pemandangan sekitar. Tidak jauh dari situ, terletaknya Diyarbakır Grand Mosque dibina oleh Sultan Seljuk Malik-Shah I dan dianggap oleh ulama Islam sebagai tapak kelima paling suci selepas Masjid Besar Damsyik. Berkunjung ke Behram Paşa Camii merupakan sebuah masjid Uthmaniyyah abad ke-16 yang dibina oleh gabenor Diyarbakir iaitu Behram Paşa. Makan malam di restaurant sebelum daftar masuk hotel.
3
DIYARBARKIR – BATMAN – MARDIN
Sarapan pagi di hotel. Perjalanan dimulakan ke bandar Batman yang terletak di tenggara Turki. Merupakan pengeluar minyak terbesar di Turki. Setibanya di sini, melawat ke Hasankeyf merupakan sebuah bandar purba yang terletak di sepanjang Sungai Tigris. Ia diisytiharkan sebagai kawasan pemuliharaan semula jadi oleh Turki pada tahun 1981. Lawatan selanjutnya adalah Zeynel Bey Tomb dimana makam unik berbentuk silinder ini dibina untuk Zeynel Bey yang meninggal dunia dalam perang Otlukbeli dan merupakan anak kepada Uzun Hasan yang merupakan pemerintah diantara tahun 1462 dan 1482. Bertolak ke Midyat yag terletak di Mardin untuk berkunjung ke Midyat Konuk Evi adalah sebuah rumah agam dengan seni bina yang cantik mengunakan batu bata tempatan. Tetamu berpeluang membeli cenderahati di Old Town Market. Bertolak ke hotel untuk malam serta daftar masuk hotel.
4
MARDIN - SANLIURFA
Setelah sarapan pagi dan daftar keluar hotel, tetamu akan dibawa ke pusat bandar untuk mengambil gambar Şehidiye Cami dan madrassah yang indah. Seterusnya ke Dara Ancient City iaitu runtuhan kota purba Dara, yang menampilkan makam batu purba sejak abad kelima A.D., telah dibandingkan dengan kota Efesus yang terkenal di Aegean Turki, yang mendapat jolokan Ephesus of Mesopotamia. Meneruskan perjalanan ke Sanliurfa yang terletak 2 jam perjalananan, singgah sebentar di Harran University dan Harran Houses. Photo stop di Dergah Cami bermaksud masjid kelahiran Nabi Ibrahim yang dibina bersebelahan dengan tapak di mana Nabi Ibrahim dipercayai dilahirkan. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli belah di Bazar sebelum makan malam. Daftar masuk hotel untuk berehat.
5
SANLIURFA – ADIYAMAN
Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat makam Hz. Eyyüb A.S Sabır, gua dan Makam Nabi Ilyasa A.S serta Makam Isteri Nabi Eyyub. Tidak lupa makam Nabi Ibrahim A.S Balikligöl serta Tasik Ayn Zeliha terletak berhadapan Istana Urfa dimana tasik yang dipercayai adalah tempat Zulekha dilemparkan ke dalam api oleh bapanya Nimrud selepas percaya kepada ajaran Nabi Ibrahim. Photo stop di Grand Mosque. Meneruskan perjalanan ke Adiyaman terletak di tenggara Turki di tengah kawasan sungai Firat (Efrat). Menurut penyelidikan arkeologi, sejarah kawasan itu bermula dari Zaman Paleolitik. Setibanya di sini, tetamu boleh melakukan aktiviti bebas atau melakukan aktiviti pilihan diantaranya jelajah Bukit Nemrut dan Karakus Cendere Bridge (USD 50 seorang). Makan malam dan daftar masuk hotel.
6
ADIYAMAN - GAZIANTEP
Selepas sarapan pagi, tetamu akan menuju ke Bandar Halfeti dimana bandar lama ditenggelami air akibat Empangan Birecik, yang membanjiri kawasan itu pada tahun1990-an. Sisa-sisa Old Halfeti, tenggelam ke dalam sungai, telah menarik pengunjung yang kagum dengan pemandangan tersebut. Tetamu berpeluang menikmati lawatan menyelusuri Sungai Euphrates di atas perbelanjaan sendiri. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum menuju ke Bandar Gaziantep, setibanya di sana tetamu akan diberi masa bebas membeli belah di Almaci Pazari, Coppersmith Bazar dan Thamis Kahvesi bagi tetamu untuk mendapatkan kopi tempatan. Makan malam dan daftar masuk hotel.
7
GAZIANTEP - CAPPADOCIA
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke Museum Mozaic Gaziantep adalah muzium mozek terbesar di dunia yang mengandungi 1700 m² mozek. Ia dibuka kepada umum pada 9 September 2011. Teruskan perjalanan menuju ke Cappadocia yang mengambil masa kira – kira 05 jam perjalanan. Setibanya di Cappadocia, tetamu akan diberi masa bebas menikmati pemandangan di Pigeon Valley di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubanglubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Daftar masuk hotel dan makan malam.
8
CAPPADOCIA - ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke Museum Mozaic Gaziantep adalah muzium mozek terbesar di dunia yang mengandungi 1700 m² mozek. Ia dibuka kepada umum pada 9 September 2011. Teruskan perjalanan menuju ke Cappadocia yang mengambil masa kira – kira 05 jam perjalanan. Setibanya di Cappadocia, tetamu akan diberi masa bebas menikmati pemandangan di Pigeon Valley di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Daftar masuk hotel dan makan malam.
9
ISTANBUL – LAPANGAN TERBANG ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke tetamu akan dibawa ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara. Hippodrome Square di mana hari ini ia dihiasi dengan Egyptian Obelisk, Serpentane Column dan Istana Ibrahim Pasa (lihat dari luar). Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Photo -stop di ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan-sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Grand Bazar serta Mısır Çarşısı(Spice Market), pasar beli belah berbumbung paling terkenal selepas grand bazaar untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dalam pelbagai warna serta dan perisa pilihan, kekacang, buahan kering serta Turkish coffee serta baklava untuk dibawa pulang ke Malaysia. Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air selepas makan malam.
10
ISTANBUL – KUALA LUMPUR
Berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page