Our Story

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer. Proin gravida nibh vel velit auctor aliquet. Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctornisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit.

Working Hours

Monday - Friday 09:00AM - 06:00PM
Saturday - Sunday CLOSED

Phone

Latest News

    No posts were found.

Top
10H7M Milan – Liechtenstein – Swiss Muslim Tour – Malaysia Travel Agency – Muslim Tour Packages – Flight Ticketing
fade
3609
tour-item-template-default,single,single-tour-item,postid-3609,mkd-core-1.3,mkdf-social-login-1.4,mkdf-tours-1.4.3,voyage child theme-child-ver-1.0.1,voyage-ver-2.2,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-breadcrumbs-area-enabled,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-light-header,mkdf-fullscreen-search,mkdf-fullscreen-search-with-bg-image,mkdf-search-fade,mkdf-side-menu-slide-with-content,mkdf-width-470,mkdf-medium-title-text,wpb-js-composer js-comp-ver-6.8.0,vc_responsive
 

10H7M Milan – Liechtenstein – Swiss Muslim Tour

Malaysia Travel Agency - Muslim Tour Packages - Flight Ticketing / 10H7M Milan – Liechtenstein – Swiss Muslim Tour

10H7M Milan – Liechtenstein – Swiss Muslim Tour

per person

KUALA LUMPUR – ABU DHABI: Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Malpensa, Italy melalui Abu Dhabi.

ATURCARA 10H7M MILAN – LIECHTENSTEIN – SWISS

MILAN – LAKE COMO – LUGANO – TIRANO – CHUR - ST GALEN – BASEL - MT RIGI – LUCERNE - ZURICH

HARI 1: KUALA LUMPUR – ABU DHABI

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Malpensa, Italy melalui Abu Dhabi.

HARI 2: ABU DHABI - MILAN – COMO – MILAN (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Malpensa, bertolak ke Como untuk melawat tasik yang paling popular di Italy iaitu Lake Como yang terletak dikaki banjaran Alps dan juga dikelilingi oleh gunung yang sangat cantik. Singgah sebentar untuk photo stop di Villa Olmo iaitu villa bercirikan neoklasik yang dibina bersebelahan tasik ini merupakan rumah percutian musim panas bagi golongan bangsawan. Tetamu bebas berjalan-jalan di Como Old Town yang berbentuk segi empat dikelilingi oleh tembok kubu sejak abad kedua belas. Jalan-jalan yang dipenuhi dengan aroma piza dari restoran, bunga dan buah – buahan dari gerai yang menjual strawberi dan tembikai. Bertolak ke ke kota metropolitan Milan Di bandar ini terdapat beberapa tempat yang akan dilawati antaranya Sforza Castle yang merupakan kubu abad ke-15 yang dibina di atas runtuhan kubu zaman pertengahan. Singgah ke Galleria Vittorio Emanuele II iaitu gedung membeli belah yang masih lagi aktif di Itali dan juga merupakan mercu tanda utama Milan di Itali. Dari sini tetamu boleh melawat ke Duomo di Milano dan Teatro alla Scala. Duomo di Milano sebuah karya seni bina yang cantik dengan beribu-ribu menara dan patung yang diukir merupakan pemandangan yang mengagumkan bagi sesiapa yang melawat di Milano. Teatro alla Scala ialah gedung opera paling terkenal di dunia dan destinasi yang tidak seharusnya dilepaskan untuk peminat muzik dan budaya. Selepas itu tetamu akan dibawa ke restoran untuk makan malam dan kemudian bergerak ke hotel untuk berehat.

HARI 3: MILAN – LUGANO -TIRANO (SP/MM)

Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, tetamu akan dibawa membeli belah di Foxtown Factory Outlet Nikmati diskaun untuk jenama berjenama seperti Gucci, Prada, Versace, Salvatore Ferragamo, Valentino, Dolce & Gabbana, Trussardi, Adidas dan Nike. Terdapat lebih daripada 130 kedai untuk dipilih, disesuaikan mengikut citarasa dan bajet semua orang.
Teruskan lawatan ke Lake Lugano yang terletak di sempadan antara Switzerland dan Itali ini dimana tetamu dapat melihat pemandangan tasik serta kawasan pergunungan yang menakjubkan. Meneruskan perjalanan ke Tirano yang terletak di Valtellina, utara Italy.
Merupakan tempat terletaknya titik permulaan laluan keretapi yang paling indah di Eropah iaitu Bernina Ekspress. Setibanya disini, tetamu akan di bawa melawat ke Castle di Santa Maria, Church Chiesa di San Martino, Salis Palace dan Porta Poschiavina iaitu salah satu pintu benteng pertahanan yang dibina pada akhir abad ke 15. Makan malam sebelum daftar masuk hotel

HARI 4: TIRANO – CHUR – VADUZ- ST GALLEN (SP/MM)

Selepas sarapan pagi bertolak ke Stesen Keretapi Bernina untuk menaiki keretapi Bernina Express menuju ke Chur. Menaiki keretapi ini merupakan salah satu perkara yang menakjubkan untuk dilakukan. Di sepanjang perjalanan, tetamu dapat melihat pemandangan yang mengagumkan semasa dalam perjalanan. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan landskap luarbiasa, gunung bersalji, lembah panoramic dan melalui tasik mmbiru dan melintasi jejambat Landwasser Viaduct setinggi 65 meter. Keretapi ini akan melalui 55 terowong dan lebih 196 jambatan dan menikmati pemandangan yang mengagumkan seperti Montebello curve, glacier Morteratsch, 3 tasik terkenal iaitu Lej Pitschen, Lej Nair dan Lago Bianco. Setibanya di Chur, tetamu akan dijemput oleh pemandu dan meneruskan perjalanan ke Vaduz iaitu ibu negeri Liechtenstein. Lawatan di sekitar bandar ini meliputi Vaduz Castle dan City Hall, St Florin Cathederal dan Parliament Building of Liechtenstein. Aktiviti bebas diberikan kepada tetamu untuk berjalan- jalan di Stadtle Street dimana tetamu boleh memesan croissant coklat yang lazat sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan. Makan malam sebelum daftar masuk hotel di St Gallen untuk berehat.

HARI 5: ST GALLEN – WASSERAUEN -SCHAFFHAUEN – BASEL (SP/MM)

Selepas sarapan, memulakan lawatan ke Abby Library of St Gall iaitu salah satu perpustakaan yang tertua dan tercantik di dunia. Asal-usul perpustakaan ini bermula pada abad ke-8 dan kebanyakan daripada 160,000 teks yang tidak ternilai adalah hampir setua itu. teruskan lawatan ke Wasserauen- Ebenalp bagi menaiki kereta kabel untuk melawat Berggasthaus Aescher Wildkirchli,iaitu swiss guesthouse yang cantik dibina dalam tebing gunung. Tidak jauh dari situ terletaknya Wildkirchli Caves yang telah didiami oleh Neanderthal sejak 40,000 tahun dahulu. Tetamu bebas menikmati pemandangan sekeliling sambil mengambil gambar serta bersiar-siar di sepanjang denai. Menuruni gunung mengunakan kereta kabel dan meneruskan perjalanan ke Schaffhausen untuk berhenti bergambar di Rhinefalls sebelum ke Basel. Sejurus tiba di sini, tetamu akan melawat Basel Town Hall dan Cathedral Basler Münster yang dibina bercirikan gaya romanesque dan gothic. Photo stop di Basel Historical Museum, salah satu muzium terbesar dan penting di Switzerland. Tetamu juga berpeluang berjalan- jalan di Marktplatz sebelum makan malam di restaurant dan daftar masuk hotel

HARI 6: BASEL – SCHÖNENWERD – LUCERNE – ZURICH (SP/MM)

Selepas sarapan bertolak ke Schönenwerd untuk membeli belah di Fashion Fish Premium Factory Outlet sebelum bertolak ke Lucerne, bandar yang menawarkan pemandangan cantik 3 gunung Swiss yang terkenal iaitu Eiger, Jungfrau dan Monch. Singgah ke Lion Monument atau dikenali dengan gelaran Lion of Lucerne, yang merupakan singa yang diukir di atas batu untuk memperingati tentera Swiss yang terbunuh semasa Revolusi Perancis dan Chapel Bridge, mercu tanda utama Lucerne iaitu jambatan pejalan kaki yang terbina daripada kayu dan mempunyai lukisan di siling yang seawal dari kurun ke-17. Bergambar di persekitaran semulajadi Tasik Lucerne yang terdiri daripada bukit dan gunung yang dilitupi salji amat cantik. Aktiviti bebas dimana tetamu berpeluang membeli belah di Bucherer, butik terkenal yang menjual pelbagai jam tangan terkenal di dunia terutamanya Rolex dan jam buatan Swiss, dan juga membeli-belah barangan coklat dan cenderamata seperti Swiss Army Knives di butik Casa Grande. Bertolak ke Zurich, bandar terbesar di Switzerland dan makan malam sebelum daftar masuk hotel.

HARI 7: ZURICH – VITZNAU – RIGI – GOLDAU – ZURICH (SP/MM)

Selepas bersarapan bertolak ke Mt Rigi, singgah sebentar ke Lake Vitznau yang menawarkan pemandangan panaromic tasik tersebut. Meneruskan perjalanan ke Mt Rigi yang di kenali sebagai ‘Queen of the Mountains’ merupakan salah satu tempat popular di Switzerland untuk dikunjungi. Menaiki cogwheel train (Rigibahn) menuju ke puncak dan para penumpang dapat menyaksikan lanskap pemandangan yang cantik semasa berada di dalam kereta api tersebut. Aktiviti bebas dimana tetamu boleh mengabadikan photo kenangan serta menyaksikan suasana nyaman di atas puncak gunung tersebut. Setelah puas meluangkan masa disini, menaiki cogwheel train menuruni gunung menuju ke Goldau. Berpatah balik ke pusat bandar Zurich untuk melawat tempat – tempat tumpuan utama dimulakan dengan Zurich Opera House salah satu rumah opera terbaik di dunia yang beroperasi sejak 1891, melihat pemandangan bandar Zurich dari Quai Bridge yang menyeberangi Sungai Limmat dan The Stadthaus Zurich (Town Hall), dewan bandar bercirikan neo-Gothic yang dibina pada akhir kurun ke-19. Acara bebas di Zurich HB dan Bahnhofstrasse iaitu jalan utama pusat bandar yang dikelilingi kedai-kedai dan butik-butik berjenama seperti Chanel, Hermes, Tiffany and Co., H&M dan lain-lain. Bergerak ke restoran untuk makan malam dan balik ke hotel untuk berehat.

HARI 8: ZURICH – GRUYERES – BERN – ZURICH

Selepas sarapan, bertolak ke Gruyères iaitu sebuah bandar zaman pertengahan yang terletak Fribourg di Switzerland. Ia terkenal kerana penghasilan keju dengan nama yang sama. Aktiviti bebas untuk tetamu berjalan- jalan di bandar yang berusia 800 tahun dimana jalan utama pekan tersebut masih lagi mengunakan cobblestoned. Seterusnya lawatan ke La Maison du Gruyères, sebuah kilang keju terkemuka untuk lawatan demonstrasi penghasilan keju serta muzium. Seterusnya bertolak ke Bern untuk lawatan ke Tapak Warisan Dunia UNESCO, Old Town of Bern termasuk Bärenpark Bern, Muzium Einsterin, Kunstmuseum dan clock tower serta menikmati pemandangan panorama pemandangan bandar lama Bern dari Rosengarten Bern. Berpatah balik ke Zurich untuk makan malam serta berehat di hotel.

HARI 9: ZURICH – ABU DHABI (SP)

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan terbang ke Kuala Lumpur.

HARI 10: ABU DHABI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

JADUAL PENERBANGAN

ETIHAD AIRLINES

Heri Penerbangan Dari Ke Perlepasan Ketibaan
01 EY 411 K. LUMPUR ABU DHABI 1940 2240
02 EY 81 ABU DHABI MILAN 0255 0610
09 EY 74 ZURICH ABU DHABI 1030 1930
10 EY 418 ABU DHABI K. LUMPUR 2310 1020+1

HARGA PAKEJ
TARIKH PENERBANGAN: 10 NOV 2022

KATEGORI BILIK SEORANG BILIK BERDUA KANAK-KANAK BILIK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
NORMAL RM 14 590 RM 11 890 RM 11 090 RM 9 590 RM 7 390
WE NORMAL RM 14 390 RM 11690 - - -
FIESTA7 RM 13 790 RM 11 090 RM 10 490 RM 9 090 RM 6 890
WE FIESTA7 RM 13 690 RM 10 990 - - -

POLISI KANAK-KANAK: KANAK-KANAK BILIK BERDUA: 02-11TAHUN, KANAK-KANAK BERKATIL: 02-11 TAHUN, KANAK-KANAK TANPA KATIL: 02-11 TAHUN

HOTEL PENGINAPAN

BANDAR RATING MALAM NAMA HOTEL
Milan 3* 1 Hotel Ibis Style Milano Est Settala atau setaraf
Tirano 3* 1 Hotel Sassela atau setaraf
St Gallen 3* 1 Hotel B&B St Gallen atau setaraf
Basel 3* 3 Hotel Ibis Styles Basel City atau setaraf
Zurich 3* 3 Hotel Holiday Inn Express atau setaraf

PAKEJ TERMASUK:

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.

Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).

Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.

Tiket masuk ke tempat lawatan: Le Maison du Gruyere, Barenpark Bern dan Rosengarten Bern

Pengangkutan cable -car Wasserauen- Ebenalp dan Cogwheel train

Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.

Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi).

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.

Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).

Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.

Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.

Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.

Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

IN ANY WAY WE CAN, WE WILL BE HERE TO ASSIST YOU

Siti Rohaizan

Tour Manager

Emilia

Customer Service Manager

Shaffeena

Travel Consultant

If you have any questions about this deal, please don’t hesitate to contact us. Usually, we’ll get back to you within two business days.

    You don't have permission to register