Our Story

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer. Proin gravida nibh vel velit auctor aliquet. Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctornisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit.

Working Hours

Monday - Friday 09:00AM - 06:00PM
Saturday - Sunday CLOSED

Phone

Latest News

    No posts were found.

Top
10H7M TURKI KLASIK – Malaysia Travel Agency – Muslim Tour Packages – Flight Ticketing
fade
5947
tour-item-template-default,single,single-tour-item,postid-5947,mkd-core-1.3,mkdf-social-login-1.4,mkdf-tours-1.4.3,voyage child theme-child-ver-1.0.1,voyage-ver-2.2,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-breadcrumbs-area-enabled,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-light-header,mkdf-fullscreen-search,mkdf-fullscreen-search-with-bg-image,mkdf-search-fade,mkdf-side-menu-slide-with-content,mkdf-width-470,mkdf-medium-title-text,wpb-js-composer js-comp-ver-6.8.0,vc_responsive
 

10H7M TURKI KLASIK

10H7M TURKI KLASIK

per person

KUALA LUMPUR – ISTANBUL: Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Istanbul, Turki.

10H7M TURKI KLASIK

ISTANBUL – BURSA – PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU - ISTANBUL

HARI 1: KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Istanbul, Turki.

HARI 2: ISTANBUL - BURSA (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, bertolak ke Bursa iaitu kota yang pernah menjadi ibu negara pertama kerajaan Uthmaniyyah sebelum Edirne dan Istanbul. Setibanya disana tetamu melawat Green Mosque, sebuah masjid yang sangat menakjubkan seni binanya dan mendapat nama daripada jubin di dalam masjid tersebut yang berona hijau kebiruan dan Green Mausoleum, makam Sultan Mehmet I dan ahli keluarganya yang membina masjid ini. Seterusnya melawat Ulu Cami yang turut dikenali sebagai Grand Mosque of Bursa yang merupakan mercu tanda seni bina Uthmaniyyah terawal dan masjid terbesar di Bursa dengan 20 kubah dan 2 menara. Masjid ini turut mempamerkan seni kaligrafi Islam terbaik yang tertulis di dinding, kolum dan plat oleh penulis kaligrafi terhebat pada zaman tersebut. Kemudian, tetamu akan dibawa melawat Koza Han, sebuah pasar sutera dengan pemandangan klasik yang sangat cantik, dibangunkan oleh Sultan Uthmaniyyah iaitu Bayezid II pada 1491. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 3: BURSA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan ke Pamukkale yang bermaksud “istana kapas” dalam bahasa Turkish merupakan tapak semula jadi di Wilayah Denizli di barat daya Turki. Tetamu akan dibawa melawat tarikan utama di Pamukkale iaitu Hierapolis yang terkenal dengan mandian termal dan pusat kesihatan. Ia juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, melawat thermal teres yang amat terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih. Selain itu, terdapat juga Cleopatra’s Thermal Pool yang dibina pada era Rom yang dipercayai oleh orang zaman dahulu bahawa air panas di Pamukkale boleh menyembuhkan penyakit seperti asma, arthritis dan masalah pencernaan. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 4: PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan ke bandar Konya di mana tetamu akan dibawa melawat Mevlana Museum. Monumen ini berbentuk kubah berwarna hijau dan ia didirikan di atas makam penyair, juri, sarjana Islam dan pemimpin agama Parsi yang terkenal sejak abad ke-13 iaitu Maulana Jalaluddin Rumi. Ia terletak di pusat bandar dan kompleks yang diasaskan oleh Maulana Rumi pada abad ke-14 adalah tarikan pelancongan utama di bandar berkenaan. Lawatan akan singgah ke Sultanhani Caravanserai Seljuk abad ke-13 yang besar terletak di bandar Sultanhanı, Provinsi Aksaray. Ia juga merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu. Bertolak ke Cappadocia untuk daftar masuk hotel serta makan malam.

HARI 5: CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Cardakli Underground City di mana pada satu ketika dahulu hampir 5,000 penduduk tinggal di kota bawah tanah ini untuk melindungi diri dari binatang buas dan juga serangan musuh. Kemudian menyaksikan cara-cara pembuatan karpet Turki di Carpet Factory yang cukup terkenal dengan kehalusan seni karyanya dan membeli belah di Avanos Village serta jewellery shop. Makan tengahari dan tetamu akan dibawa mengambil gambar panorama indah Goreme iaitu Love Valley serta Pigeon Valley. Melawat Uchisar Castle, di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 6: CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Ankara untuk melawat Atatürk Mausoleum (Anıtkabir). Salah satu contoh seni bina moden yang paling ketara di Turki, Makam Atatürk terletak tinggi di puncak bukit di Ankara iaitu ibu negara Turki yang juga dikenali sebagai Muzium Etnografi Ankara. Direka bentuk oleh arkitek Turki Emil Onat, kompleks itu dibina antara 1944 dan 1953 untuk menjadi tempat peristirahatan terakhir Mustafa Kemal Atatürk, pengasas dan presiden pertama Republik Turki. Di dalam muzium ini terdapat barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk. Singgah sebentar di Salt Lake untuk photo stop sebelum bertolak ke Bolu untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 7: BOLU – ISTANBUL (SP/MT/MM)

Selesai bersarapan, bertolak menuju ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, tetamu akan dibawa menaiki Bhosporus Cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahçe Palace. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Mısır Çarşısı(Spice Market), pasar beli belah berbumbung paling terkenal selepas grand bazaar untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dalam pelbagai warna serta dan perisa pilihan, kekacang, buahan kering serta Turkish coffee dan Baklava untuk dibawa pulang ke Malaysia. Photo stop ke ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan-sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun. Makan malam dan daftar masuk hotel di Istanbul.

HARI 8: ISTANBUL (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, menuju ke makan sahabat Rasulullah SAW iaitu Mosque Abu Ayyub Al-Ansari yang terletak di kawasan Golden Horn. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibangunkan oleh Kesultanan Turki Ottoman setelah penaklukan Konstantinopel pada tahun 1453. Singgah ke Masjid Rustem Pasha dibina oleh Mimar Sinan, arkitek Uthmaniyyah yang paling terkenal ketika itu. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat ke masjid terbaru di Istanbul iaitu Çamlıca Mosque iaitu masjid yang terbesar di Turki. Masjid ini boleh memuatkan 63,000 orang dan termasuk sebuah muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan, dan tempat letak kereta bawah tanah untuk 3,500 kenderaan. Melawat Suleymaniye Mosque, salah satu masjid yang dibina semasa pemerintahan Ottoman dan antara yang tercantik di Turki. Masa bebas untuk membeli cenderamata di Grand Bazaar, yang menempatkan lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan telah wujud sejak tahun 1455 lagi. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan berehat di hotel.

HARI 9: ISTANBUL (SP/MT)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara. Hippodrome Square di mana hari ini ia dihiasi dengan Egyptian Obelisk, Serpentane Column dan Istana Ibrahim Pasa (lihat dari luar). Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Seterusnya membeli belah di Taksim Square destinasi popular untuk pelancong serta penduduk Istanbul. Dataran ini ialah tempat pertemuan untuk penduduk tempatan yang dipenuhi dengan restoran, kedai dan hotel, di mana anda akan benar-benar merasai pengalaman Istanbul moden. Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.

HARI 10: ISTANBUL – KUALA LUMPUR

Berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAKLUMAT & TARIKH PENERBANGAN: 09 FEB 2023

Tarikh Penerbangan Dari Ke Perlepasan Ketibaan
09 FEB 2023 TK 61 KUL IST 2305 0515+1
18 FEB 2023 TK 60 IST KUL 0130 1715

HARGA PAKEJ

KATEGORI BILIK SEORANG BILIK BERDUA KANAK-KANAK BILIK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
FIESTA 7 RM 6290 RM 5490 RM 5390 RM 4690 RM 4590
WE FIESTA 7 RM 6090 RM 5450 - - -

HOTEL PENGINAPAN

BANDAR RATING MALAM NAMA HOTEL
Istanbul 4* 2 Hotel Golden Way atau setaraf
Bursa 4* 1 Hotel Tiara Thermal atau setaraf
Bolu 4* 1 Hotel Karpalas  atau setaraf
Pamukkale 4* 1 Hotel Tripolis atau setaraf
Cappadocia 4* 2 Hotel Mustafa atau setaraf

PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.
  • Percuma bot persiaran Bosphorus Cruise yang bernilai USD60 seorang.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Hierapolis (Cotton Castle), Mevlana Museum, Cardak Underground City dan Hagia Sophia.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan dilengkapi WIFI.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Menaiki Hot Air Balloon (USD280 seorang) dan menonton Wherling Derwish Ceremony (USD50) di Cappadocia.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

IN ANY WAY WE CAN, WE WILL BE HERE TO ASSIST YOU

Siti Rohaizan

Tour Manager

Emilia

Customer Service Manager

Shaffeena

Travel Consultant

If you have any questions about this deal, please don’t hesitate to contact us. Usually, we’ll get back to you within two business days.

    You don't have permission to register