Our Story

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer. Proin gravida nibh vel velit auctor aliquet. Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctornisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit.

Working Hours

Monday - Friday 09:00AM - 06:00PM
Saturday - Sunday CLOSED

Phone

Latest News

    No posts were found.

Top
12H9M Itali + Nice + Monaco + Barcelona Muslim Tour – Malaysia Travel Agency – Muslim Tour Packages – Flight Ticketing
fade
3649
tour-item-template-default,single,single-tour-item,postid-3649,mkd-core-1.3,mkdf-social-login-1.4,mkdf-tours-1.4.3,voyage child theme-child-ver-1.0.1,voyage-ver-2.2,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-breadcrumbs-area-enabled,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-light-header,mkdf-fullscreen-search,mkdf-fullscreen-search-with-bg-image,mkdf-search-fade,mkdf-side-menu-slide-with-content,mkdf-width-470,mkdf-medium-title-text,wpb-js-composer js-comp-ver-6.8.0,vc_responsive
 

12H9M Itali + Nice + Monaco + Barcelona Muslim Tour

Malaysia Travel Agency - Muslim Tour Packages - Flight Ticketing / 12H9M Itali + Nice + Monaco + Barcelona Muslim Tour

12H9M Itali + Nice + Monaco + Barcelona Muslim Tour

per person

KUALA LUMPUR – ABU DHABI: Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Rome melalui Abu Dhabi

ATURCARA 12H9M ITALI + NICE + MONACO + BARCELONA

ROME – PISA – FLORENCE – MODENA – VENICE – MILAN – SERRAVALLE – NICE – CANNES – MONACO - NIMES - BARCELONA

HARI 1: KUALA LUMPUR – ABU DHABI

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Rome melalui Abu Dhabi 

HARI 2: ABU DHABI - ROME (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci, tetamu akan dibawa ke Castel Romano Designer Outlet untuk merasai pengalaman membeli belah pada harga potongan sehingga 70% sepanjang tahun. Tetamu akan memulakan lawatan di sekitar kota Rome yang penuh dengan sejarah Western Roman Empire. Pertamanya melawat Colosseum, amphitheater kuno terbesar di negara ini yang berkapasiti 80,000 penonton untuk digunakan sebagai tempat keraian dan perlawanan gladiator. Seterusnya berjalan sepanjang kesan peninggalan pusat pentadbiran, pemerintahan dan ekonomi kerajaan Roman di Roman Forum sebelum menuju ke Altar of the Fatherland yang dibina pada tahun 1885 bagi memperingati Raja Itali yang pertama, Victor Emmanuel. Di kawasan ini jugalah terletaknya peninggalan Trojan’s Column dan Trojan’s Market. Selesai berfoto di situ, tetamu akan dibawa melawat ke Trevi Fountain iaitu salah satu kolam air pancut yang terkenal di dunia dek kerana keindahan seni binaannya dan juga Spanish Steps iaitu 135 anak tangga yang terletak di kawasan tumpuan ramai di Piazza Di Spagna. Seusai lawatan di tengah kota Rome ini, tetamu akan dibawa melawat ke negara yang terkecil di dunia iaitu Vatican City di mana tetamu akan dibawa singgah di St. Peter Basilica yang merupakan gereja utama menempatkan Ketua Agama Kristian Katolik, Pope tinggal dan berurusan. Menariknya di sini, tetamu akan berpeluang untuk melihat pakaian Swiss Army (tentera rasmi negara ini) yang cukup unik. Bersolat di Mosque of Rome yang dibina pada tahun 1994. Menariknya masjid ini dahulunya merupakan masjid yang terbesar di benua Eropah sebelum siapnya Cathedral Mosque di Moscow. Makan malam di restoran sebelum menuju ke hotel. 

HARI 3: ROME – PISA – FLORENCE (SP/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke Pisa dan setibanya di sana, tetamu berpeluang melawat dataran Tapak Warisan Dunia UNESCO yang cukup unik dipanggil Square of Miracles di mana menempatkan menara condong yang cukup terkenal iaitu Leaning Tower of Pisa yang dibina pada tahun 1173 dan kekal bertahan sehingga ke hari ini selain dari bangunan-bangunan lain yang cukup gah binaannya seperti The Duomo, The Pisa Baptistery, New Hospital of Holy Spirit dan Monumental Cemetery. Seterusnya, bertolak ke Florence yang cukup terkenal dengan pembuatan barangan berasaskan kulit. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel setibanya di kota ini. 

HARI 4: FLORENCE – MODENA – MESTRE (SP/MM)

Setelah bersarapan, tetamu akan dibawa melawat tarikan sekitar kota Florence. Lawatan akan dimulakan di Piazzale Michelangelo di mana tetamu akan dapat menikmati pemandangan indah seluruh kota Florence dari atas bukit yang turut menempatkan arca gangsa ukiran artisan tersohor, Michelangelo. Seterusnya, melawat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Piazza del Duomo yang menempatkan Il Duomo Di Firenze iaitu gereja utama binaan 1436 yang mempunyai kubah yang kedua terbesar di dunia, Baptistery of St. John yang berbentuk oktagon merupakan antara binaan tertua di kota ini yang dibina pada tahun 1059 dan Giotto’s Campanile yang merupakan menara loceng setinggi 85m. Antara tarikan lain ialah Palazzo Vecchio yang merupakan pusat pemerintahan kuno datuk bandar Florence sejak tahun 1299, Basilica Di Santa Croce iaitu sebuah gereja yang turut dipanggil Temple of the Italian Glories di mana tokoh-tokoh seperti Michelangelo dan Galileo disemadikan dan Marcato Centrale, sebuah pasar yang terdapat puluhan peniaga menjual barangan terutamanya buatan kulit. Seterusnya bertolak menuju ke Modena untuk melawat Ferrari Museum yang terletak di kampung halaman pengasasnya di Maranello, yang juga merupakan tempat asal penyanyi soprano terkenal Itali, Luciano Pavarotti. Muzium ini menempatkan galeri kereta-kereta yang dihasilkan oleh Enzo Ferrari dari dahulu hingga yang terkini termasuklah galeri perlumbaan yang disertai pasukan Ferrari. Kemudian bertolak ke Mestre dan makan malam di restoran setibanya di sana sebelum mendaftar masuk hotel. 

HARI 5: MESTRE – VENICE – MESTRE (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Seterusnya tetamu akan dibawa menaiki bot dari Tronchetto Pier ke kepulauan Venice yang terkenal dengan gelaran kota romantis. Memulakan lawatan di sekitar San Marco Square yang menempatkan San Marco Basilica iaitu sebuah gereja utama bereka bentuk ciri Byzantine, Doge’s Palace yang dahulunya merupakan pusat pentadbiran dan mahkamah kota ini yang kini merupakan sebuah muzium, Bridge of Sighs iaitu sebuah jambatan terkenal menyambungkan Doge’s Palace dengan penjara, San Marco Campanile iaitu menara loceng setinggi 99m dibina pada tahun 1549 dan juga The Clock Tower, sebuah menara jam loceng binaan tahun 1496. Selain itu, tetamu berpeluang berfoto dengan ikon kota Venice iaitu Rialto Bridge yang merentasi Grand Canal dan menghubungkan antara San Marco dan San Polo sejak tahun 1181. Selain itu, tetamu juga berpeluang untuk membeli buah-buahan di Rialto Market dan barangan buatan kaca di Murano Glass Factory sambil melihat proses pembuatannya. Dengan bayaran tambahan sebanyak EUR25 seorang, tetamu berpeluang untuk menaiki bot Gondola yang cukup terkenal di kota ini menyusuri terusan-terusan (canal). Menaiki bot menuju semula ke Tronchetto Pier pada lewat petang untuk makan malam di restoran sebelum pulang semula ke hotel. 

HARI 6: MESTRE – LAKE GARDA - MILAN (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, bertolak menuju Lake Garda yang dikenali sebagai Benaco, merupakan tasik terbesar di Itali. Destinasi pilihan penulis dan pelukis terkenal kerana kaya dengan pemandangan monument bersejarah seperti istana dan kubu. Tetamu akan dibawa ke Sirmione old town dimana terletaknya Sirmione Castle, istana kurun ke 13 yang masih lagi kukuh terpelihara sehingga kini. Bersiarsiar di Piazza Carducci, dataran terkenal dan destinasi popular penduduk tempatan bertemu. Dikelilingi oleh banyak kedai makan dan kafeanda boleh duduk, menjamu selera atau kopi sambil melihat pemandangan. Menyambung perjalanan ke kota metropolitan Milan dan singgah sebentar untuk bersolat di Centro Islamico Milano Lombardia sebelum meneruskan lawatan ke Sforzesco Castle, sebuah istana yang dibina di atas kubu peninggalan dari kurun ke-14; Milan Cathedral, sebuah gereja binaan Gothic yang menjadi ikon kota ini; Monument Victor Emmanuel II; Teatro Alla Scala yang menempatkan persembahan teater opera yang paling terkenal di dunia sejak tahun 1778 sebelum tetamu diberi peluang untuk membeli-belah di butik-butik terkenal yang terdapat di Galleria Vittorio Emanuele II seperti Prada, Louis Vuitton, Versace atau di sepanjang jalan Corso Vittorio Emanuele II. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel. 

HARI 7: MILAN – SERRAVALLE – EZE VILLAGE – NICE (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Serravalle. Masa untuk membeli-belah di McArthurGlenn Designer Outlet yang merupakan gedung pusat barangan berjenama yang terbesar di dunia. Antara jenama yang boleh didapati di sini seperti Prada, Gucci, Armani, MK, Polo, Paul Smith dan banyak lagi dengan harga diskaun yang cukup lumayan. Perjalanan diteruskan ke kota percutian selebriti terkenal antarabangsa Nice. Singgah di Eze Village untuk melawat Galimard Parfume Factory di mana tetamu berpeluang menghasilkan minyak wangi mengikut citarasa sendiri. Makan malam di restoran sebelum menuju ke hotel. 

HARI 8: NICE – CANNES – MONACO – NIMES (SP/MM)

Usai menikmati sarapan pagi di hotel, lawatan akan dimulakan ke Cannes yang terkenal dengan Festival Filem Antarabangsa Cannes yang berlangsung di Palais des Festivals sejak tahun 1946 lagi sambil bersiar-siar di Boulevard Del Al Croisette. Kemudian, menuju ke sebuah lagi antara negara terkecil di dunia namun dikategorikan sebagai negara paling mewah, Monaco yang cukup tersohor sebagai rumah kepada sukan lumba kereta F1 Grand Prix. Tetamu akan dibawa melawat ke kawasan Rock of Monaco yang menempatkan Prince’s Palace of Monaco, istana rasmi kediaman Putera Monaco dan sekiranya berkesempatan melihat upacara pertukaran pengawal dan juga merupakan lokasi terbaik untuk mengambil pemandangan indah kota Monaco; berfoto di luar Museum Oceanographic Monaco yang tersergam indah; Jardins De St. Martin yang direka bagi memperingati ibu Putera Monaco yang juga merupakan bintang Hollywood suatu masa dahulu iaitu Grace Kelly dan St. Nicholas Cathedral yang menempatkan makam diraja. Tetamu kemudiannya akan dibawa berfoto di Monte Carlo Casino Square yang merupakan tempat kegemaran bersantai tokoh-tokoh dan selebriti-selebriti antarabangsa. Seterusnya, tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar kota Nice dan berfoto di Promenade De Anglais, Place Massena serta tugu Monument Aux Morts yang didedikasikan untuk penduduk Nice yang terkorban semasa WWI sebelum bertolak ke Nimes untuk bermalam di bandar Nimes. 

HARI 9: NIMES – BARCELONA (SP/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, memulakan lawatan orientasi di Bandar Nimes yang digelar “Rom Perancis“, antara tempattempat yang bakal dilawati adalah Les Arènes amfiteater berkembar yang masih terpelihara sehingga kini. Dibina sekitar 100 SM, arena itu pernah menempatkan 24,000 penonton dan mengadakan pertandingan gladiator dan hukuman mati di hadapan umum. Berdepan amfiteater adalah Museum Romanité merupakan muzium arkeologi di bandar Nîmes di Perancis, dibuka pada 2 Jun 2018. Seterusnya melawat Temple of Diana dan Jardins de la Fontaine dikatakan sebagai taman awam Eropah yang pertama dan antara yang terbaik serta Great Tower Magne. Bertolak menuju ke Barcelona dan singgah ke La Roca Village untuk membelibelah barangan jenama terkenal dengar kadar diskaun sehingga 60%. Makan malam citarasa Malaysia di sebuah restoran milik rakyat Malaysia sebelum daftar masuk hotel. 

HARI 10: BARCELONA (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian melawat tarikan-tarikan utama di sekitar kota Barcelona yang cukup terkenal dengan senibinanya yang cukup unik. Contohnya La Sagrada Familia yang merupakan gereja Katolik terbesar di daerah Catalunya yang dibina pada tahun 1882 dengan 18 buah menara yang cukup unik dan Park Guell yang dibina pada tahun 1914 yang sepatutnya menjadi kawasan kediaman elit pembesar-pembesar di kota ini. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di kota ini ialah La Monumental yang dahulunya merupakan sebuah stadium melangsungkan perlawanan antara sang matador dan lembu jantan, Arc de Triomf yang dibina sebagai pintu masuk utama ketika 1888 Barcelona World Fair, mengambil foto kolam air pancut yang tersergam indah di Citadel Park dan Port Olimpic yang merupakan kawasan marina yang dibina khas ketika Barcelona menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1992. Tetamu kemudiannya bebas untuk bersiar-siar di sekitar Placa De Catalunya, La Rambla dan Gothic Quarter yang merupakan segi tiga hab komersil kota ini sebelum dibawa melawat ke Camp Nou Stadium yang merupakan stadium rasmi pasukan bola sepak FC Barcelona yang membariskan antara pemain terbaik dunia seperti Leo Messi, Andreas Iniesta, Luis Suarez dan lain-lain. Tetamu berpeluang bergambar di stadium ini dan membeli cenderamata kelab ini di FCBotiga Megastore 

HARI 11: BARCELONA - ABU DHABI (SP)

Daftar keluar dari hotel pada awal pagi dan bertolak kelapangan terbang untuk perlepasan pulang ke tanah air melalui Abu Dhabi 

HARI 12: ABU DHABI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

JADUAL PENERBANGAN

ETIHAD AIRLINES

Hari Penerbangan Dari Ke Perlepasan Ketibaan
01 EY 411 K. LUMPUR ABU DHABI 1905 2210
02 EY 85 ABU DHABI ROME 0300 0620+1
11 EY 50 BARCELONA ABU DHABI 0930 1840
12 EY 418 ABU DHABI K. LUMPUR 2310 1020+1

TARIKH PENERBANGAN: 10 Feb, 10 Mar 2023
HARGA PAKEJ

KATEGORI BILIK SEORANG BILIK BERDUA KANAK-KANAK BILIK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
NORMAL RM 11 790 RM 10 490 RM 9 790 RM 8 290 RM 7 590
WE NORMAL RM 11 590 RM 10 290 - - -
FIESTA7 RM 11 090 RM 9 790 RM 9 190 RM 7 690 RM 6 990
WE FIESTA7 RM 10 990 RM 9 690 - - -

HOTEL PENGINAPAN

BANDAR RATING MALAM NAMA HOTEL
Rome 4* 1 Hotel Artis / setaraf
Florence 4* 1 Hotel Wall Art / setaraf
Venice 4* 2 Hotel Les Terrazzes / setaraf
Milan 4* 1 Hotel Holiday Inn Milan Linate / setaraf
Nice 4* 1 Hotel Novotel Arenas / setaraf
Nimes 4* 1 Hotel Novotel Atria Nimes / setaraf
Barcelona 4* 2 Hotel City Park Sant Just atau setaraf

PAKEJ TERMASUK:

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.

Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).

Cukai bandar (city tax) di Rome, Florence, Venice, Milan, Nice, Nimes dan Barcelona.

Tiket masuk ke tempat lawatan: Ferrari Museum dan Park Guell.

Pengangkutan bot persendirian ke Venice.

Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.

Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

Bayaran bagi menaiki bot Gondola di Venice.

Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.

Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).

Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.

Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.

Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.

IN ANY WAY WE CAN, WE WILL BE HERE TO ASSIST YOU

Siti Rohaizan

Tour Manager

Emilia

Customer Service Manager

Shaffeena

Travel Consultant

If you have any questions about this deal, please don’t hesitate to contact us. Usually, we’ll get back to you within two business days.

    You don't have permission to register