Our Story

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer. Proin gravida nibh vel velit auctor aliquet. Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctornisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit.

Working Hours

Monday - Friday 09:00AM - 06:00PM
Saturday - Sunday CLOSED

Phone

Latest News

    No posts were found.

Top
13H10M Morocco + Spain + Portugal Muslim Tour – Malaysia Travel Agency – Muslim Tour Packages – Flight Ticketing
fade
3653
tour-item-template-default,single,single-tour-item,postid-3653,mkd-core-1.3,mkdf-social-login-1.4,mkdf-tours-1.4.3,voyage child theme-child-ver-1.0.1,voyage-ver-2.2,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-breadcrumbs-area-enabled,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-light-header,mkdf-fullscreen-search,mkdf-fullscreen-search-with-bg-image,mkdf-search-fade,mkdf-side-menu-slide-with-content,mkdf-width-470,mkdf-medium-title-text,wpb-js-composer js-comp-ver-6.8.0,vc_responsive
 

13H10M Morocco + Spain + Portugal Muslim Tour

13H10M Morocco + Spain + Portugal Muslim Tour

per person

ABU DHABI – CASABLANCA – MARRAKESH (MT/MM): Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, bertolak menuju ke kota Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM. Bersolat di Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki yang merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Selepas makan tengahari, masa bebas di bazaar Djemaa El-Fnaa Square souk popular yang terletak di Old Medina. Tetamu berpeluang membeli belah jubah, tudung, barangan seramik dan cenderahati. Berpeluang merasai juadah tempatan makanan Morrocco campuran pelbagai pengaruh berber,Andalusia dan juga Mediterranean. Kemudian, bertolak ke Marrakesh, makan malam dan daftar masuk hotel.

ATURCARA 13H10M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL

CASABLANCA – MARRAKESH – RABAT – TANGIER – TARIFA – SEVILLE – SINTRA – LISBON – SEVILLE – CORDOBA – GRANADA – MADRID – TOLEDO

HARI 1: KUALA LUMPUR – ABU DHABI

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Casablanca melalui Abu Dhabi

HARI 2: ABU DHABI – CASABLANCA - MARRAKESH (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, bertolak menuju ke kota Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM. Bersolat di Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki yang merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Selepas makan tengahari, masa bebas di bazaar Djemaa El-Fnaa Square souk popular yang terletak di Old Medina. Tetamu berpeluang membeli belah jubah, tudung, barangan seramik dan cenderahati. Berpeluang merasai juadah tempatan makanan Morrocco campuran pelbagai pengaruh berber,Andalusia dan juga Mediterranean. Kemudian, bertolak ke Marrakesh, makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 3: MARRAKESH – CASABLANCA (SP/MT/MM)

Seusai sarapan pagi di hotel, lawatan di kota Marrakesh dimulakan ke Bahia Palace, sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina. Seterusnya melawat Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m dan Tombeaux Saadiens yang merupakan makam kerabat diraja. Kemudian, bertolak semula ke Casablanca, daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 4: CASABLANCA – RABAT – TANGIER (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi, lawatan di ibu negara Morocco ini dimulakan ke Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Kubu yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini dibina seawal kurun ke-12 dan merupakan salah satu tarikan yang unik di bandar diraja Rabat. Melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Menara yang dibina daripada batu pasir berwarna merah ini terletak bertentangan dengan Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Makan tengahari dan perjalanan diteruskan ke Tangier yang terkenal sebagai kota pelabuhan di Selat Gibraltar. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 5: TANGIER – TARIFA – SEVILLE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi, lawatan ke Hercules Caves, gua yang mempunyai pintu yang berhadapan dengan lautan Atlantik. Diatas Gua Hercules terletaknya Cape Spartel dimana tetamu boleh mengambil gambar panorama Selat Gibraltar. Bertolak menaiki feri merentasi Selat Gibraltar untuk ke Tarifa, sebuah kota yang terletak di bahagian paling selatan Sepanyol di mana lautan Atlantik bertemu dengan Mediterranean. Setibanya di Tarifa, tetamu  akan dibawa makan tengahari dan menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke kota Seville yang dahulunya merupakan ibu kota di rantau Andalusia. Destinasi pertama adalah Plaza de Espana, bangunan yang cukup menarik reka bentuknya yang terletak di dalam kawasan Maria Luisa Park dan terdapat kolam air pancur besar di tengahnya dan lukisan sepanjang tembok yang menceritakan sejarah kegemilangan Sepanyol. Bergambar di Giralda Tower iaitu sebuah peninggalan menara asal masjid yang dibina semasa pemerintahan Almohad. Melawat Istana Diraja Alcazar serta Torre del Oro atau Menara Emas iaitu menara pengawal tentera yang masih kekal sehingga sekarang. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

HARI 6: SEVILLE – SINTRA – LISBON (SP/MT/MM)

Bertolak menuju ke negara Portugal dan melawat kota Sintra yang terkenal dengan tarikan Palace Da Pena, sebuah istana berwarna terang dan dihiasi dengan binaan kubu dan patung mitos, merupakan salah satu tarikan pelancong ke Portugal dengan contoh senibina terbaik Romantisisme dari kurun ke-19. Makan tengahari di restoran dan bertolak ke Lisbon. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Lisbon, bandar tertua di Barat Eropah melebihi kota Rome, Paris dan London. Makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 7: LISBON – SEVILLE (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, melawat Rossio Square iaitu dataran yang paling meriah di Lisbon yang dikelilingi oleh air pancut Baroque, monumen dan tugu bersejarah serta bangunan Dona Maria II National Theatre. Berhenti berfoto di Jeronimos Monastery, sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline terunggul yang menyimpan makam Vasco da Gama, penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India. Melawat Belem Tower, menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan Monument to the Discoveries yang dibina setinggi 171 kaki berbentuk seakan-akan kapal pada tahun 1940 untuk meraikan pencapaian penjelajah Portugis. Makan tengahari dan bersolat di Central Mosque of Lisbon yang dibina pada tahun 1985 hasil sumbangan komuniti Muslim. Bertolak menuju ke kota Seville, makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 8: SEVILLE – CORDOBA – GRANADA (SP/MT/MM)

Tetamu akan menikmati sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Cordoba iaitu bandar yang pernah dikuasai Islam pada suatu masa dahulu. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa makan tengahari dan melawat Mezquita, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia. Dikenali sebagai Cathedral Mosque of Cordoba, masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara dan mihrab. Lawatan diteruskan ke Jewish Quarter, sebuah kawasan kejiranan Yahudi yang diberi kebebasan beragama dan penempatan ketika pemerintahan Islam Almohad. Bukan sahaja dikelilingi oleh rumah yang dicat putih dan patio dengan bunga berwarna-warni, malah surau umat Islam di sini juga masih dikekalkan dan digunakan sehingga hari ini. Teruskan perjalanan ke Granada, tetamu dibawa melawat Albayzin Muslim Quarters di mana terletaknya Grand Mosque of Granada. Masjid ini juga menawarkan lokasi paling sesuai untuk mengambil gambar panorama indah Istana Alhambra. Selepas solat di masjid ini, tetamu akan dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 9: GRANADA – MADRID (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Alhambra Palace yang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana oleh pemerintah Kerajaan Granada Nasri yang berbangsa Moorish. Merupakan sebuah mercu tanda terhebat yang pernah dibina oleh kerajaan Islam di Sepanyol, Alhambra adalah pintu kepada budaya Moor pastinya menjanjikan pemandangan yang cukup indah dengan ukiran dinding kaligrafi ayat suci Al-Quran dan ukiran bermotif bunga. Melawat The Generalife, sebuah istana rehat musim panas diraja yang dihiasi dengan patio, kolam, pepohon yang menghijau, mata air dan deretan tiang yang dihubungkan ke Alhambra melalui laluan berbumbung. Lanskap taman ini yang terlalu indah pastinya membuatkan tetamu tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Seusai lawatan, tetamu berpeluang untuk menikmati makan tengahari istimewa di ladang pokok Zaitun (sekiranya cuaca mengizinkan) sebelum bertolak ke Madrid. Makan malam dan daftar masuk hotel setibanya di sana.

HARI 10: MADRID – TOLEDO – MADRID (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke kota Toledo yang cukup kaya dengan warisan sejarah dan budaya serta keharmonian komuniti Muslim, Kristian dan Yahudi yang hidup dengan aman tanpa konflik dan peperangan pada ketika dulu. Melawat Alcazar of Toledo, kubu dengan 4 buah menara di setiap sisi yang terletak di bahagian tertinggi di Toledo dan pernah digunakan sebagai istana Rom semasa kurun ke-3. Lawatan diteruskan ke Mosque of Cristo de la Luz; masjid yang berusia lebih 1000 tahun juga dikenali dengan nama Arab Bab Al-Mardum Mosque yang dibina semasa pemerintahan Moorish sebelum ditukarkan menjadi gereja, Puerta Bab Al-Mardum; pintu gerbang kota Toledo yang dibina pada abad ke-10 dan Alcantara Bridge yang sangat cantik senibinanya, dibina oleh Rom pada Zaman Pertengahan merentasi Sungai Tagus. Kemudian, masa bebas membeli cenderamata dan Marzipan, kuih tradisional masyarakat Sepanyol yang cuma terdapat di Zocodover Square sebelum bertolak pulang ke kota Madrid untuk makan tengahari dan bersolat di Abu Bakr Mosque. Seterusnya, tetamu akan dibawa melawat di sekitar kota metropolis Madrid. Berhenti bergambar di hadapan ikon bandar iaitu Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol dengan seni bina Baroque yang tersohor, melepasi Prado Museum yang menempatkan karya seni Eropah terhebat dari abad ke-12 hingga ke-20, Cibeles dan Neptune Fountains iaitu 2 kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles; dataran dengan kompleks bercirikan seni bina Neo-classic dan juga Puerta de Alcala yang merupakan pintu gerbang yang megah berdiri di Plaza de la Independencia dan dibina oleh Raja Carlos III pada kurun ke-18. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 11: MADRID (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, melawat stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid. Tetamu berpeluang mengambil gambar panorama dalam stadium ini di Panorama Cafe sambil menikmati secawan kopi. Makan tengahari di restoran dan masa untuk membeli-belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli-belah barangan berjenama antarabangsa seperti Armani, Coach, Ralph Lauren yang menawarkan diskaun sehingga 60%. Teruskan sesi membeli belah di Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli-belah kota ini. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 12: MADRID – ABU DHABI (SP)

Setelah sarapan pagi, Bertolak menuju ke Barajas Airport Madrid untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Abu Dhabi.

HARI 13: ABU DHABI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MUSIM SEJUK

JADUAL PENERBANGAN – ETIHAD

Hari Penerbangan Dari Ke Perlepasan Ketibaan
01 EY 411 K.Lumpur Abu Dhabi 1910 2215
02 EY 613 Abu Dhabi Casablanca 0245 0755
12 EY 76 Madrid Abu Dhabi 1040 1925
13 EY 418 Abu Dhabi K.Lumpur 2305 1030

TARIKH PENERBANGAN: 17 Feb**, 05 Mar 2023<br /> **SURCAJ RM 100

HARGA PAKEJ

KATEGORI SINGLE TWIN / TRIP CHD TWIN CHD WITH BED CHD NO BED
NORMAL RM 11 890 RM 10 390 RM 9 590 RM 8 190 RM 6 990
WE NORMAL RM 11 690 RM 10 190 - - -
FIESTA7 RM 11 190 RM 9 790 RM 9 190 RM 7 790 RM  6 590
WE FIESTA7 RM 11 090 RM 9 690 - - -

HOTEL PENGINAPAN

BANDAR RATING MALAM NAMA HOTEL
Marrakesh 4* 1 Hotel Nassim atau setaraf
Casablanca 4* 1 Hotel Oum Palace atau setaraf
Tangier 4* 1 Hotel Tanjah Flandria atau setaraf
Granada 4* 1 Hotel Alixares atau setaraf
Seville 4* 2 Hotel Sevilla Vertice Aljarafe atau setaraf
Lisbon 4* 1 Hotel Tryp Lisboa Caparica atau setaraf
Madrid 4* 3 Hotel Asset Torrejon atau setaraf

PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Granada, Seville, Lisbon dan Madrid.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bahia Palace, Mezquita, Alhambra Palace, Generalife dan Palace Da Pena.
  • Pengangkutan feri laju dari Tangier ke Tarifa.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma sebotol air mineral seorang setiap hari sepanjang lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

IN ANY WAY WE CAN, WE WILL BE HERE TO ASSIST YOU

Siti Rohaizan

Tour Manager

Emilia

Customer Service Manager

Shaffeena

Travel Consultant

If you have any questions about this deal, please don’t hesitate to contact us. Usually, we’ll get back to you within two business days.

    You don't have permission to register