Our Story

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer. Proin gravida nibh vel velit auctor aliquet. Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctornisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit.

Working Hours

Monday - Friday 09:00AM - 06:00PM
Saturday - Sunday CLOSED

Phone

Latest News

    No posts were found.

Top
15H12M Kembara Balkans 6 Negara Muslim Tour – Malaysia Travel Agency – Muslim Tour Packages – Flight Ticketing
fade
3661
tour-item-template-default,single,single-tour-item,postid-3661,mkd-core-1.3,mkdf-social-login-1.4,mkdf-tours-1.4.3,voyage child theme-child-ver-1.0.1,voyage-ver-2.2,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-breadcrumbs-area-enabled,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-light-header,mkdf-fullscreen-search,mkdf-fullscreen-search-with-bg-image,mkdf-search-fade,mkdf-side-menu-slide-with-content,mkdf-width-470,mkdf-medium-title-text,wpb-js-composer js-comp-ver-6.8.0,vc_responsive
 

15H12M Kembara Balkans 6 Negara Muslim Tour

15H12M Kembara Balkans 6 Negara Muslim Tour

per person

ISTANBUL– ATHENS (MT/MM): Setibanya di Lapangan Terbang Athens, mulakan lawatan dengan membeli belah di McArthurGlen Outlet di mana tetamu berpeluang untuk membeli-belah barangan berjenama terkenal seperti Versace, Salvatore Ferragamo, Polo, Guess dan banyak lagi pada harga diskaun yang cukup lumayan. Tetamu akan dibawa ke Plakka Shopping District.Tetamu boleh mendapatkan cendarahati murah di sini sebelum makan malam dan menuju ke hotel untuk daftar masuk hotel.

15H12M KEMBARA BALKANS 6 NEGARA

ATHENS – KALAMBAKA – BITOLA – OHRID – TIRANA – BAR– BUDVA – KOTOR – DUBROVNIK – POCITELJ – BLAGAJ – MOSTAR – SARAJEVO – AHMICI – TRAVNIK – BIHAC – PLITVICE LAKES – ZAGREB

HARI 1: KUALA LUMPUR – ISTANBUL

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan menuju ke Athens yang terletak di negara Greece melalui Istanbul

HARI 2: ISTANBUL– ATHENS (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Athens, mulakan lawatan dengan membeli belah di McArthurGlen Outlet di mana tetamu berpeluang untuk membeli-belah barangan berjenama terkenal seperti Versace, Salvatore Ferragamo, Polo, Guess dan banyak lagi pada harga diskaun yang cukup lumayan. Tetamu akan dibawa ke Plakka Shopping District.Tetamu boleh mendapatkan cendarahati murah di sini sebelum makan malam dan menuju ke hotel untuk daftar masuk hotel.

HARI 3: ATHENS (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan ke Acropolis, Acropolis of Athens adalah sebuah kubu purba yang terletak di atas kota Athens dan mengandungi sisa-sisa bangunan kuno seperti Propylaia dan Temple of Athena Nike yang mempunyai ciri seni bina dan bersejarah yang hebat, yang paling terkenal adalah Parthenon. Seterusnya, tetamu akan melawat ke Temple of Olympian Zeus, Teater Dionysus dan Herodeion yang dibina oleh Herodes Atticus bagi memperingati isterinya yang berasal dari Roman. Selepas makan tengahari tetamu akan dibawa berfoto di Panathenaic Stadium yang merupakan tempat berlangsungnya Ancient Olympic dibina pada tahun 144 M. Mereka juga berpeluang untuk mengabadikan kenangan di depan Parliament House di Syntagma Square. Makan malam sebelum berehat di hotel.

HARI 4: ATHENS – METEORA - KALAMBAKA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa menuju ke daerah Kalambaka yang cukup terkenal dengan binaan biara di atas puncak bukit, seakan melihat Babylon. Makan tengahari setibanya di sana dan kemudian tetamu akan dibawa untuk mendekati beberapa buah biara termasuklah yang tertua dan terbesar iaitu Great Meteoron Monastery. Tetamu juga akan dibawa ke beberapa tempat yang cukup menarik untuk mengambil gambar pemandangan kawasan yang dipanggil Meteora ini. Kemudian tetamu diberi masa bebas untuk bersiar-siar di pekan Kalambaka dan berpeluang untuk membeli hasil tempatan terutamanya madu lebah. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

HARI 5: KALAMBAKA– BITOLA – OHRID (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke bandar Bitola, tetamu akan dibawa melawat beberapa bangunan antaranya Haydar-Kadi Mosque,St Dimitrija, Ishak Pasha Mosque dan Mustafa Kemal Ataturk Museum iaitu rumah dimana beliau dilahirkan. Bertolak menuju ke Ohrid selepas makan tengahari dan melawat Haji Turgut Mosque yang merupakan masjid yang tertua di sini dibina pada tahun 1466, Zeynel Abedin-Pasha Mosque yang dibina pada abad ke-17 yang menempatkan makam Emir pertama Ohrid. Lawatan diteruskan sekitar Ohrid antaranya Houses of Robevci, Cathedral of Saint Sophia,Tsar Samuil Fortress dan juga Church Saint John Kanoe. Makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 6: OHRID – TIRANA – SHKODER (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke kota Tirana yang merupakan ibu negara Albania, sebuah negara kecil majoriti penduduk Islam yang baru terlepas daripada cengkaman pemerintahan Komunis pada tahun 1992. Tetamu berpeluang berfoto di Clock Tower of Tirana yang dibina oleh orang Turki pada tahun 1811 setinggi 35m dan melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum dan juga Skanderberg Square yang gah dengan arca Skanderbeg Monument. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.

HARI 7: SHKODER - BAR – BUDVA – KOTOR – TREBINJE (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak ke bandar Bar untuk melawat Masjid Selimija yang merupakan salah satu masjid terbesar di Montenegro. Meneruskan perjalanan ke kota Budva untuk melawat tarikan-tarikan yang terdapat di dalam Old Town Budva yang terletak di tepi Laut Adriatic. Photo stop di St Stefan dan berjalan sekitar Budva Castle yang dibina lereng bukit. Seterusnya tetamu pula akan dibawa melawat ke sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor seperti Cathedral of St. Triphon yang dibina pada 1166, Pima Palace yang dibina pada abad ke-17, Sea Gate of 1555, Watch Tower, Square of Arms dan Pillar of Shame. Perjalanan akan diteruskan Bertolak ke Trebinje sebelum makan malam di restoran dan menuju ke hotel penginapan.

HARI 8: TREBINJE – DUBROVNIK- BLAGAJ- MOSTAR (SP/MT/MM)

Bertolak ke Dubrovnik yang terkenal dengan lokasi pinggir lautnya yang menakjubkan di pantai Dalmatian ditambah dengan pusat bandar lama yang bersejarah, Setibanya di sana, tetamu akan dibawa untuk mengambil gambar pemandangan panorama Old Town Dubrovnik yang cukup mempersonakan. Faktor keindahan inilah yang menyebabkan Dubrovnik digelar “Pearl of the Adriatic” oleh para pelancong. Lawatan pada hari ini diteruskan dengan menyusuri Old Town Dubrovnik untuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti St Vlah Church, Sponza Palace, Clock Tower dan Gundulic Sculpt. Bertolak memasuki negara Bosnia and Herzegovina dengan pertamanya melawat punca mata air yang cukup jernih dan menawan pandangan iaitu Buna River Spring di Blagaj dan di tebingnya terletak sebuah sekolah ahli sufi Dervish Tekke. Bertolak ke ke bandar bersejarah Mostar meliputi lembah Neretva untuk melawat tarikan-tarikan seperti Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini, Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut, Karadoz Bey Mosque yang dibina pada 1554 oleh arkitek Mimar Sinan merupakan antara masjid yang tercantik di negara ini, Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Kujundziluk Old Bazaar yang mana menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dan cenderamata. Makan malam di Bandar Mostar dan daftar masuk hotel.

HARI 9: MOSTAR – JABLANICA - SARAJEVO (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa ke Bascarsija iaitu Old Turkish Bazzar untuk membeli-belah barangan cenderamata sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah.Bergambar di Latin Bridge tempat tumpasnya Archduke Franz Ferdinand of Austria pada zaman perang dunia pertama. Tidak lupa Catholic Churches, Fire of Freedom dan juga Madrasah Kursunlu. Selepas makan tengahari di Jablanica, tetamu akan dibawa melawat Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika Perang Bosnia. Pulang semula ke hotel untuk makan malam dan berehat.

HARI 10: SARAJEVO – VRELO BOSNE- SARAJEVO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian bertolak menuju ke National Park Vrelo Bosne yang terletak kira-kira 1 jam dari Sarajevo. Taman yang sangat indah dengan pokok-pokok yang ditanam sepanjang Bosna River yang mengalir di kaki bukit Mount Igman .Pasti banyak foto-foto menarik yang dapat anda dapat anda abadikan di sini. Patah balik ke Sarajevo untuk masa bebas bagi peserta untuk membeli belah cendarahati untuk dibawa balik. Makan malam dan berehat di hotel.

HARI 11: SARAJEVO – AHMICI – TRAVNIK - BIHAC (SP/MT/MM)

Bertolak menuju ke perkampungan Ahmici selepas sarapan pagi di hotel untuk melawat 116 Monument di mana perkampungan ini telah diserang oleh tentera Croatia dan membunuh seramai 116 orang. Presiden Croatia sendiri pernah melawat ke monumen ini sebagai tanda kekesalan mereka. Bertolak menuju ke Travnik yang merupakan salah satu kota terpenting zaman Uthmaniyyah dan setibanya di sana, tetamu akan dibawa berfoto ke Travnik Ibrahim Pasha Madrasah, Ottaman Fortress dan Alaca Mosque. Bergerak menuju ke Bihac. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

HARI 12: BIHAC – PLITVICE LAKES – ZAGREB (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak memasuki negara Croatia untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Plitvice Lakes National Park setanding dengan gelaran yang diberi padanya iaitu Syurga Dunia. Kawasan taman negara ini cukup indah dengan panorama memukau air terjun dan tasiknya di mana tetamu boleh menyelusuri titi kayu yang dibina di sepanjang tasik ini, malahan boleh meraih pengalaman menaiki bot persiaran menyusuri tasik. Bertolak menuju ke kota Zagreb dan setibanya di sana, makan tengahari dan bersolat di Zagreb Mosque yang dibina pada tahun 1987 atas derma dari Sultan Sharjah, salah seorang Emir di UAE. Seterusnya tetamu akan dibawa daftar masuk hotel. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan halal.

HARI 13: ZAGREB (SP/MT/MM)

Melawat sekitar kota Zagreb selepas sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat ke Cathedral of St. Stephen terletak di Kaptol adalah sebuah institusi Katolik Roman dan bukan sahaja bangunan tertinggi di Croatia tetapi juga bangunan suci yang paling monumental dalam gaya Gothic tenggara Alps. Ia didedikasikan untuk Asumsi Mary dan kepada raja-raja Saint Stephen dan Saint Ladislaus. Seterusnya melawat ke Dolac Market, adalah pasar petani yang terletak di Gornji Grad – Medveščak, kota Zagreb, Croatia. Dolac adalah pasar petani paling terkenal di Zagreb dan melawat ke The Stone Gate, adalah salah satu mercu tanda yang lebih penting dari Bandar Utama Zagreb. Ia dibina pada abad ke-13, dan mendapat penampilannya sekarang pada abad ke-18. Kemudian, tetamu akan melawat ke Mark’s Square merupakan dataran utama terletak di Old Zagreb. Seterusnya, tetamu akan melawat ke Ban Jelacic Square dan Zagreb City Skale Model. Selepas itu, melawat ke Strossmayer Promenade untuk melihat pemandangan panoramic bandar Zagreb. Makan malam sebelum pulang ke hotel untuk berehat.

HARI 14: ZAGREB - ISTANBUL

Daftar keluar hotel untuk Lapangan Terbang Zagreb bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Istanbul. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjelang tengah malam.

HARI 15: KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjelang tengah malam.

JADUAL PENERBANGAN

TURKISH AIRLINES

Hari Penerbangan Dari Ke Perlepasan Ketibaan
01 TK 0063 K.LUMPUR ISTANBUL 2315 0545
02 TK 1845 ISTANBUL ATHENS 0810 0835
14 TK 1054 ZAGREB ISTANBUL 0910 1325
15 TK 0062 ISTANBUL K.LUMPUR 2110 1220

MUSIM SEJUK

Tarikh Penerbangan : 20 Nov 2022

KATEGORI BILIK SEORANG BILIK BERDUA KANAK-KANAK BILIK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
NORMAL RM 10 890 RM 9690 RM 9190 RM 8390 RM 7490
WE NORMAL RM 10 690 RM 9490 - - -
FMM7 RM 10 290 RM 9090 RM 8590 RM 7790 RM 6890
WE FMM7 RM 10 190 RM 8990 - - -

POLISI KANAK-KANAK: KANAK-KANAK BILIK BERDUA: 02-11TAHUN, KANAK-KANAK BERKATIL: 02 -11 TAHUN, KANAK-KANAK TANPA KATIL: 02-11 TAHUN

HOTEL PENGINAPAN

BANDAR RATING MALAM NAMA HOTEL
Athens 3* 2 Hotel Poseidon atau setaraf
Kalambaka 4* 1 Hotel Famissi atau setaraf
Ohrid 4* 1 Hotel Aqualina atau setaraf
Shkoder 4* 1 Hotel Philia atau setaraf
Trebinje 4* 1 Hotel Bellevue atau setaraf
Mostar 4* 1 Hotel Eden atau setaraf
Sarajevo 4* 2 Hotel Holiday atau setaraf
Bihac 4* 1 Hotel Emporium atau setaraf
Zagreb 4* 2 Hotel Astoria atau setaraf

PAKEJ TERMASUK:

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.

Hotel penginapan bertaraf 3* dan 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).

Cukai bandar (city tax) di Athens, Dubrovnik dan Zagreb.

Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.

Tiket masuk ke tempat lawatan: Acropolis of Athens, Tunnel of Hope, Blagaj Vrelo Bosna,Plitvice Lakes National Park.

Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.

Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi)

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.

Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).

Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.

Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.

Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.

Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

IN ANY WAY WE CAN, WE WILL BE HERE TO ASSIST YOU

Siti Rohaizan

Tour Manager

Emilia

Customer Service Manager

Shaffeena

Travel Consultant

If you have any questions about this deal, please don’t hesitate to contact us. Usually, we’ll get back to you within two business days.

    You don't have permission to register