6H4M DUBAI + ABU DHABI
per person
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Dubai. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, tetamu akan
di bawa untuk bergambar di Dubai Frame, struktur ikonik yang ‘membingkai’ pemandangan Dubai Lama dan Baharu juga berfungsi sebagai jambatan metafora yang menghubungkan masa lalu Dubai serta masa kini. Tetamu dapat menyaksikan pertunjukan fesyen di Porque sambil membeli-belah barangan kulit sebelum bertolak ke Dubai Miracle Garden iaitu taman bunga semulajad terbesar didunia. Taman bunga berkeluasan 72 000 kaki persegi serta mengandungi 109 juta bunga dari pelbagai jenis dan warna, Seterusnya makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel untuk berehat.
6H4M DUBAI + ABU DHABI
DUBAI – ABU DHABI – DUBAI
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Dubai. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, tetamu akan di bawa untuk bergambar di Dubai Frame, struktur ikonik yang ‘membingkai’ pemandangan Dubai Lama dan Baharu juga berfungsi sebagai jambatan metafora yang menghubungkan masa lalu Dubai serta masa kini. Tetamu dapat menyaksikan pertunjukan fesyen di Porque sambil membeli-belah barangan kulit sebelum bertolak ke Dubai Miracle Garden iaitu taman bunga semulajad terbesar didunia. Taman bunga berkeluasan 72 000 kaki persegi serta mengandungi 109 juta bunga dari pelbagai jenis dan warna, Seterusnya makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel untuk berehat.
Sarapan pagi di hotel. tetamu akan di bawa ke Al Fahidi Historical Neighbourhood juga dikenali sebagai Al Bastakiya merupakan salah satu tapak warisan tertua di Dubai dimana bangunan-bangunan telah wujud sejak awal abad ke 20. Kemudian tetamu berpeluang untuk menaiki teksi air Abra untuk ke Gold and Spice Souk. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian pulang ke hotel untuk bersiap sedia ke Desert Safari. Tetamu berpeluang merasai pemanduan 4×4 merentasi beting pasir ‘sand dunes’ yang menyeronokkan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Singgah sebentar di Desert Camp dan berpeluang untuk membuat aktiviti seperti menunggang unta, berinai (henna) dan memakai pakaian tradisional dubai. Makan malam BBQ bufet disediakan serta tetamu akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan pulang ke hotel.
Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke Abu Dhabi. Tetamu akan dibawa untuk melawat ke Heritage Village yang memaparkan imej langsung kehidupan tradisional lama di UAE di mana tetamu boleh mengenalpasti adat lama tradisional negara ini dan ciri-ciri khas rumah-rumah lama, kraftangan serta macam-macam lagi sebelum bertolak ke Sheikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Abu Dhabi. Makan tengah hari kemudian tetamu berpeluang untuk melihat dan membeli cenderahati, jubah, permaidani dan sebagainya di Miraj Art Centre. Bergambar di luar Emirates Palace, Ferrari World, dan Etihad Tower sebelum tetamu berkesempatan berjalan sepanjang pesisiran The Corniche sambil menyaksikan keindahan pantai barat laut bandar Abu Dhabi. Pulang semula ke Dubai dan tetamu akan melawat Global Village yang menggabungkan budaya dari 90 buah negara seluruh dunia dan terdapat pelbagai jenis pilihan makanan sebelum pulang ke hotel. Makan malam atas perbelanjaan sendiri.
Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa untuk bergambar di hotel yang terkenal di dunia iaitu Al Burj Arab Jumeirah dan berpeluang melawat Jumeirah Mosque. Seterusnya tetamu berpeluang bergambar di Atlantis the Palm dan menikmati keindahan sepanjang Jumeirah Beach Road sebelum di bawa ke Hamadan Galerie yang menjual pelbagai cenderahati, jubah, permaidani Iran dan macam-macam lagi. Makan tengah hari dan tetamu akan bertolakuntuk membeli-belah ke Mall of Emirates, pusat beli belah bertingkat yang mengumpulkan 630 kedai, 100 restaurant serta Dubai Ski dalam 1 bumbung. Seterusnya tetamu dibawa menikmati pelayaran sepanjang Dubai Creek pada waktu malam dan makan malam di atas kapal Dhow Cruise sambil berhibur dengan persembahan kebudayaan sebelum pulang ke hotel.
Sarapan pagi dan aktiviti bebas atau tetamu ingin mengambil pakej pilihan sehingga daftar keluar hotel. Makan tengahari sebelum bertolak ke Dubai Mall yang merupakan pusat beli belah kedua terbesar di dunia dan menyediakan lebih dari 1000 kedai seperti Adidas, Nike, Pandora, Gucci, LV dan macam-macam lagi. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah dan bergambar dengan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang berketinggian 830-meter dan pertunjukan Dubai Music Fountain. Seterusnya bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 1435.
JADUAL PENERBANGAN
Hari | Penerbangan | Dari | Ke | Perlepasan | Ketibaan |
01 | EK 345 | KUL | DXB | 1015 | 1320 |
06 | EK 346 | DXB | KUL | 0330 | 1435 |
TARIKH PENERBANGAN: 20 Jan**, 18 Feb, 4Mar 2023
**SURCAJ RM 200
MUSIM SEJUK
HARGA PAKEJ
KATEGORI | SINGLE | TWIN / TRIP | CHD TWIN | CHD WITH BED | CHD NO BED |
NORMAL | RM 6790 | RM 6090 | RM 5490 | RM 4990 | RM 4490 |
WE NORMAL | RM 6690 | RM 5990 | - | - | - |
FIESTA 8 | RM 6390 | RM 5690 | RM 5090 | RM 4590 | RM 4090 |
WE FIESTA 8 | RM 6350 | RM 5640 | - | - | - |
HOTEL PENGINAPAN
BANDAR | RATING | NAMA HOTEL |
Dubai | 3* | Hotel Kingsgate Al Jaddaf atau setaraf |
PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan 4 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
- Tiket masuk ke tempat lawatan: Abra Water Taxi, Heritage Village, Global Village dan Miracle Garden.
- Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
- Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Ingeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
- Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- Diiringi ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd.
- Percuma edisi bag kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn Bhd.
PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
- Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
- Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
- Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
- Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
- Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
- Lawatan pilihan: Anggaran Harga
- At the Top Burj Khalifa – USD 40
- Top Dubai Frame – USD 15
- Ski Dubai – bermula dari USD 55
- Museum of the Future – USD 39 (1month in advance)