Our Story

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer. Proin gravida nibh vel velit auctor aliquet. Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctornisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit.

Working Hours

Monday - Friday 09:00AM - 06:00PM
Saturday - Sunday CLOSED

Phone

Latest News

    No posts were found.

Top
7H5M Bena Kerala Muslim Tour – Malaysia Travel Agency – Muslim Tour Packages – Flight Ticketing
fade
3754
tour-item-template-default,single,single-tour-item,postid-3754,mkd-core-1.3,mkdf-social-login-1.4,mkdf-tours-1.4.3,voyage child theme-child-ver-1.0.1,voyage-ver-2.2,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-breadcrumbs-area-enabled,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-light-header,mkdf-fullscreen-search,mkdf-fullscreen-search-with-bg-image,mkdf-search-fade,mkdf-side-menu-slide-with-content,mkdf-width-470,mkdf-medium-title-text,wpb-js-composer js-comp-ver-6.8.0,vc_responsive
 

7H5M Bena Kerala Muslim Tour

7H5M Bena Kerala Muslim Tour

per person

KUALA LUMPUR – KOCHI: Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Kochi, India. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

ATURCARA 7H5M BENA KERALA

COCHIN + MUNNAR + THEKKEDY + ALLEPPEY

HARI 1: KUALA LUMPUR – KOCHI

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Kochi, India. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

HARI 2: KOCHI – MUNNAR (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar hotel menuju ke Munnar yang popular dengan jolokan “Kashmir of Indian South” terkenal dengan pemandangan hijau ladang teh sepanjang perjalanan. Singgah sebentar di Air Terjun Cheeyappara yang terletak di Lebuh Raya Kochi-Madurai di daerah Idukki. Saliran air yang mengalir menuruni tujuh tingkat gunung berbatu itu memberikan pemandangan yang indah. Manakala Air Terjun Valara pula terkenal dengan kehijauan yang subur mengelilinginya dan merupakan lokasi pilihan untuk penduduk tempatan berkelah. Sepanjang perjalanan ini, anda akan disajikan dengan pemandangan bukit-bukit hijau dan puncak berkabus yang turut menjadikannya sebagai tempat perlancongan popular bagi penduduk tempatan. Setibanya di Munnar, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel

HARI 3: MUNNAR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, lawatan sepanjang hari di Bandar Munnar ini dimulakan ke Taman Negara Eravikulam**, dikenali sebagai Rajamala yang terletak di puncak tertinggi India Selatan Anamudi merupakan habitat dan tempat perlindungan kambing gunung Nilgiri Thar. Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan lawatan ke empangan Mattupetty dan empangan Kundala yang terkenal dengan empangan yang dikelilingi tasik yang cantik dengan lembah hijau. Kemudian berpatah balik ke pusat bandar untuk melawat Rose Garden, anda boleh melihat beberapa spesies bunga mawar yang unik, pelbagai jenis tumbuhan berbunga, buahan bermusim dan banyak lagi. Berjalan -jalan di Pasar Munnar dimana anda boleh membeli rempah ratus dengan harga yang berbaloi. Makan malam dan berehat di hotel.

** digantikan dengan Kathakali Dance Show kerana national park ditutup pada Feb – April untuk calving season.

HARI 4: MUNNAR - THEKKEDY (SP/MT/MM)

Daftar keluar hotel setelah sarapan pagi menuju ke Thekkedy kira -kira 3 jam perjalanan merupakan salah satu tempat perlindungan hidupan liar utama India, terbentang di atas kawasan seluas 777km persegi kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan ladang teh,buah pelaga, lada, cengkih serta kayu manis. Setibanya disini, tetamu akan dibawa melawat Periyar Wildlife Sanctuary. Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti Gajah, Rusa Sambar, Harimau dan banyak lagi. Anda mungkin berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti menaiki gajah, lawatan ladang rempah, trekking dan lain-lain. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

HARI 5: THEKKEDY – ALLEPPEY (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke Alleypey yang dikenali sebagai ‘Venice of the East’. Setibanya di Alleppey, tetamu akan dibawa daftar masuk ke Traditional Houseboat serta dibawa belayar sepanjang perairan Alleppey yang terkenal dengan perairan tenang dan juga pemandangan yang menyamankan dari perkampungan, sawah padi, kelapa sawit, nelayan dan kehidupan tempatan. Makan tengahari dan makan malam akan disediakan oleh chef houseboat. Bermalam di houseboat.

HARI 6: ALLEPPEY – KOCHI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel bertolak semula ke Kochin. Setibanya disini, anda akan dibawa untuk lawatan bandar dengan melawat Istana Belanda, Rumah Ibadat Jewish, Jalan Jews, Gereja St. Francis, “Chinese Fishing Net” dan Muzium Indo-Portugis. Kemudian, anda mempunyai masa untuk membeli-belah sehingga waktu yang ditetapkan. Selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

HARI 7: KOCHI – KUALA LUMPUR

Tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

JADUAL PENERBANGAN

MALINDO AIRLINES

Hari Penerbangan Dari Ke Perlepasan Ketibaan
01 OD 231 K. LUMPUR COCHIN 2205 2340
07 OD 232 COCHIN K. LUMPUR 0020 0705

MUSIM SEJUK
Tarikh Penerbangan : 19 Februari 2023

HARGA PAKEJ

KATEGORI SINGLE TWIN / TRIP CHD TWIN CHD WITH BED CHD NO BED
NORMAL RM 5790 RM 4590 RM 4590 RM 4290 RM 3690
WE NORMAL RM 5690 RM 4490 - - -
PROMO FMM7 RM 5590 RM 4390 RM 4390 RM 4090 RM 3190
PROMO WE FMM7 RM 5540 RM 4340 - - -

HOTEL PENGINAPAN

NAMA HOTEL BANDAR RATING MALAM
Hotel Abad Atrium atau setaraf Kochi 3 * 1
Hotel Amber Dale atau setaraf Munnar 4 * 2
Hotel Greenwood Resort atau setaraf Thekkady 4 * 1
Houseboat Deluxe Alleppy Nil 1

PAKEJ TERMASUK:

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.

Penginapan 5 malam yang selesa di hotel bertaraf 3*dan 4* (rujuk jadual senarai hotel).

Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.

Urusan visa memasuki India.

Tiket masuk ke tempat lawatan: Water puppet show dan Gunung Fansipan

Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.

Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.

Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang perjalanan. Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.

Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.

Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)

Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.

Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.

Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.

Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

IN ANY WAY WE CAN, WE WILL BE HERE TO ASSIST YOU

Siti Rohaizan

Tour Manager

Emilia

Customer Service Manager

Shaffeena

Travel Consultant

If you have any questions about this deal, please don’t hesitate to contact us. Usually, we’ll get back to you within two business days.

    You don't have permission to register