Our Story

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer. Proin gravida nibh vel velit auctor aliquet. Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctornisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit.

Working Hours

Monday - Friday 09:00AM - 06:00PM
Saturday - Sunday CLOSED

Phone

Latest News

    No posts were found.

Top
9H6M JOM EROPAH TULIP FESTIVAL + CRUISE – Malaysia Travel Agency – Muslim Tour Packages – Flight Ticketing
fade
5944
tour-item-template-default,single,single-tour-item,postid-5944,mkd-core-1.3,mkdf-social-login-1.4,mkdf-tours-1.4.3,voyage child theme-child-ver-1.0.1,voyage-ver-2.2,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-breadcrumbs-area-enabled,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-light-header,mkdf-fullscreen-search,mkdf-fullscreen-search-with-bg-image,mkdf-search-fade,mkdf-side-menu-slide-with-content,mkdf-width-470,mkdf-medium-title-text,wpb-js-composer js-comp-ver-6.8.0,vc_responsive
 

9H6M JOM EROPAH TULIP FESTIVAL + CRUISE

9H6M JOM EROPAH TULIP FESTIVAL + CRUISE

per person

KUALA LUMPUR – DUBAI: Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke London melalui Abu Dhabi

9H6M JOM EROPAH TULIP FESTIVAL + CRUISE

LONDON – HARWICH – HOOK OF HOLLAND –LISSE - ZAANSE SCHANS – AMSTERDAM - BRUSSELS – PARIS

HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke London melalui Abu Dhabi

HARI 2: DUBAI – LONDON – BICESTER

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa London, tetamu akan dibawa membeli belah di Bicester Village, yang mempunyai lebih daripada 160 butik jenama terkenal di dunia seperti Coach, Dior, Gucci dan sebagainya. Singah sebentar di Emirates Stadium untuk photo stop. Teruskan sesi membeli belah ke London Designer Outlet yang menawarkan jenama  pakaian high street seperti Levi’s, Asics, GAP, H&M pada harga yang menjimatkan. Selepas itu, bertolak ke hotel dan daftar masuk.

HARI 3: LONDON - HARWICH (SP)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi Ratu England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan epik Putera William dan Kate Middleton, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya.Bertolak ke Pelabuhan Harwich untuk overnight cruise menuju ke Hook of Holland.

HARI 4: HOOK OF HOLLAND - AMSTERDAM (SP)

Selesai sarapan pagi di dalam cruise, daftar keluar untuk bertolak ke Amsterdam. Lawatan dimulakan ke

Lisse untuk melawat Keukenhof Tulip Garden; satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan untuk melawat taman bunga seluas 32 hektar dengan lebih daripada 7 juta bunga yang ditanam dengan tangan pada musim luruh untuk berbunga pada musim bunga. Terdapat pelbagai jenis 800 tulip yang berbeza. Seterusnya ke Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama dari kurun ke 18 dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya. Tetamu berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm, Bakery Museum yang masih beroperasi dan menghasilkan produk berasaskan pastri dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun. Singgah di Sultanahmet Zaandam Mosque untuk menunaikan solat, Lawatan seterusnya ialah Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan dari Zaman Pertengahan. Acara bebas di Damrak Square di mana tetamu boleh berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua. Bersiar-siar di kawasan sekitar atau membeli-belah di Kalverstraat sebelum menuju ke hotel untuk daftar masuk.

HARI 5: AMSTERDAM – BRUSSELS - PARIS (SP)

Selesai sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Brussel untuk melawat Atomium iaitu sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan dengan seunit atom. Singgah ke Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Tidak lupa ke Hard Rock Café Brussel bagi pengemar setia  membeli memorabilia untuk dijadikan koleksi. Meneruskan perjalanan ke Kota Paris yang dikenali dengan nama  jolokan City of Lights untuk bermalam.

HARI 6: PARIS (SP)

Setelah sarapan pagi di hotel, destinasi pertama adalah Fragonard Perfume Museum dedikasikan kepada pencinta haruman yang dibuka pada tahun 1983. Seterusnya Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris. Kemudian, tetamu akan dibawa ke Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower. Menunaikan solat di Grand Mosque Paris dan seterusnya membeli-belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau.

HARI 7: PARIS (SP)

Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa membeli-belah ke La Vallee Village Designer Outlet adalah outlet membeli- belah untuk pelbagai barangan jenama terkemuka dari Perancis dan luar. Outlet yang terletak 30km dari Perancis merupakan lokasi tumpuan utama pelancong dan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan berjenama seperti Longchamps, Furla, Prada, Louis Vuitton dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan Taman Tema Disneyland Paris (perbelanjaan sendiri) yang menyambut anniversary ke 30 tahun. Pulang ke hotel untuk berehat.

HARI 8: PARIS – DUBAI (SP)

Seusai sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 9: DUBAI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

JADUAL PENERBANGAN

EMIRATES AIRLINES

HARI PESAWAT DARI KE PERLEPASAN KETIBAAN
01 EK 345 K. LUMPUR DUBAI 1015 1310
01 EK  03 DUBAI LONDON 1415 1840
08 EK 76 PARIS DUBAI 2155 0635+1
09 EK 342 DUBAI KUL 1025 2150

MUSIM BUNGA

HARGA PAKEJ

TARIKH PERLEPASAN: 30 APRIL**, 03 & 6 MAY 2023
** SURCAJ RM100

KATEGORI SINGLE TWIN / TRIP CHD TWIN CHD WITH BED CHD NO BED
NORMAL RM 10 190 RM 8 390 RM 7 990 RM 7 190 RM 6 290
WE NORMAL RM 9 990 RM 8 190 - - -
FIESTA7 RM 9 590 RM 7 790 RM 7 590 RM 6 890 RM 6 090
WE FIESTA7 RM 9 490 RM 7 690 - - -

HOTEL PENGINAPAN

DESTINASI RATING BIL.MALAM NAMA HOTEL
London 3* 1 Holiday Inn Express  atau setaraf
Overnight Cruise 3* 1 Stenaline Cruise atau setaraf
Amsterdam 3* 1 Holiday Inn Express Amsterdam atau setaraf
Paris 3* 3 Campanile Paris Est Porte De Bagnolet atau setaraf

PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Brussels dan Amsterdam.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Amsterdam Canal Cruise dan Keukenhof Tulip Garden
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket masuk ke Eiffel Tower.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

IN ANY WAY WE CAN, WE WILL BE HERE TO ASSIST YOU

Siti Rohaizan

Tour Manager

Emilia

Customer Service Manager

Shaffeena

Travel Consultant

If you have any questions about this deal, please don’t hesitate to contact us. Usually, we’ll get back to you within two business days.

    You don't have permission to register