10H7M BALKANS ESTETIKA

SARAJEVO – MOSTAR – TREBINJE – DUBROVNIK – KOTOR – BUDVA – BAR – SHKODER – TIRANA – OHRID – SKOPJE – SOFIA – BUCHAREST
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 6890

Jelajah Dari Barat Ke Timur Balkans!
Harga Normal: RM 7690
Dewasa: RM 6890
Warga Emas: RM 6850
Jelajah Dari Barat Ke Timur Balkans!
Harga Normal: RM 7690
Dewasa: RM 6890
Warga Emas: RM 6850

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – ISTANBUL

Berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Sarajevo melalui Istanbul.

Hari 2ISTANBUL – SARAJEVO (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sarajevo. Mulakan lawatan ke Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan. Seterusnya, tetamu akan dibawa ke kawasan Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah. Sacred Heart Cathedral yang cukup terkenal kerana binaannya dan di hadapannya terletak salah satu tapak Sarajevo Roses, nama yang diberi kepada kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula. Makan malam sebelum bertolak ke hotel untuk daftar masuk.

Hari 3SARAJEVO – MOSTAR – TREBINJE (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke Mostar untuk lawatan sekitar bandar Mostar yang cukup indah dengan tarikan-tarikan seperti Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini, Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut. Makan tengahari di Jablanica dan teruskan lawatan ke Karadjoz Bey Mosque yang dibina pada 1554 oleh arkitek Mimar Sinan merupakan antara masjid yang tercantik di negara ini, Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Ottoman Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Seterusnya bertolak ke Trebinje untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4TREBINJE – DUBROVNIK – KOTOR – BUDVA – BAR - SHKODER (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan pada hari ini diteruskan dengan menyusuri Old Town Dubrovnik untuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti Rector’s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18, Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana, Museum of Croatian War of Independence, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando’s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun. Kemudian meneruskan perjalanan ke Kotor. Tetamu akan dibawa melawat ke sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor seperti Cathedral of St. Triphon yang dibina pada 1166, Pima Palace yang dibina pada abad ke-17, Sea Gate of 1555, Watch Tower, Square of Arms dan Pillar of Shame. Seterusnya, meneruskan perjalanan menuju ke kota Budva untuk melawat Budva Castle. Seterusnya, menuju ke Bar Islamic Centrer sebelum bergerak ke Shkoder. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 5SHKODER – TIRANA – OHRID (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, melawat sekitar bandar Tirana seperti Piramid Tirana,Clock Tower dan Cemetery Varrezat Deshmoreve serta Skenderbeg Square. Nama tempat tersebut diambil sempena nama pahlawan Albania, Gjergj Kastrioti Skenderbeu. Kawasan tersebut mempunyai lebih kurang 40,000 meter persegi. Makan tengahari dan melawat Ethem Bey Mosque. Seterusnya meneruskan perjalanan ke Ohrid. Tetamu akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di bandar Ohrid seperti Lower Gate, Antique Theatre, Tsar Samuil Fortress. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 6OHRID – SKOPJE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Skopje yang terletak di negara Macedonia. Sejurus tiba di sana, tetamu akan melawat Mustafa Pasha Mosque, masjid dengan reka bentuk luar biasa iaitu struktur seakan-akan basilika (gereja) dan tidak mempunyai kubah; Stone Bridge yang merupakan simbol bandar Skopje dibina oleh Sultan Mehmed II dan Macedonia Square, dataran utama yang menempatkan tugu Alexander The Great Statue, raja Macedonia yang menakluk empayar Achaemenid dan telah menakluki Mesir, Persia, Babylon, Lembah Indus dan banyak lagi. Kemudian, membeli-belah di Old Bazaar. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7SKOPJE – SOFIA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Sofia, ibu negara Bulgaria yang terkenal dengan bangunan-bangunan gaya Eropah dan Komunis yang dahulunya pernah diperintah oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Lawatan dimulakan di Alexander Nevsky Cathedral yang dibina oleh putera Saint Alexander Nevsky sebagai penghormatan kepada tentera Russia yang terbunuh dalam peperangan Russia-Turki 1877-1878 yang membebaskan Bulgaria dari Empayar Uthmaniyyah. Selepas itu, tetamu dibawa melawat Ivan Vazov National Theatre yang merupakan teater tertua di Romania dengan seni bina Neo-classic dan Banya Bashi Mosque, satu-satunya masjid di Sofia yang masih digunakan sehingga kini daripada 70 buah masjid yang pernah wujud di Sofia. Seni bina masjid ini direka oleh jurutera terhebat Uthmaniyyah, Mimar Sinan yang turut membina Blue Mosque di Istanbul. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8SOFIA – BUCHAREST (SP/MT/MM)

Seterusnya, menuju ke Bucharest, ibu negara Romania. Melawat bandar Bucharest antaranya Palace of Parliament yang merupakan bangunan pentadbiran kedua terbesar di dunia selepas Pentagon di Amerika Syarikat yang didirikan pada 1980an. Seterusnya melawat Romanian Athenaeum merupakan dewan konsert dan mercu tanda ibu negara Bucharest, Arc of Triump merupakan monumen sejarah seperti yang terdapat di Paris dan salah satu mercu tanda penting di Bucharest, Revolution Square yang merupakan dataran yang terletaknya bangunan Central Committee of the Romanian Communist Party yang merupakan ibu pejabat rejim komunis di Romania sewaktu era pemerintahan komunis dan tugu Memorial of Rebirth iaitu tugu setinggi 25m berbentuk obelisk. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 9BUCHAREST – ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel dan aktiviti bebas sebelum makan tengahari di restoran tempatan. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bucharest untuk penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Istanbul.

Hari 10KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 6890 RM 7990 RM 6690 RM 6190 RM 5890
Warga Emas RM 6850 RM 7950

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

TK 61

K.LUMPUR

ISTANBUL

2305

0455

02

TK 1025

ISTANBUL

SARAJEVO

0715

0810

09

TK 1046

BUCHAREST

ISTANBUL

2135

2350

10

TK 60

ISTANBUL

K.LUMPUR

0130

1715

Tarikh

19 OCT 2020

Hotel

BANDAR

RATING

BIL.MALAM

NAMA HOTEL

Sarajevo

4*

1

Hotel Holiday atau setaraf

Trebinje

4*

1

Hotel Bellevue atau setaraf

Shkoder

4*

1

Hotel Havana atau setaraf

Ohrid

4*

1

Hotel Mirage atau setaraf

Skopje

4*

1

Hotel Gold atau setaraf

Sofia

4*

1

Hotel Best Western Therminus atau setaraf

Bucharest

4*

1

Hotel Class atau setaraf

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Bucharest, Dubrovnik dan Budapest.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Peles Castle dan Tunnel of Hope.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri