Harga Normal | : | RM 7,090 |
Harga Fiesta | : | RM 5,990 |
Warga Emas | : | RM 5,950 |
Harga Normal | : | RM 7,090 |
Harga Fiesta | : | RM 5,990 |
Warga Emas | : | RM 5,950 |
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Munich melalui Doha.
Setibanya di Lapangan Terbang Munich, tetamu akan dibawa m embeli-belah di Ingolstadt Outlet Village yang menawarkan pelbagai jenama terkenal antarabangsa dengan diskaun yang hebat. Kemudian lawatan diteruskan ke sekitar kota Munich. Antara yang menjadi tumpuan ialah National Theatre; rumah opera yang telah beroperasi selama 350 tahun dan terkenal dengan interior yang cukup mempesonakan, Old Town Hall yang terletak di Marienplatz iaitu pejabat pentadbiran bandaraya ini yang dibina pada 1470 dan Glockenspiel iaitu sebuah menara jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich yang terletak di New Town Hall yang bereka bentuk Gothic. Seterusnya makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke daerah Schwangau yang menempatkan 2 buah istana rehat musim panas keluarga diraja Bavaria zaman medieval iaitu Neuschwanstein Castle. Tetamu akan dibawa masuk melawat ke Neuschwanstein Castle yang terletak di atas bukit dan keindahan seni bina istana ini telah menjadi sumber ilham kepada rekabentuk Sleeping Beauty Castle di Disneyland. Tetamu akan berpeluang melihat ruang makan, kamar dan dewan diraja yang dipenuhi dengan uki ran-ukiran yang hebat. Berdekatan dengan istana ini terletaknya Marien Bridge, sebuah jambatan gantung yang merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan penuh Neuschwanstein Castle yang menakjubkan. Makan tengah hari sebelum bertolak ke Salzburg yang merupakan kota keempat terbesar di Austria. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk ke hotel.
Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke Hallstatt, juga dikenal sebagai “kota garam” yang tertua di dunia. Di sini terletaknya tasik yang sangat cantik, dan diiktiraf oleh UNESCO World Heritage. Tetamu berpeluang menaiki keretapi funikular untuk sampai ke Walterbeblick Skywalk yang menawarkan pemandangan unik Lake Hallstatt yang terbentang luas dan panorama gunung yang mengagumkan di sekelilingnya. Pasti pelbagai foto dan selfie menarik akan dapat dirakamkan di sini untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Setelah puas di sini, tetamu akan turun semula untuk di bawa pula ke Old Town Hallstatt dan Market Square bersebelahan tasik tersebut untuk melihat perkampungannya dan juga membeli cenderahati dan barangan tempatan untuk dibawa pulang. Sambil itu, jangan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan dan bangunan di sekitarnya kerana Hallstatt merupakan bandar paling cantik di Austria. Anda pasti terpegun di sini! Seterusnya, meneruskan perjalanan ke Vienna yang gah dengan sejarah kerajaan Austria-hungary empayar Hofburg. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk ke hotel
Usai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan taman istana Schonbrunn Palace yang maha luas dan saujana mata memandang. Seterusnya melawat sekitar kawasan pentadbiran negara ini antaranya ialah Hofburg Palace yang merupakan kediaman rasmi dan pejabat Presiden Austria yang dahulunya kediaman keluarga diraja Hofburg, Maria Theresa Statue yang terletak di Maria-Theresien-Platz sambil diapit oleh 2 bangunan medieval Natural History Museum dan Art History Museum dan akhirnya ke Wiener Rathaus yang merupakan bangunan pejabat pentadbiran datuk bandar ini yang cukup Gothic rekaannya. Bersolat di Vienna Islamic Centre, masjid terbesar di Austria yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 sebelum diberi masa bebas di Stephansplatz dan Karntnerstrasse untuk membeli-belah di butik berjenama terkenal seperti Bucherer dan Swarovski serta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta kuda dengan biaya sendiri di St. Stephen’s Cathedral. Sekiranya masa mengizinkan, tetamu akan dibawa melawat ke Hundertwasser “Kalke” Village, rumah binaan seorang artis bernama Hundertwasser yang terkenal kerana tidak menggunakan prinsip garisan lurus dan merupakan tempat yang cukup menarik untuk bergambar dan membeli cenderamata. Seterusnya tetamu akan dibawa makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
Menikmati sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke kota yang cukup terkenal dengan gelaran Heart of Europe iaitu Prague, ibu negara Republik Czech. Sejurus tiba di sana, bersolat di Prague Mosque dan kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di Wenceslas Square yang meriah dengan kafe, restoran, kedai cenderamata terutamanya berasaskan kaca Bohemian Glass. Seterusnya, tetamu akan menyusuri jambatan Charles Bridge yang merupakan mercu tanda signifikan yang mesti dilawati oleh setiap pelancong yang datang ke Prague menuju ke kawasan Old Town di mana tetamu berpeluang berfoto di menara jam Astronomical Clock yang unik sedari tahun 1410 lagi, Jan Hus Memorial yang diukir pada tahun 1910 sebagai memperingati jasa wira itu 500 tahun yang lampau dan juga Old Town Hall yang sungguh unik binaannya. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk ke hotel.
Selepas sarapan pagi, lawatan pagi ini dimulakan dengan melawat antara kompleks istana yang terbesar di dunia, Prague Castle yang dibina pada kurun ke-9 yang kini masih digunakan sebagai kediaman dan pejabat rasmi Presiden Republik Czech. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat St. Vitus Cathedral, Old Royal Palace yang pernah menjadi tempat raja ditabalkan, St. George’s Basilica, Golden Lane yang meriah dengan rumah berwarna-warni milik tukang-tukang tempa emas dan Daliborka Tower yang dahulunya digunakan sebagai menara tinjau kawalan dan penjara. Makan tengah hari sebelum bertolak ke Bratislava, ibu negara Slovakia. Tiba di sana, tetamu akan dibawa melawat bangunan yang tersergam indah iaitu National Council yang menjadi tempat ahli parlimen negara ini bersidang. Melepasi bangunan Grassalkovich Palace yang merupakan istana kediaman Presiden Bratislava dan bersiar-siar di Old Town yang popular dengan kepelbagaian seni bina bangunannya seperti Opera House dan arca-arca patung gangsa. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk ke hotel.
Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Bratislava Castle di mana tetamu berpeluang untuk berfoto di dalam kawasan taman istana ini dengan pemandangan menakjubkan kawasan sempadan 3 negara iaitu Slovakia, Austria dan Hungary. Perjalanan diteruskan ke ibu kota negara Hungary, Budapest yang terdiri dari 2 bahagian bandar iaitu Buda dan Pest. Kota ini sering dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood kerana keindahan kotanya seperti Mission Impossible, James Bond dan Hercules. Setibanya di Budapest, tetamu kemudiannya akan dibawa menaiki Danube River Cruise tanpa sebarang tambahan bayaran untuk menikmati pemandangan indah kota Buda dan Pest dari Danube River dengan bangunan-bangunan dan monumen-monumen penting di sepanjang sungai ini. Seterusnya, tetamu mempunyai masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Vaci Street dan Central Market Hall, sebuah kompleks pasar harian di mana tetamu boleh mendapatkan rempah seperti paprika dan saffron dengan harga yang cukup murah, buah-buahan kering, keju, cenderamata dan juga fabrik sulaman. Selesai membeli-belah, tetamu akan dibawa makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar yang cukup terkenal dengan kekayaan sejarah dan budaya ini. Tetamu akan dapat menikmati pemandangan panorama indah kota ini dari atas bukit Gellert Hill sambil melawat Citadel yang merupakan kota pertahanan dan juga simbol penyatuan rakyat Hungary di bawah pemerintahan komunis. Melawat Heroes Square di tengah kota yang menempatkan Millennium Monument dan arca patung-patung pemerintah terdahulu Hungary sejak dari zaman Han. Berfoto di bangunan yang menjadi ikon kota ini iaitu Hungarian Parliament Building yang siap dibina pada tahun 1904 dengan rekabentuk yang cukup menakjubkan dan kekal sebagai bangunan paling besar di Hungary. Makan tengahari dan menuju ke Fisherman’s Bastion, sebuah teres unik di tebing Sungai Danube dengan 7 menara tinjau dan berfoto di Buda Castle yang dibina pada abad ke-14 dan pernah menjadi kediaman pemerintah kota ini zaman Medieval dan Uthmaniyyah sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Budapest untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
FLIGHT | DARI | KE | BERLEPAS | KETIBAAN |
QR 849 | KUL | DOH | 2010 | 2330 |
QR 059 | DOH | MUC | 0240 | 0700 |
QR 200 | BUD | DOH | 1625 | 2335 |
QR 848 | DOH | KUL | 0245 | 1530 |
BANDAR | RATING | NAMA HOTEL |
Munich | 3* | Hotel Munich City Olympiapark atau setaraf |
Salzburg | 3* | Hotel Austria Trend atau setaraf |
Vienna | 3* | Hotel Ibis Messe atau setaraf |
Prague | 3* | Hotel Three Crowns atau setaraf |
Bratislava | 3* | Hotel Ibis Bratislava Centrum atau setaraf |
Budapest | 3* | Hotel Budapest Panorama Central atau setaraf |