10H8M JORDAN + BAITULMAQDIS + MESIR

Amman - Petra - Laut Mati - Jericho - Baitulmaqdis - Hebron - Jabal Musa - Suez - Cairo
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 8290

Peluang Bersolat di Masjid Al-Aqsa!
Harga Normal: RM 9390
Dewasa: RM 8290
Warga Emas: RM 8190
Peluang Bersolat di Masjid Al-Aqsa!
Harga Normal: RM 9390
Dewasa: RM 8290
Warga Emas: RM 8190

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – MUSCAT – AMMAN (MM)

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Amman melalui Muscat. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 2AMMAN – PETRA – LAUT MATI – AMMAN (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa ke Petra, Jordan. Petra adalah tapak arkeologi yang terkenal di padang pasir di barat daya Jordan. Wujud sekitar tahun 300 SM, ia adalah ibu kota Kerajaan Nabatean. (Pilihan tambahan: menaiki kereta kuda masuk ke kawasan Petra). Kemudian, tetamu akan dibawa ke Laut Mati (Dead Sea). Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia. Kandungan garam di dalam laut ini menyebabkan tiada hidupan laut yang boleh hidup di dalamnya, manakala jika mandi, badan akan terapung di atas air dan tidak tenggelam. Pasti tetamu ingin mencuba! Seterusnya, tetamu akan dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3AMMAN – JERICHO – BAITULMAQDIS (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa menyeberangi sempadan Israel melalui Allenby Bridge atau juga dikenali sebagai King Hussein Bridge sebelum tiba di Jericho. Jericho atau dalam Bahasa Arab dipanggil Ariha dipercayai merupakan bandar tertua dan bandar terendah di dunia. Seterusnya, melawat Makam Nabi Musa. Makam Nabi Musa tidak seperti makam lain kerana ukurannya yang agak besar iaitu lebih kurang 3 meter panjang dan 1.5 meter lebar. Seterusnya, meneruskan perjalanan ke Baitulmaqdis. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4BAITULMAQDIS (SP/MT/MM)

Setelah selesai bersarapan, tetamu akan memulakan lawatan di Baitulmaqdis dengan melawat Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Menurut sejarah Islam, di masjid inilah Nabi Muhammad diangkat ke langit ketujuh dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, Masjid Al-Aqsa juga merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum wahyu diturunkan di dalam Surah al-Baqarah ayat 148 untuk dihadapkan kiblat ke arah Masjid al-Haram buat semua umat Islam sehinggalah sekarang. Seterusnya melawat Dome of the Rock, monumen Islam tertua yang masih berdiri sehingga ke hari ini. Ia juga mempunyai mihrab yang tertua di dunia. Kemudian tetamu berpeluang melihat Wailing Wall, di mana ia adalah satu-satunya sisa bangunan suci yang teguh berdiri di Temple Mount. Seterusnya, melawat Masjid Omar yang dibina oleh umat Islam di kawasan Saidina Umar Al-Khatab bersembahyang selepas menolak pelawaan paderi besar Baitulmaqdis untuk bersolat di Church of the Holy Sepulchre. Kemudian meneruskan lawatan ke Mount Olive dan menziarahi Makam Salman Al Farisi dan Makam Rabiatul Adawiah. Salman Al Farisi adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang terkenal dengan kecerdikannya dalam mengusulkan penggalian parit di sekelilingi kota Madinah semasa perang Khandaq. Manakala Rabiatul Adawiah terkenal sebagai antara salah seorang wanita terawal yang memeluk agama Islam dan tergolong sebagai wanita sufi dalam sejarah Islam. Kemudian, pulang ke hotel dan makan malam.

Hari 5BAITULMAQDIS – HEBRON (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa ke Hebron. Hebron atau Al-Khalil iaitu nama dalam Bahasa Arab terletak di pinggir barat kota Palestin dan telah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Tetamu berpeluang untuk menerokai sejarah 3 nabi yang pernah bersemayam di kota Hebron iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi Ya’kub. Jadi, tidak sah jika tidak melawat makam mereka di sini iaitu Makam Nabi Ibrahim dan makam isteri baginda Siti Sarah, makam anak lelakinya Nabi Ishak dan makam isterinya iaitu Siti Rifqah. Kemudian, pulang ke hotel dan makan malam.

Hari 6BAITULMAQDIS – JABAL MUSA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, dan bertolak menuju ke Mesir. Makan tengah hari di Taba dan sambung perjalanan ke Jabal Musa. Di sinilah terletaknya biara St. Catherine yang merupakan biara Kristian tertua dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7JABAL MUSA – SUEZ – CAIRO (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa ke Gunung Sinai atau juga dikenali sebagai Moses Mountain. Tempat ini menjadi salah satu tempat bersejarah bagi kaum Muslim di mana tempat ini dipercayai menjadi tempat Nabi Musa menerima wahyu berupa 10 perintah Allah yang termaktub dalam Kitab Taurat, sebelum diwahyukan al-Quran kepada Nabi Muhammad. Kebanyakan pelancong yang datang ke Gunung Sinai ini adalah untuk menyaksikan keindahan panorama sekitar Mesir sambil melihat matahari terbit dari puncak gunung tersebut. Seterusnya, tetamu akan dibawa menziarahi Makam Nabi Harun dan Makam Nabi Soleh. Kemudian, bertolak menuju ke Cairo. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8CAIRO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Great Pyramid of Giza dan Sphinx. Kemudian ke Egyptian Museum, di mana di dalamnya terdapat lebih daripada 120,000 koleksi barangan kuno Mesir dan merupakan salah satu muzium terbesar di rantau itu.
Lawatan diteruskan dengan berkunjung ke Kilang Minyak wangi dan Kilang Papyrus. Kemudian tetamu akan makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 9CAIRO – MUSCAT (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa membeli-belah di Khan Khalili Bazar dan akan melalui Citadel of Saladin yang merupakan kubu kuat islam pada zaman pertengahan di Cairo. Ia kini menjadi tempat bersejarah yang dipelihara dan mempunyai masjid dan muzium. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat ke Makam Imam Syafie iaitu seorang ulama’ tersohor dan merupakan pengasas kepada mazhab Shafie yang menjadi ikutan jutaan umat Islam termasuklah di Malaysia. Akhir sekali, tetamu berpeluang untuk menziarah Masjid Al Azhar dan Masjid Saidina Hussain sebelum bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Muscat.

Hari 10MUSCAT – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 8290 RM 9390 RM 7990 RM 6690 RM 5290
Warga Emas RM 8190 RM 9290

Hotel

BANDAR

RATING

BIL.MALAM

NAMA HOTEL

Amman

3*

2

Hotel Alfanar atau setaraf

Baitulmaqdis

3*

3

Hotel New Metropole atau setaraf

Jabal Musa

3*

1

Hotel Morgenland atau setaraf

Cairo

3*

2

Hotel Aracan Pyramids atau setaraf

 

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

WY 822

K.LUMPUR

MUSCAT

0940

1255

01

WY 413

MUSCAT

AMMAN

1445

1655

10

WY 408

CAIRO

MUSCAT

0130

0720

10

WY 823

MUSCAT

K.LUMPUR

0850

1940

Tarikh

14 OCT 2020

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan dilengkapi WIFI.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri