11H8M WEST COAST USA

Los Angeles – Hollywood – Barstow – Las Vegas – Hoover Dam – Grand Canyon – Fresno – Yosemite National Park – San Francisco
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 12,490

USA, Kami Datang!
Harga Normal: RM 16,390
Harga Fiesta: RM 12,490
Warga Emas: RM 12,390
USA, Kami Datang!
Harga Normal: RM 16,390
Harga Fiesta: RM 12,490
Warga Emas: RM 12,390

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – SHANGHAI – LOS ANGELES (MM)

Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Los Angeles melalui Shanghai. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, tetamu akan dibawa untuk melawat kotaraya Los Angeles. Lawatan dimulakan di Santa Monica dan Santa Monica Pier– taman tema yang menjadi daya tarikan unik para pelancong dengan ferris wheel dan carousell. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Downtown LA yang menempatkan LA Live dan Staples Centre. Tetamu juga sempat meluangkan masa bergambar dan mengagumi senibina Walt Disney Concert Hall, bangunan ikonik rekaan arkitek terkenal Frank Gehry; bersiar siar di Los Angeles Chinatown yang menjadi tumpuan pelbagai restoran Asia. Daftar masuk hotel dan rehat/aktiviti bebas. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 2LOS ANGELES - HOLLYWOOD (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan di tarikan-tarikan utama sekitar kota ternama Hollywood seperti di Hollywood Boulevard di mana menempatkan tarikan utama seperti Hollywood Walk of Fame yang menempatkan 2,500 nama bintang-bintang Hollywood termasuklah Michael Jackson, Mickey Mouse, Marilyn Monroe, Clint Eastwood, Jackie Chan dan ramai lagi; Kodak Dolby Theatre yang merupakan auditorium terkenal berlangsungnya Oscar Academy Awards, American Idol dan America’s Got Talent; TCL Grauman’s Chinese Theatre yang sering menjadi lokasi tayangan perdana filem baru Hollywood seperti Star Wars malah tarikan utama di lamannya ialah bentuk tangan dan kaki artis terkenal Hollywood; Capitol Records Building yang seperti piring hitam disusun bertingkat; di samping tarikan lain seperti Madame Tussauds Hollywood, Guinness World Records Museum dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga melawat Hollywood & Highland Center untuk mengambil foto berlatarbelakangkan papan tanda Hollywood yang terkenal di atas Mount Lee. Seterusnya lawatan panorama melepasi jalan Rodeo Drive yang dianggap sebagai lokasi membeli-belah tercantik dan termahal di Hollywood bagi golongan ‘super’ kaya, Sunset Strip Boulevard dan juga melepasi kawasan perumahan Beverly Hills yang menjadi lokasi kediaman bintang-bintang seperti Charlie Chaplin, George Clooney, Madonna, Diana Ross, Jennifer Aniston dan ramai lagi. Bersolat di Islamic Center of Southern California yang merupakan antara masjid terbesar di US yang dibina pada tahun 1952 dan sering menganjurkan program-program keagamaan kepada masyarakat setempat. Membeli-belah di Citadel Outlets yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama terkenal dengan harga yang tersangatlah berpatutan. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 3LOS ANGELES (SP)

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sepanjang hari di mana tetamu boleh membeli sendiri lawatan tambahan contohnya melihat lokasi penggambaran filem sambil berhibur antaranya seperti ke Disneyland Resort, Universal Studios Hollywood, Warner Bros Studio Tour, Paramount Pictures Studio Tour atau mungkin ada yang berminat untuk eksplorasi Natural History Museum untuk bertanya khabar dengan dinosaur T-Rex. Mahu cuba makanan dan buah-buahan di sini? Boleh pergi ke The Original Farmers Market. Anda bebas untuk aktiviti anda sendiri!

NOTA PENTING: Lawatan-lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej yang ditawarkan.

Hari 4LOS ANGELES - LAS VEGAS (SP/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Barstow di mana terletaknya Outlet at Barstow yang sangat terkenal sebagai lokasi membeli-belah barangan jenama terkenal antarabangsa seperti Coach, Polo Ralph Lauren, Michael Kors, Guess dan banyak lagi dengan harga diskaun yang cukup lumayan. Meneruskan perjalanan ke kota Las Vegas. Setibanya di sana, bersolat di Masjid Tawheed yang juga merupakan pusat komuniti Islamic Association of Las Vegas yang banyak berdakwah dengan penduduk setempat tentang Islam dan membetulkan pandangan umum tentang Muslim itu pengganas. Daftar masuk hotel dan anda akan dibawa untuk bersiar-siar untuk menjarah sekitar kota ini terutamanya di sepanjang jalan yang dikenali dengan nama The Strip. Antara tarikan terkenal seperti Bellagio Resort Fountain Show yang menjadi ikon kota ini, MGM Grand Hotel, Paris Hotel (Eiffel Tower), Venetian Hotel yang terkenal dengan Venetian Gondola Ride, Caesar’s Palace, High Roller Ferris Wheel, Stratosphere Tower, Madame Tussaud dan bermacam lagi. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 5LAS VEGAS - HOOVER DAM - GRAND CANYON (SP/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Hoover Dam yang merupakan sebuah empangan Lake Mead setinggi 726 kaki tinggi yang menyimpan pelbagai kisah antaranya 100 kematian dicatatkan ketika membinanya. Perjalanan ini juga akan melepasi perkampungan kecil yang dikenali sebagai Boulder City yang menawarkan pemandangan panorama Lake Mead. Sambung perjalanan menuju ke Grand Canyon West yang menjadi tarikan utama pelancong ke Arizona. Tetamu akan dibawa ke Eagle Point Skywalk Bridge untuk menikmati pemandangan kaki ngarai Grand Canyon berwarna-warni setinggi 4,000 kaki di sini yang cukup mengujakan. Di sini juga tetamu boleh mengenali dengan lebih dekat budaya etnik Red Indian Hualapai, Navajo dan Hopi di Native American Village yang menempatkan rumah tradisi mereka berbentuk segitiga. Di sini juga terdapat Hualapai Market sekiranya anda ingin membeli cenderamata berbentuk kraftangan buatan mereka. Tetamu juga boleh membeli lawatan tambahan mengelilingi Grand Canyon dengan menaiki helicopter, pastinya satu pengalaman yang cukup berlainan. Pulang semula ke Las Vegas, anda akan dibawa melawat kawasan Downtown Las Vegas yang menempatkan Fremont Street Experience, sebuah gedung hiburan yang terkenal dengan pertunjukan Space Frame LED di samping menjadi lokasi penggambaran pelbagai filem Hollywood seperti James Bond: Diamonds Are Forever, Viva Las Vegas lakonan Elvis Presley dan lokasi kegemaran ahli silap mata Criss Angel. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 6LAS VEGAS – FRESNO (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak menuju ke Fresno. Fresno adalah sebuah bandar di Lembah San Joaquin California. Dicipta pada awal tahun 1900-an. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 7FRESNO – YOSEMITE NATIONAL PARK – SAN FRANCISCO (SP/MM)

Setelah bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke salah satu taman negara yang paling cantik dan terkenal di US iaitu Yosemite National Park. Tetamu akan dibawa menyelusuri taman ini untuk melihat keindahan air terjun Yosemite Falls yang setinggi 1430 kaki, Half Dome Granite, formasi batuan terkenal El Capitan, Tunnel View dan Bridalveil Fall. Seterusnya bertolak menuju ke San Francisco. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 8SAN FRANCISCO (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan utama di bandaraya San Francisco ini seperti Nob Hill yang terkenal sebagai lokasi terbaik untuk mengambil foto ikon San Francisco, Golden Gate Bridge; Twin Peaks yang menawarkan pemandangan panorama indah seluruh kota ini; melepasi Lombard ‘Crooked’ Street yang unik laluannya (namun bukan dibina untuk laluan bas); membeli-belah di Union Square dan Pier 39. Menziarahi dan bersolat di Masjid Darussalam yang terletak di tengah kota, juga sebagai pusat komuniti Islamic Society of San Francisco. Kemudian tetamu dibawa berfoto di Palace of Fine Arts dan bersiar-siar di lokasi paling terkenal untuk pelancong iaitu Fisherman’s Wharf yang menempatkan antaranya Madame Tussaud, Ghirardelli Square kapal selam USS Pampanito dan Maritime National Historic Park. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 9SAN FRANCISCO –SHANGHAI (SP)

Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar sebelum bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 10-11SHANGHAI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

MU 9862

KUL

PVG

0210

0740

MU 583

PVG

LAX

1300

1005

MU 590

SFO

PVG

1200

1630 + 1

MU 9861

PVG

KUL

1915

0110 + 1

Tarikh

9 Dis 2019

Hotel

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

Los Angeles

3*

3

Anaheim Fullerton Hotel atau setaraf

Las Vegas

4*

2

Excalibur Hotel atau setaraf

Fresno

3*

1

Radisson Fresno atau setaraf

San Francisco

4*

2

Double Tree by Hilton SFO Airport atau setaraf

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Grand Canyon Skywalk Bridge dan Yosemite National Park.
  • Tiket menaiki feri dari San Francisco ke Sausalito.
  • Urusan visa memasuki USA.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri