11H9M Spain + Portugal + Andorra

0
  • 11H9M
  • Max Guests : 25
  • Coming Soon

Laluan Lawatan

Pakej Spain Portugal Andorra

 

Tarikh Pelepasan

Jadual Penerbangan

HARI     

PESAWAT     

DARI

KE

PERLEPASAN    

KETIBAAN    

01

EK 343 

K. LUMPUR

DUBAI

240

530

01

EK 185

DUBAI

BARCELONA

815

1325

10

EK 194

LISBON

DUBAI

2115

805+1

11

EK 342

DUBAI

K. LUMPUR

1025

2150

Hotel Penginapan

BANDAR    

RATING    

MALAM    

NAMA HOTEL

Barcelona

3*

2

Hotel Hotel Porta de Gallecs atau setaraf

Andorra 

3*

1

Hotel Exe Princep atau setaraf

Zaragoza

3*

2

Hotel ibis Styles Zaragoza Ramiro I atau setaraf

Madrid

3*

2

Hotel Monte Rozas atau setaraf

Salamanca

3*

1

Hotel Helmantico atau setaraf

Lisbon

3*

Hotel Ikonik Lisboa atau setaraf

Harga Pakej

KATEGORI HARGA

BILIK SEORANG

BILIK 

BERDUA    

KANAK-KANAK BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

Dewasa

RM 12 290

RM 10 590

RM9 990

RM8 790 

RM 7 490 

Warga Emas 

RM 11 990 

RM 10 290 

FIESTA 

RM 11 590

RM 9 890

RM 9 290

RM 8 090

RM 6 790

Warga Emas

RM 11 490

RM 9 790

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Abu Dhabi

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk menaiki penerbangan ke Barcelona melalui Dubai.

Hari 2 - Dubai – Barcelona (MM)

  • Berfoto di depan Cam Nou Stadium yang merupakan stadium rasmi pasukan bola sepak FC Barcelona yang membariskan antara pemain terbaik dunia.
  • Makan malam di restaurant tempatan sebelum daftar masuk hotel.

Hari 3 - Barcelona (SP/MM)

  • Melawat tarikan- tarikan utama iaitu La Sagrada Familia iaitu gereja katolik terbesar di daerah Catalunya yang dibina pada tahun 1882 dengan 18 buah menara yang cukup unik. 
  • Berkunjung ke Plaça de Catalunya ialah dataran besar di pusat bandar Barcelona yang menghubungkan bandar lama ke daerah -daerah disini.
  • Melihat pemandangan indah Kota Barcelona dari Montjuïc Hill serta masa bebas untuk membeli belah di La Rambla dan Gothic Quarter yang merupakan segi tiga hub komersil kota ini.

Hari 4 - Barcelona - Andorra (SP/ MM)

  • Nikmati pengalaman membeli-belah yang unik dalam dunia lebih 160 jenama terkemuka dari Sepanyol dan seluruh dunia dengan pengurangan sehingga 60%, sepanjang tahun di La Roca Village.
  • Melawat Park Guell merupakan salah satu taman awam yang mengagumkan didunia yang direka bentuk oleh arkitek terkenal iaitu Antoni Gaudi. Taman yang dibina pada tahun 1914 ini sepatutnya menjadi kawasan kediaman elit pembesar -pembesar di kota ini.

Hari 5 - Zaragoza (SP/ MM)

Lawatan di Zaragoza 

  • Melawat Aljafería Palace iaitu bangunan kurun ke 11 yang dibina sebagai istana pertahanan oleh pemerintah islam Zaragoza dari serangan luar sebelum berpindah tangan ke pihak Christian.
  • Photo stop di Cathedral Basílica de Nuestra Señora del Pilar iaitu mercu tanda ikonik ini dimana gereja senibina baroque yang dibina antara abad ke 17 dan 18. Gereja pertama yang didekasikan kepada Maria dalam sejarah.
  • Short stop di Plaza del Pilar iaitu salah satu laluan pejalan kaki terbesar di Sepanyol dikelilingi oleh kafe- kafe cantik serta bangunan bersejarah.
  • Melawat Cathedral of San Salvador yang dibina pada abad ke 12 di tapak kuil Roman Forum seterusnya menjadi gereja visiogoth dan kemudian menjadi masjid semasa zaman Moor. 
  • Masa bebas untuk meneroka old town Zaragoza serta bersolat di Masjid Mezquita Al- Furqan.

Hari 6 - Zaragoza-Madrid (SP/MM)

Lawatan di Madrid:

  • Berhenti bergambar di hadapan ikon bandar iaitu Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol dengan seni bina Baroque yang tersohor.
  • Melepasi Cibeles dan Neptune Fountains iaitu 2 kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles; dataran dengan kompleks bercirikan seni bina Neo-classic.
  • Bersolat di Abu Bakar Mosque sebelum bertolak ke Puerta del Sol. Ia adalah dataran awam di Madrid dan salah satu tempat yang paling terkenal dan tersibuk di bandar. Tetamu juga berpeluang untuk membeli-belah sebelum makan malam di restaurant halal.

Hari 7 - Madrid (SP/MM)

  • Photo stop di stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid. Tetamu berpeluang membeli merchandise Real Madrid di kedai rasmi yang terletak di stadium tersebut.
  • Masa untuk membeli-belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli-belah barangan berjenama antarabangsa seperti Armani, Coach, Ralph Lauren yang menawarkan diskaun sehingga 60%.
  • Makan malam di restaurant halal dan bertolak pulang ke hotel.

Hari 8 - Madrid - Segovia- Avila- Salamanca (SP/MM)

Lawatan di Segovia

  • Melepasi Aqueduct of Segovia yang dibina sekitar abad pertama masihi untuk menyalurkan air dari pergunungan sejauh 17-kilometer ke bandar sehingga tahun 1973
  • Melihat dari jauh Alcázar de Segovia ialah istana zaman pertengahan yang terletak di bandar Segovia dan pernah menjadi istana diraja kepada 22 raja.
  • Masa betas berjalan di Old Town Segovia yang merupakan tapak warisan dunia Unesco. 

Lawatan di Salamanca:

  • Menunaikan solat di Mezquita de Salamanca
  • The Casa de las Conchas merupakan rumah agam yang dibina pada akhir abad 15 dimana dinding rumah tersebut diliputu dengan ukiran kulit kerrang.
  • Berfoto di Palace of Anaya yang dibina oleh José Hermosilla dimana keseluruhan bangunan dalam gaya neoklasik. Sekarang istana ini telah menjadi Universiti of Salamanca.

Salamanca Cathedral atau dikenali dengan Cathedral of Santa María dimana pembinaannya bermula pada abad ke-12 dan siap pada penghujung abad ke-14, dalam gaya Romanesque dan Gothic.

Hari 9 - Salamanca – Porto - Lisbon (SP/MM)

  • Singgah sebentar di Porto untuk berjalan-jalan di Ribeira yang merupakan salah satu kejiranan tertua di bandar ini yang juga diiktiraf tapak warisan dunia Unesco pada tahun 1996 ini.
  • Bertolak menuju ke Lisbon untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 10 - Lisbon (SP/MM)

Lawatan di Lisbon: 

  • Melawat Belem Tower, menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan Monument to the Discoveries yang dibina setinggi 171 kaki berbentuk seakan-akan kapal pada tahun 1940 untuk meraikan pencapaian penjelajah Portugis.
  • Melawat Rossio Square iaitu dataran yang paling meriah di Lisbon yang dikelilingi oleh air pancut Baroque, monumen dan tugu bersejarah serta bangunan Dona Maria II National Theatre.
  • Bersolat di Central Mosque of Lisbon yang dibina pada tahun 1985 hasil sumbangan komuniti Muslim.
  • Melepasi Jeronimos Monastery, sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline terunggul yang menyimpan makam Vasco da Gama, penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India.
  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai

Dubai – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) serta cukai bandar.
  • Pengangkutan feri laju dari Tangier ke Tarifa.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Park Guell, Aljaferia Palace dan Cathedral Seo De san Slavador Ticket.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Coming Soon

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

180

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you