PAKEJ UZBEKISTAN INI MERANGKUMI LAWATAN KE TASHKENT – URGENCH – KHIVA – BUKHARA – SHAHRISABS – SAMARKAND – TASHKENT – CHIMGAN MOUNTAINS – TASHKENT
HARI |
PENERBANGAN |
DARI |
KE |
PERLEPASAN |
KETIBAAN |
01 |
HY 554 |
KUALA LUMPUR |
TASHKENT |
1140 |
1640 |
02 |
HY 055 |
TASHKENT |
URGENCH |
1300 |
1430 |
10 |
HY 553 |
TASHKENT |
KUALA LUMPUR |
2340 |
1010 + 1 |
BANDAR |
RATING |
MALAM |
NAMA HOTEL |
TASKHENT |
3* |
3 |
GRAND ATLAS ATAU SETARAF |
KHIVA |
3* |
1 |
OLD KHIVA ATAU SETARAF |
BUKHARA |
3* |
3 |
PORSO ATAU SETARAF |
SAMARKAND |
3* |
2 |
MALIKA CLASSIC ATAU SETARAF |
KATEGORI |
BILIK SEORANG |
BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BERKATIL |
KANAK-KANAK TANPA KATIL |
NORMAL |
RM 10,190 |
RM 9,590 |
RM 8,890 |
RM 7,990 |
RM 6,990 |
WE NORMAL |
RM 10,090 |
RM 9,490 |
– |
– |
– |
PROMO FMM 8 |
RM 9,590 |
RM 8,990 |
RM 8,290 |
RM 7,390 |
RM 6,490 |
PROMO WE FMM 8 |
RM 9,490 |
RM 8,890 |
– |
– |
– |
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Tashkent. Setibanya di Lapangan Terbang Tashkent, dibawa ke restoran untuk makan malam dan dihantar ke hotel untuk daftar masuk. Bermalam di Tashkent
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Lapangan Terbang Taskhent untuk menaiki penerbangan domestik ke Urgench. Setibanya di urgench, bertolak ke Khiva. Memulakan lawatan di bandar tertua di Uzbekistan, terletak di Ichan Qala, bandar yang mempunyai banyak monument seni bina. Berabad-abad lamanya, bangunan yang kukuh, istana, masjid, madrasah, makam, menara, karavan-sarai, dan rumah mandian mengubah Ichan-Qala menjadi sebuah monumen kota yang unik. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Khiva
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak menuju ke Bandar Bukhara dan akan melalui padang pasir Kizilkum. Dalam perjalanan, dapat menikmati pemandangan Amu Darya River, Sungai terdalam di Asia Tenga yang terbentuk oleh pertemuan Panj dan Vakhsh di Tajikistan dan mengalir ke Laut Aral. Setibanya di Bukhara, mempunyai masa bebas. Daftar masuk hotel. Bermalam di Bukhara
Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Ark of Bukhara, kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur yang dibina sejak abad ke-5 oleh Putera Parsi Siyavusha. Seterusnya melawat Samanid Mausoleum yang dibina seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Ayub, yang bermaksud perigi Ayub, dan masjid Bolo-Hauz yang dibina pada tahun 1712 dan disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kemudian, melawat salah satu madrasah terkenal di Bukhara yang dikenali sebagai Nadir Divan Begi yang juga merupakan sebahagian daripada Lyabi House Ensemble (dataran utama di Bukhara – takungan buatan terbesar pada zaman pertengahan Bukhara). Melawat Poi Kalon Complex, kompleks bangunan yang terdiri dari 3 bahagian, Kalan Mosque, Kalan Minaret, dan Miri Arab Madrasah. Daftar masuk hotel. Bermalam di Bukhara.
Sarapan pagi di hotel. Tetamu akn dibawa bersiar siar sekitar Bukhara. Melawat Bahauddin Naqshbandi complex, dibina sebagai memperingati tokoh ulamak sufi yang terkenal, Syeikh Bakhauddin Nakshbandi yang mangkat pada tahun 1389. Kompleks ini terdiri daripada sebuah madrasah, sebuah menara dan dua buah masjid. Seterusnya melawat Sitorai-Mokhi-Khosa palace, Istana Musim Panas pemerintah Bukhara yang siap dibina pada tahun 1917 dan dinamakan sempena nama isterinya dan sejurus selepas kejatuhan Emirat Bukhara pada tahun 1727, Istana ini diubah menajdi sebuah muzium. Lawatan diteruskan ke Chor Bakr Memorial Complex, dibangunkan di tempat perkuburan Abu Bakar Said yang mangkat pada tahun 971 dan mempunyai nasab keturunan Nabi Muhammad SAW. Bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Bukhara.
Lawatan di Nagar:
Bermalam di Hunza.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Shahrisabs, tempat kelahiran Amir Timur, Penakluk Abad ke-14 Asia. Lawatan dimulakan ke Ak Saray Palace, istana yang musnah dan merupakan tapak bersejarah di Shahrisabz. Ianya dibina pada abad ke-14 dibawah pemerintahan Amir Timur (Tamerlane). Pada tahun 2000, istana ini telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Jahongir Mausoleum yang didedikasikan untuk anak sulung Amir Timur yang meninggal dalam pertempuran ketika berumur 20 tahun dan pemerintah berkabung untuk masa yang lama – dipercayai kesedihan berlarutan selama 30 tahun. Seterusnya melawat Dorus Siadat dan Dorus Tillavat, ianya adalah kompleks peringatan dimana semua keturunan dan kerabat Amir Timur telah dikebumikan. Selepas itu, bertolak ke Samarkand. Dartar masuk hotel. Bermalam di Samarkand.
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar Samarkand, terletak di Lembah Sungai Zerafshan, ia adalah bandar kedua terbesar di Uzbekistan yang berusia sama tua dengan Babylon dan Kota Rom. Melawat Registan Square, Kompleks yang menempatkan 3 buah madrasah iaitu Ulugbek Madrassah, Sher Dor Madrassah, Tilla-Kari Madrassah. Madrasah ini masing-masing dibina antara abad ke-15 hingga ke-17. Kemudian Melawat Shah-i Zinda, Sebuah kota yang merangkumi kediaman, pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan milik saudara Rasulullah SAW yang datang ke kota ini pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam. Seterusnya melawat Bibi-Khanym Mosque, dikatakan ianya dibina daripada harta rampasan pencerobohon Timur ke atas India. Pada abad ke-15 ia merupakan salah satu masjid terbesar dan tersergam indah di dunia Islam. Menjelang pertengahan abad ke-20 hanya kemusnahan besar yang masih terselamat, tetapi kini sebahagian besar masjid telah dipulihkan. Melawat Gur Emir Complex yang dianggap karya agung dalam senibina islam dan di mana terletaknya makam Amir Timur dan keturunannya. Bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Samarkand.
Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Observatory of Ulugbek, dibina pada abad ke-15 oleh Ulughbek, salah seorang pemerintah dan ahli astronomi terkenal. Selepas itu, dibawa ke deretan kedai tempatan yang dikelilingi oleh kedai cenderamata, kedai teh, dan sebagainya. Kemudian anda mempunyai masa bebas untuk memebeli – belah di sekitar National Bazaar Siab, Oriental Bazaar, di mana anda boleh mencari produk buatan tangan tradisional Uzbekistan dan manisan tempatan. Seterusnya dibawa melihat Carpet Factory, kilang permaidani buatan tangan yang unik di mana lebih 400 wanita menjahit permaidani tanpa menggunakan teknik tradisional. Bertolak ke Tashkent dengan menaiki kereta api. Setibanya di Tashkent, daftar masuk hotel. Bermalam di Tashkent.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Chimgan Mountains, Tiba di puncak Beldersey dengan menaiki chair lift, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan panorama dan berfoto di kawasan pergunungan bertasik. Setelah itu singgah di Charvak Lakeside untuk masa bebas melakukan aktiviti air (mengikut musim & atas perbelanjaan sendiri). Bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Tashkent.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Pakej Termasuk
Tidak Termasuk
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.