12H9M BALKANS + EROPAH TIMUR

Sarajevo – Mostar – Dubrovnik – Neum – Split – Zadar – Plitvice National Park – Ljubljana – Salzburg – Hallstatt – Vienna – Krakaw – Warsaw
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 8,890

Laluan Baru BALKANS + EROPAH TIMUR!
Harga Normal: RM 9,790
Harga Fiesta: RM 8,890
Warga Emas: RM 8,790
Laluan Baru BALKANS + EROPAH TIMUR!
Harga Normal: RM 9,790
Harga Fiesta: RM 8,890
Warga Emas: RM 8,790

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – ISTANBUL

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Moscow melalui Istanbul. Setibanya di Lapangan Terbang Moscow, tetamu akan dibawa melawat ke Moscow Kremlin yang merupakan kompleks kota pemerintahan kerajaan Russia berusia ratusan tahun sejak 1482 yang masih aktif sehingga kini di era Presiden Vladimir Putin. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat binaan-binaan yang penting seperti menara pintu masuk Spasskaya Tower yang dibina pada tahun 1491 setinggi 71m, Ivan the Great Bell Tower setinggi 81m yang sepatutnya menempatkan loceng tembaga gergasi Tsar Bell seberat 202kg namun gagal kerana terlampau berat, Tsar Cannon yang merupakan sebuah meriam gergasi, Grand Kremlin Palace yang merupakan kediaman rasmi Presiden Russia dan banyak lagi tarikan lain. Tarikan yang paling menarik sekali tentulah lawatan ke dalam gedung Armoury Chamber yang mempamerkan pelbagai koleksi Tsar-Tsar Russia seperti pakaian, persenjataan, barangan kemas dan juga kereta-kereta kuda rekaan mewah tak ubah seperti kereta kuda dinaiki Cinderella. Usai lawatan, tetamu akan dibawa untuk makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2ISTANBUL – SARAJEVO (MT/MM)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sarajevo dan dijemput oleh pemandu pelancong. Tetamu akan dibawa makan tengahari di restoran tempatan. Memulakan lawatan ke Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan. Seterusnya, tetamu akan dibawa ke kawasan Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753, menunaikan solat di Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah, Sahat Kula iaitu sebuah menara jam yang dibina seawal abad ke-17, Sacred Heart Cathedral yang cukup terkenal kerana binaannya dan di hadapannya terletak salah satu tapak Sarajevo Roses, nama yang diberi kepada kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah dan juga berfoto di City Hall yang juga dikenali sebagai Vijecnica. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 3SARAJEVO - MOSTAR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan memasuki negara Bosnia and Herzegovina dan melawat sekitar kota Mostar yang cukup indah dengan tarikan-tarikan seperti Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini, Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut, Karadoz Bey Mosque yang dibina pada 1554 oleh arkitek Mimar Sinan merupakan antara masjid yang tercantik di negara ini, Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Kujundziluk Old Bazaar yang mana menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dan cenderamata. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 4MOSTAR – DUBROVNIK – NEUM (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan pada hari ini diteruskan dengan menyusuri Old Town Dubrovnik untuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti Rector’s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18, Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana, Museum of Croatian War of Independence, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando’s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun. Bertolak ke Neum, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 5NEUM – SPLIT - ZADAR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Split, Croatia sebelum meneruskan perjalanan ke Zadar. Lawatan ke City Gate, St Donat Square dan berpeluang untuk membeli -belah cenderahati. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
HARI 6: ZADAR – PLITVICE NATIONAL PARK – ZAGREB (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. bertolak memasuki negara Croatia untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Plitvice Lakes National Park setanding dengan gelaran yang diberi padanya iaitu Syurga Dunia. Kawasan taman negara ini cukup indah dengan panorama memukau air terjun dan tasiknya di mana tetamu boleh menyelusuri titi kayu yang dibina di sepanjang tasik ini, malahan boleh meraih pengalaman menaiki bot persiaran menyusuri tasik. Makan tengahari di restoran tempatan Bertolak menuju ke kota Zagreb dan setibanya di sana, makan tengahari dan bersolat di Zagreb Mosque yang dibina pada tahun 1987 atas derma dari Sultan Sharjah, salah seorang Emir di UAE. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 6ZADAR – PLITVICE NATIONAL PARK - ZAGREB (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. bertolak memasuki negara Croatia untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Plitvice Lakes National Park setanding dengan gelaran yang diberi padanya iaitu Syurga Dunia. Kawasan taman negara ini cukup indah dengan panorama memukau air terjun dan tasiknya di mana tetamu boleh menyelusuri titi kayu yang dibina di sepanjang tasik ini, malahan boleh meraih pengalaman menaiki bot persiaran menyusuri tasik. Makan tengahari di restoran tempatan Bertolak menuju ke kota Zagreb dan setibanya di sana, makan tengahari dan bersolat di Zagreb Mosque yang dibina pada tahun 1987 atas derma dari Sultan Sharjah, salah seorang Emir di UAE. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 7ZAGREB – LJUBLJANA - SALZBURG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke Ljubljana dan makan tengahari di restoran tempatan. Melawat sekitar Ljubljana Old Town, Square of Preserendan Dragon Bridge dan lain lain tarikan di sana. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Salzburg yang terkenal sebagai kota kelahiran komposer muzik lagenda dunia iaitu Mozart. Makan malam di Restoran tempatan halal dan daftar masuk hotel

Hari 8SALZBURG – HALLSTATT – VIENNA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Hallstatt, juga dikenal sebagai “kota garam” yang tertua di dunia. Di sini terletaknya tasik yang sangat cantik, dan diiktiraf oleh UNESCO World Heritage. Tetamu berpeluang menaiki keretapi funikular untuk sampai ke Walterblick Skywalk yang menawarkan pemandangan unik Lake Hallstatt yang terbentang luas dan panorama gunung yang mengagumkan di sekelilingnya. Pasti pelbagai foto dan selfie menarik akan dapat dirakamkan di sini untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Setelah puas di sini, tetamu akan turun semula untuk di bawa pula ke Old Town Hallstatt dan Market Square bersebelahan tasik tersebut untuk melihat perkampungannya dan juga membeli cenderahati dan barangan tempatan untuk dibawa pulang. Sambil itu, jangan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan dan bangunan di sekitarnya kerana Hallstatt merupakan bandar paling cantik di Austria. Meneruskan perjalanan ke Vienna. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 9VIENNA – KRAKOW (SP/MT/MM)

Usai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan pentadbiran negara ini antaranya ialah Hofburg Palace yang merupakan kediaman rasmi dan pejabat Presiden Austria yang dahulunya kediaman keluarga diraja Hofburg, Maria Theresa Statue yang terletak di Maria-Theresien-Platz sambil diapit oleh 2 bangunan medieval Natural History Museum dan Art History Museum dan akhirnya ke Wiener Rathaus yang merupakan bangunan pejabat pentadbiran datuk bandar ini yang cukup Gothic rekaannya. Bersolat di Vienna Islamic Centre, masjid terbesar di Austria yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 sebelum diberi masa bebas di Stephansplatz dan Karntnerstrasse untuk membeli-belah di butik berjenama terkenal seperti Bucherer dan Swarovski serta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta kuda dengan biaya sendiri di St. Stephen’s Cathedral. Sekiranya masa mengizinkan, tetamu akan dibawa melawat ke Hundertwasser “Kalke” Village, rumah binaan seorang artis bernama Hundertwasser yang terkenal kerana tidak menggunakan prinsip garisan lurus dan merupakan tempat yang cukup menarik untuk bergambar dan membeli cenderamata. Kemudian meneruskan perjalanan ke Krakow. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 10KRAKOW – WARSAW (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Melawat sekitar Krakow, bandar paling popular di Poland dan menyimpan banyak bangunan seni bina yang menawan dari zaman dahulu kala. Lawatan ke Wawel Castle (Royal Castle) yang merupakan kediaman Istana yang terletak di tengah Krakow, Poland. Sekitar halaman Istana terdiri daripada beberapa struktur seni bina Italy. Pada tahun 1978 ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai sebahagian daripada Pusat sejarah Krakow. Seterusnya tetamu dibawa ke Cloth Hall, menjadi simbol utama bandar Krakow dan merupakan pusat kemersial tertua di Krakow. Tetamu berpeluang untuk membeli-belah di sekitar Market Square Old town. Bertolak menuju ke Warsaw, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 11WARSAW – ISTANBUL (SP/MT)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Melawat sekitar Ibu Negara Poland, Warsaw sebuah kota yang penuh dengan sejarah dan mempunyai tarikan yang menarik. Antaranya melawat Warsaw Old Town; Old Town Market Place, Old Town Observation Terrace dan Lazienki Palace. Mempunyai masa bebas untuk membeli cenderahati Warsaw sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 12ISTANBUL – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

TK 61

KUL

IST

2315

0515

TK 1021

IST

SJJ

0715

0810

TK 1766

WAW

IST

1910

2245

TK 60

IST

KUL

0115

1655

Tarikh

8 Sep 2019

Hotel

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

SARAJEVO

3*

1

Hotel Dubai atau setaraf

MOSTAR

3*

1

Hotel Bristol atau setaraf

NEUM

3*

1

Hotel Orka atau setaraf

ZADAR

3*

1

Hotel Mediteran atau setaraf

ZAGREB

3*

1

Hotel Aristos atau setaraf

SALZBURG

3*

1

Hotel Austria Trend atau setaraf

VIENNA

3*

1

Hotel Ibis Messe atau setaraf

KRAKOW

3*

1

Hotel Wyspianski atau setaraf

WARSAW

3*

1

Hotel Metropol atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri