12H9M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL

CASABLANCA – MARRAKESH – RABAT – TANGIER – TARIFA – SEVILLE – SINTRA – LISBON – SEVILLE – CORDOBA – GRANADA – MADRID – TOLEDO
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 8790

Bersiar-siar di sekitar bandar Ronda.
Harga Normal: RM 9,690
Dewasa: RM 8790
Warga Emas: RM 8690
Bersiar-siar di sekitar bandar Ronda.
Harga Normal: RM 9,690
Dewasa: RM 8790
Warga Emas: RM 8690

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – ISTANBUL

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Casablanca melalui Istanbul.

Hari 2ISTANBUL –– CASABLANCA - MARRAKESH (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, tetamu akan dibawa makan tengahari dan bertolak menuju ke Marrakesh untuk melawat Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m dan Tombeaux Saadiens yang merupakan makam kerabat diraja. Masa luang untuk menyelusuri bazaar Djemaa El-Fnaa yang terkenal dengan penjualan jubah, tudung dan rempah-ratus. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3MARRAKESH - CASABLANCA (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Lawatan di kota Marrakesh dimulakan ke Bahia Palace, sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina.Selepas makan tengahari, tetamu akan bertolak ke Casablanca dan dibawa melawat ke Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki, merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Kemudian melawat ke The Courniche. Ia dikenali sebagai pantai Antlantik dan ia sebahagian daripada kejiranan Ain Diab. Seterusnya, tetamu akan dibawa melawat ke The Habbous. Ia juga dikenali sebagai New Medina dan ia adalah sebuah pasar terbuka dan menjual pelbagai barangan seperti pakaian, buah zaitun, buah-buahan-buahan kering, dan sebagainya. Kemudian, akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4CASABLANCA – RABAT – TANGIER (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel dan tetamu akan memulakan lawatan di Rabat. Lawatan dimulakan ke Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Kubu yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini dibina seawal kurun ke-12 dan merupakan salah satu tarikan yang unik di bandar diraja Rabat. Seterusnya, melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Menara yang dibina daripada batu pasir berwarna merah ini terletak bertentangan dengan Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Makan tengahari dan perjalanan diteruskan ke Tangier yang terkenal sebagai kota pelabuhan di Selat Gibraltar. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 5TANGIER – TARIFA – SEVILLE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, tetamu akan memulakan lawatan ke Caves of Hercules. Gua ini terletak di Cape Spartel dan ia merupakan tempat Dewa Hercules beristirahat. Kemudian melawat Cape Spartel. Ia merupakan tebing di Morocco dan kira-kira 1000 kaki di atas paras laut di pintu masuk selat Gibraltar. Menaiki feri merentasi Selat Gibraltar untuk ke Tarifa, sebuah kota yang terletak di bahagian paling selatan Sepanyol di mana lautan Atlantik bertemu dengan Mediterranean. Setibanya di Tarifa, meneruskan perjalanan ke kota Seville yang dahulunya merupakan ibu kota di rantau Andalusia dan setibanya di sana, melawat Plaza de Espana, bangunan yang cukup menarik reka bentuknya yang terletak di dalam kawasan Maria Luisa Park dan terdapat kolam air pancur besar di tengahnya dan lukisan sepanjang tembok yang menceritakan sejarah kegemilangan Sepanyol. Kemudian, tetamu akan melawat ke The Alzcazar, ia adalah Istana Diraja di Seville. Meneruskan lawatan ke The Torre del Oro, ia merupakan menara tentera Dodecanogal di Seville. Makan malam sebelum mendaftar masuk hotel.

Hari 6SEVILLE – SINTRA – LISBON (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel dan tetamu akan bertolak menuju ke negara Portugal setibanya di sana makan tengahari dan bersolat di Central Mosque of Lisbon. Melawat kota Sintra yang terkenal dengan tarikan Palace Da Pena, sebuah istana berwarna terang dan dihiasi dengan binaan kubu dan patung mitos, merupakan salah satu tarikan pelancong ke Portugal dengan contoh senibina terbaik Romantisisme dari kurun ke-19. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7LISBON – SEVILLE (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan memulakan lawatan ke Belem Tower, menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan Berhenti berfoto di Jeronimos Monastery, sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline terunggul yang menyimpan makam Vasco da Gama, penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India. Seterusnya, tetamu akan melawat Rossio Square iaitu dataran yang paling meriah di Lisbon yang dikelilingi oleh air pancut Baroque, monumen dan tugu bersejarah serta bangunan Dona Maria II National Theatre. Bertolak menuju ke kota Seville, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8SEVILLE – CORDOBA – GRANADA (SP/MT/MM)

Tetamu akan menikmati sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Cordoba iaitu bandar yang pernah dikuasai Islam pada suatu masa dahulu. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa melawat ke Calahorra Tower, ia merupakan sebuah pintu yang bertentangan di pusat bersejarah Cordoba. Kemudian, tetamu akan dibawa melawat ke Roman Bridge. Ia adalah jambatan pertama yang dibina dan mempunyai gerbang sebagai struktur asas. Seterusnya, tetamu akan melawat ke Mezquita, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia. Dikenali sebagai Cathedral Mosque of Cordoba, masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara dan mihrab. Makan tengahari dan bertolak menuju ke Granada, salah satu bandar di rantau Al-Andalus yang cukup terkenal di serata dunia dengan ikonnya iaitu Istana Alhambra. Sejurus tiba di Granada, tetamu dibawa melawat Albayzin Muslim Quarters di mana terletaknya Grand Mosque of Granada. Masjid ini juga menawarkan lokasi paling sesuai untuk mengambil gambar panorama indah Istana Alhambra. Selepas solat di masjid ini, tetamu akan dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9GRANADA – MADRID (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Alhambra Palace yang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana oleh pemerintah Kerajaan Granada Nasri yang berbangsa Moorish. Merupakan sebuah mercu tanda terhebat yang pernah dibina oleh kerajaan Islam di Sepanyol, Alhambra adalah pintu kepada budaya Moor pastinya menjanjikan pemandangan yang cukup indah dengan ukiran dinding kaligrafi ayat suci Al-Quran dan ukiran bermotif bunga. Melawat The Generalife, sebuah istana rehat musim panas diraja yang dihiasi dengan patio, kolam, pepohon yang menghijau, mata air dan deretan tiang yang dihubungkan ke Alhambra melalui laluan berbumbung. Lanskap taman ini yang terlalu indah pastinya membuatkan tetamu tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Seusai lawatan, tetamu berpeluang untuk menikmati makan tengahari istimewa di ladang pokok Zaitun (sekiranya cuaca mengizinkan) sebelum bertolak ke Madrid. Makan malam dan daftar masuk hotel setibanya di sana.

Hari 10MADRID – TOLEDO – MADRID (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke kota Toledo yang cukup kaya dengan warisan sejarah dan budaya serta keharmonian komuniti Muslim, Kristian dan Yahudi yang hidup dengan aman tanpa konflik dan peperangan pada ketika dulu. Melawat ke Swords Factory. Ia merupakan kilang pembuatan pedang tradisional. Kemudian tetamu akan melawat ke, Puerta Bisagra. Ia merupakan pintu bandar Toledo dam ia dibina pada abad ke-10. Ia juga dikenali sebagai “Bisagra Antigua” untuk membezakannya dari Puerta de Bisagra Nueva yang dibina pada tahun 1559. Seterusnya, tetamu akan dibawa melawat ke Plaza Zocodover, ia adalah dataran bandar Toledo dan melawat ke Mosque of Cristo de la Luz; masjid yang berusia lebih 1000 tahun juga dikenali dengan nama Arab Bab Al-Mardum Mosque yang dibina semasa pemerintahan Moorish sebelum ditukarkan menjadi gereja. Makan tengahari di restoran dan masa untuk membeli-belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli-belah barangan berjenama antarabangsa seperti Armani, Coach, Ralph Lauren yang menawarkan diskaun sehingga 60%. Makan malam dan pulang ke hotel

Hari 11MADRID - ISTANBUL (SP/MT)

Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat di sekitar kota metropolis Madrid. Tetamu akan dibawa melawat ke Puerta del Sol. Ia adalah dataran awam di Madrid dan salah satu tempat yang paling terkenal dan tersibuk di bandar. Tetamu juga berpeluang untuk membeli-belah. Seterusnya, tetamu akan dibawa melawat ke, Cibeles dan Neptune Fountains iaitu 2 kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles; dataran dengan kompleks bercirikan seni bina Neo-classic. Kemudian, tetamu akan melawat ke melepasi Prado Museum yang menempatkan karya seni Eropah terhebat dari abad ke-12 hingga ke-20. Makan tengahari di restoran dan meneruskan lawatan ke stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid dan juga melawat ke Hard Rock Café. Bertolak menuju ke Barajas Airport Madrid untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 12ISTANBUL – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 8790 RM 10090 RM 8490 RM 7290 RM 6490
Warga Emas RM 8690 RM 9990

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

TK 61

K.LUMPUR

ISTANBUL

2305

0455

02

TK 617

ISTANBUL

CASABLANCA

1120

1415

11

TK 1860

MADRID

ISTANBUL

1820

2320

12

TK 60

ISTANBUL

K.LUMPUR

0130

1715

Tarikh

18 Aug | 8, 15 Sep | 13, 18, 28 Oct 2020

Hotel

BANDAR RATING MALAM NAMA HOTEL
Marrakesh 4* 1 Hotel Riad Magador Kasbah atau setaraf
Casablanca 4* 1 Hotel Oum Palace atau setaraf
Tangier 4* 1 Hotel Tanjah Flandria atau setaraf
Granada 4* 1 Hotel Macia Condor atau setaraf
Seville 4* 2 Hotel TRH La Motilla atau setaraf
Lisbon 4* 1 Hotel Tryp Lisboa Caparica atau setaraf
Madrid 4* 2 Hotel City House Florida Norte atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Granada, Seville, Lisbon dan Madrid.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bahia Palace, Mezquita, Alhambra Palace, Generalife dan Palace Da Pena.
  • Pengangkutan feri laju dari Tangier ke Tarifa.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma sebotol air mineral seorang setiap hari sepanjang lawatan.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri