11H9M Morocco + Spain Andalusia

0
  • 11H9M
  • Max Guests : 25
  • Coming Soon

Laluan Lawatan

CASABLANCA – MARRAKESH – RABAT – TANGIER – TARIFA – SEVILLE – SINTRA – LISBON – SEVILLE – CORDOBA – GRANADA – MADRID – TOLEDO

 

Tarikh Pelepasan

Jadual Penerbangan

Hari     

Pesawat      

Dari

Ke

ETD     

ETA    

01

EK 343

K. LUMPUR

DUBAI

0240

0530

01

EK 751

DUBAI

CASABLANCA

0730

1245

11

EK 142

MADRID

DUBAI

1520

0045

12

EK 346

DUBAI

K. LUMPUR

0310

1425

 

Hotel Penginapan

BANDAR    

RATING      

MALAM     

NAMA HOTEL

Marrakesh

4*

2

Hotel Ayoub & Spa atau setaraf

Rabat

3*

1

Hotel Malak atau setaraf

Fes

4*

1

Hotel Sofia atau setaraf

Tangier

4*

1

Hotel Tanjah Flandria atau setaraf.

Toledo 

4*

1

Hotel Carlos atau setaraf

Cordoba

4*

1

Hotel Abetos del Maestre Escuela atau setaraf

Sevilla 

4*

1

Hotel Grand Exe Solucar atau setaraf

Madrid

4*

1

Hotel Monte Rozas atau setaraf

Harga Pakej

KATEGORI HARGA  

BILIK SEORANG 

BILIK BERDUA 

KANAK-KANAK BILIK BERDUA  

KANAK-KANAK BERKATIL   

KANAK-KANAK TANPA KATIL 

DEWASA

RM 13 290

RM 11 990

RM 11 390

RM 9 990

RM 8 590

WARGA EMAS 

RM 12 990

RM 11 690

FIESTA 

RM 12 590

RM 11 290

RM 10 690

RM 9 290

RM7 890

WARGA EMAS 

RM 12 490

RM 11 190

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Abu Dhabi

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Casablanca melalui Abu Dhabi

Hari 2 - Dubai – Casablanca - Marrakesh (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, bertolak menuju ke kota Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM. Singgah di Royal Palace Gate yang terletak di New Medina merupakan kediaman utama Raja zaman dahulu dan melepasi Mahkama Of Pacha iaitu bangunan petadbiran yang dibina pada tahun 1941 sehingga 1942. Photostop di Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki yang merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Selepas makan tengahari, bertolak ke Marrakesh dan masa bebas di bazaar Djemaa El-Fnaa Square souk popular yang terletak di Old Medina. Tetamu berpeluang membeli belah jubah, tudung, barangan seramik dan cenderahati. Kemudian, makan malam dan daftar masuk hotel. 

Hari 3 - Marrakesh (SP/MT/MM)

Seusai sarapan pagi di hotel, lawatan di kota Marrakesh dimulakan ke Bahia Palace, sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina. Seterusnya melawat Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m. Berkunjung ke Menara Gardens iaitu taman yang dibina pada pertengahan abad ke 12 semasa pemerintahan Almohad. Makan malam sebelum berehat ke hotel.

Hari 4 - Marrakesh – Rabat (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, lawatan di ibu negara Morocco ini dimulakan ke Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Kubu yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini dibina seawal kurun ke-12 dan merupakan salah satu tarikan yang unik di bandar diraja Rabat. Melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Menara yang dibina daripada batu pasir berwarna merah ini terletak bertentangan dengan Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Berkunjung ke Royal Palace yang terletak di tengah kota Rabat yang merupakan kediaman rasmi Raja Hassan 11. Daftar masuk hotel selepas makan malam di restaurant.

Hari 5 - Rabat – Meknes – Fes (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Meknes untuk melawat ke Makam Moulay Driss The 1st merupakan pengasas dinasti Idris, dinasti islam pertama di Magribi. Seterusnya bertolak ke Fes untuk melawat ke Mosque of al-Qarawiyyin merupakan salah satu universiti tertua di dunia dan antara masjid terbesar di Afrika. Berkunjung ke Madrasa Al Attarine yang berdekatan dibina oleh Marandi sultan Abu Sa’id Uthman II between 1323 and 1325. Singgah di Royal Palace Fez, salah satu istana tertua di seluruh Magribi. Berjalan -jalan di kawasan bahagian tertua di bandar iaitu Madinah el-Bali. Berkunjung ke Chaouwara Tanneries, tempat penyamakan kulit terbesar serta tertua di dunia yang sudah wujuk sekitar abad ke 11. Seterusnya makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 6 - Fes – Chefchaouen - Tangier (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Kota Biru Chefchaouen salah satu pekan tercantik di Magribi. Berkunjung ke Place Outa El Hammam & Kasbah,dataran utama yang terletak di pusat bandar yang mempunyai pemandangan panorama menarik di sini. Mengunjungi Ras El Maa Waterfall, air terjun kecil ini yang mengalir dari puncak gunung terletak di Timur Chefchaouen. Melawat ke Medina of Chefchaouen yang terletak di antara puncak gunung dimana semua bangunan – bangunan di sini berwarna biru. Masa bebas untuk anda berjalan-jalan sambil menjamu mata pemandangan disini. Anda boleh melihat dari jauh Spanish Mosque, masjid yang dibina oleh pihak Spanish pada tahun 1920 tetapi tidak pernah digunakkan. Perjalanan diteruskan ke Tangier yang terkenal sebagai Kota Pelabuhan yang terletak di selatan Gibraltar.  Daftar masuk hotel selepas makan malam 

Hari 7 - Tangier – Tarifa –Seville (SP/MT/MM)

Sarapan pagi, bertolak menaiki feri merentasi Selat Gibraltar untuk ke Tarifa, sebuah kota yang terletak di bahagian paling selatan Sepanyol di mana lautan Atlantik bertemu dengan Mediterranean. Setibanya di Tarifa, tetamu akan dibawa makan tengahari dan menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Sevilla, yang dahulunya merupakan ibu kota di rantau Andalusia dan setibanya di sana, melawat Seville Cathedral, gereja berseni bina Gothic yang terbesar di dunia. Gereja ini pada asalnya merupakan masjid yang dibina semasa pemerintahan Almohad, sebelum diruntuhkan dan dibina semula sebagai gereja Roman Katolik setelah kejatuhan empayar Islam dengan menara asal masjid tersebut yang bernama Giralda Tower masih utuh berdiri di sebelahnya termasuklah Orange Tree Courtyard yang merupakan sebahagian dari peninggalan masjid tersebut. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat Plaza de Espana, bangunan yang cukup menarik reka bentuknya yang terletak di dalam kawasan Maria Luisa Park dan terdapat kolam air pancur besar di tengahnya dan lukisan sepanjang tembok yang menceritakan sejarah kegemilangan Sepanyol. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

Hari 8 - Sevilla – Cordoba – Granada (SP/MT/MM)

Tetamu akan menikmati sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Mezquita, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia. Dikenali sebagai Cathedral Mosque of Cordoba, masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam. Berkunjung ke Jewish Quarter, sebuah kawasan kejiranan yahudi yang diberi kebebasan beragama dan penempatan ketika pemerintahan Islam Almohad. Bukan sahaja dikelilingi oleh rumah yang dicat putih dan patio dengan bunga yang berwarna – warni. Bertolak menuju ke Granada untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9 - Granada – Jaen – Consuegra – Toledo (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Alhambra Palace yang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana oleh pemerintah Kerajaan Granada Nasri yang berbangsa Moorish. Melawat The Generalife, sebuah istana rehat musim panas diraja yang dihiasi dengan patio, kolam, pepohon yang menghijau, mata air dan deretan tiang yang dihubungkan ke Alhambra melalui laluan berbumbung. Melawat Albayzin Muslim Quarters. Meneruskan perjalanan ke Toledo dan singgah sebentar ke bandar Jaen iaitu pengeluar minyak zaitun terkemuka. Tetamu boleh mendapatkan minyak zaitun dengan harga yang berbaloi. Photo stop di Consuegra Windmill iaitu kincir angin sepanyol serta istana abad ke 12 yang merupakan monument terpenting disini. Bertolak menuju ke hotel untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 10 - Toledo – Madrid (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Kota Toledo bermula Alcazar of Toledo, kubu dengan 4 buah menara di setiap sisi yang terletak di bahagian tertinggi di Toledo dan pernah digunakan sebagai istana Rom semasa kurun ke-3. Lawatan diteruskan ke Mosque of Cristo de la Luz; masjid yang berusia lebih 1000 tahun juga dikenali dengan nama Arab Bab Al-Mardum Mosque yang dibina semasa pemerintahan Moorish sebelum ditukarkan menjadi gereja, Puerta Bab Al-Mardum; pintu gerbang kota Toledo yang dibina pada abad ke-10 dan Alcantara Bridge yang sangat cantik senibinanya, dibina oleh Rom pada Zaman Pertengahan merentasi Sungai Tagus. Kemudian, masa bebas membeli cenderamata dan Marzipan, kuih tradisional masyarakat Sepanyol yang cuma terdapat di Zocodover Square. Bersolat di Abu Bakr Mosque sebelum bertolak ke kota Madrid. Meneruskan lawatan ke sekitar kota metropolis Madrid. Berhenti bergambar di hadapan ikon bandar iaitu Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol dengan seni bina Baroque yang tersohor. Melepasi Cibeles dan Neptune Fountains iaitu 2 kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles; dataran dengan kompleks bercirikan seni bina Neo-classic dan juga Puerta de Alcala yang merupakan pintu gerbang yang megah berdiri di Plaza de la Independencia dan dibina oleh Raja Carlos III pada kurun ke-18. Teruskan sesi membeli belah di Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli-belah kota ini. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 11 - Madrid - Dubai

Setelah sarapan pagi, melawat stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid. Bertolak menuju ke Barajas Airport Madrid untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

Hari 12 - Dubai – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3 & 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) serta cukai bandar.
  • Pengangkutan feri laju dari Tangier ke Tarifa.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bahia Palace, Mezquita, Alhambra Palace, Generalife.
  • Pengangkutan feri laju dari Tangier ke Tarifa
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Coming Soon

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

344

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you