[22 FEB 2024] 10H7M Grand Morocco

0
  • 10H7M
  • Max Guests : 25
  • 22 FEB 2024

Laluan Lawatan

CASABLANCA – MARRAKESH– OURZAZATE- BOUMALNE DADES-MERZOUGA- IFRANE-FES- CHEFCHOUN- RABAT

Tarikh Pelepasan

  • 22 Feb 2024

Jadual Penerbangan

Hari

Pesawat

Dari

Ke

ETD

ETA

01

EK 347

K. LUMPUR

DUBAI

1910

2230

02

EK 751

DUBAI

CASABLANCA

0725

1310

09

EK 752

CASABLANCA

DUBAI

1505

0130+1

10

EK 346

DUBAI

K. LUMPUR

0330

1435

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

Marrakesh

3*

2

Hotel Mogador Kasbah/ Riad Puchka atau setaraf

Boumalne Dades

3*

1

Hotel La Kasbah De Dades atau setaraf

Sahara

Nil

1

Sirocco Luxury Camp atau setaraf

Fes

3*

1

Hotel Volubilis / Riad Tahrad & Spa atau setaraf.

Chefchaouen

3*

1

Residence Hoteliere Chez Aziz atau setaraf

Casablanca

3*

1

Hotel Majestic atau setaraf

Harga Pakej

KATEGORI HARGA

BILIK SEORANG

BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

DEWASA

RM 11 090

RM 9 890  

RM 9 190

RM 8 490

RM 7 490

WARGA EMAS

RM 10 790

RM 9 590

FIESTA

RM 10 490

RM 9 290

RM 8 590

RM 7 890

RM 6 890

WARGA EMAS

RM 10 390

RM 9 190

Pakej Percutian Morocco

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Dubai (MOB)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal1) bagi penerbangan ke Casablanca melalui Dubai.

Hari 2 - Casablanca - Marrakesh (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, bertolak menuju ke kota Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum singgah sebentar ke Muhammad V Square, sebuah plaza yang sibuk di tengah-tengah kota Casablanca. Melawat Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki yang merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Bertolak menuju ke Marrakesh yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Setibanya di Marrakesh, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3 - Marrakesh (SP/MT/MM)

Seusai sarapan pagi di hotel, lawatan di kota Marrakesh dimulakan ke Bahia Palace, sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina. Mengunjungi Berber Pharmacie merupakan kedai jualan barangan rempah ratus Morocco, barangan kosmetik tradisional Morocco seperti minyak argan, zaitun, kaktus dan sebagainya. Seterusnya melawat Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m. Masa bebas di bazaar Djemaa El-Fnaa Square, souk popular yang terletak di Old Medina. Tetamu berpeluang membeli belah jubah, tudung, barangan seramik dan cenderahati. Kemudian, makan malam dan berehat di hotel.

Hari 4 - Marrakesh – Ait Ben Haddou – Ourzazate- Boumalne Dades (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke perkampungan Ait Ben Haddou dimana sepanjang perjalanan merentasi Banjaran Atlas yang setinggi 2260-meter anda disajikan dengan pemandangan indah kawasan pergunungan. Setibanya disini, melawat ke Ksar Ait Ben Haddou iaitu sebuah perkampungan kubu yang diperbuat sepenuhnya daripada tanah yang juga telah mendapat pengiktrafan sebagai tapak UNESCO. Perjalanan akan diteruskan ke Ourzazate yang digelar “Hollywood of Morroco” kerana banyak lokasi pengambaran filem antarabangsa dijalankan disini. Bertolak ke Boumalne Dades, kawasan yang terkenal dengan penghasilan morrocon rose yang dipasarkan seluruh dunia. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 5 - Boumalne Dades-Todra Gorge-MERZOUGA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, menuju ke Todra George, sebuah lembah jurang berbatu yang seakan – akan Petra di Jordan. Kita kan melalui laluan jurang yang Indah serta dramatic. Photo stop di Berber Village dimana orang Barbar adalah merupakan kaum etnik Afrika Utara di lembah Nil. Singgah sebentar di Fosil Shop yang terletak di Erfoud dimana tetamu boleh membeli sisa fosil untuk dijadikan cenderahati. Berkunjung ke kampung Erg Cebi, Merzouga yang terletak di pinggir Gurun Sahara terkenal dengan bukit pasir yang menakjubkan. Tetamu akan menaiki unta atau jeep menuju ke khemah penginapan. Pengalaman menyaksikan matahari terbenam serta hamparan bintang di langit di tengah- tengah padang pasir.

Hari 6 - Merzouga - Ifrane - Fes (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan memulakan perjalanan panjang Fez, kota yang dikenali sebagai ibu kota budaya bagi Maghribi. Ia terkenal dengan kota lama yang bertembok Fes El Bali dengan seni bina Marinid. Singgah sebentar ke Ziz Valley, lembah yang subur dengan tanaman kurma serta bijiran dan juga sayuran. Makan tengahari di Midelt, sebuah perkampungan pengeluar epal terbesar di Morroco. Menyambung perjalanan ke Bandar Ifrane yang terkenal dengan jolokan Switzeland of Morroco kerana menerima taburan salji tertinggi di negara tersebut. Resort – resort ski alpine mengingatkan anda kepada Switzerland kerana dibina pada zaman era colonial perancis. Menuju ke Fez untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7 - Fes - Chefchouen (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Pesert akan dibawa meneroka kota Fes, lawatan akan merangkumi photo stop di Royal Palace Fes, salah satu istana tertua di seluruh Magribi. Menikmati pandangan panorama indah bandar Fes dari puncak bukit Burj Al Janubi. Berkunjung ke Chaouwara Tanneries, tempat penyamakan kulit terbesar serta tertua di dunia yang sudah wujuk sekitar abad ke 11. Seterusnya melawat ke Mosque of al-Qarawiyyin merupakan salah satu universiti tertua di dunia dan antara masjid terbesar di Afrika. Masa bebas membeli belah di Kota Lama sebelum makan tengahari di restoran. Seterusnya kita akan bertolak ke Kota Biru Chefchaouen salah satu pekan tercantik di Magribi yang mengambil masa perjalanan selama 4 jam. Setibanya di sini makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8 - Chefchouen - Rabat-Casablanca (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, berkunjung ke Place Outa El Hammam & Kasbah,dataran utama yang terletak di pusat bandar yang mempunyai pemandangan panorama menarik di sini. Melawat ke Medina of Chefchaouen yang terletak di antara puncak gunung dimana semua bangunan – bangunan di sini berwarna biru. Seterusnya bertolak ke Rabat iaitu ibu negara Morroco, singgah ke Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Kubu yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini dibina seawal kurun ke-12 dan merupakan salah satu tarikan yang unik di bandar diraja Rabat. Melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Menara yang dibina daripada batu pasir berwarna merah ini terletak bertentangan dengan Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Bertolak ke Casablanca untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9 - Casablanca (SP)

Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sebelum daftar keluar dan bertolak menuju ke Lapang Terbang Antarabangsa Mohammed V untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

HARI 10 – Dubai – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA-Terminal 1).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel / Riad / Khemah penginapan bertaraf 3 * sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) serta cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai muslim sepanjang lawatan.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bahia Palace dan Ait Ben Haddou
  • Jeep atau camel ride semasa menuju ke luxury camp.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM9,890RM9,290

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Hantar Itinerary
Ke WhatsApp

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

473

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you