[23 & 24 April 2024] 12H9M Jelajah Eropah Mt Titlis + Keukenhof

0
  • 12H9M
  • Max Guests : 25
  • 23 April 2024
    26 April 2024

Laluan Lawatan

LONDON – WINDSOR – BICESTER – PARIS – BRUSSELS – LISSE ZAANSE SCHANS – COLOGNE – FRANKFURT – TITISEE – RHINE FALLS – ZURICH – LUCERNE – MT TITLIS

Tarikh Pelepasan

  • 23 April 2024
    26 April 2024

Jadual Penerbangan

HARI

PESAWAT

DARI

KE

ETD

ETA

01

EK 347

K. LUMPUR

DUBAI

1920

2220

02

EK 007

DUBAI

LONDON

0230

0705

11

EK 88

ZURICH

DUBAI

1525

2345

12

EK 346

DUBAI

K. LUMPUR

0310

1425

Pakej Harga

23 & 26 April 2024

KATEGORI HARGA

BILIK SEORANG

BILIK

BERDUA

KANAK-KANAK BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

Dewasa

RM 17 790

RM 13 990

RM 13 990

RM 12 490

RM 10 090

Warga Emas

RM 17 690

RM 13 890

PROMO

RM 17 190

RM 13 390

RM 13 390

RM 11 890

RM 9 490

Warga Emas

RM 17 090

RM 13 290

Hotel Penginapan

DESTINASI

RATING

BIL MALAM

HOTEL

London

3*

2

Holiday Inn Express London Heathrow atau setaraf

Paris

3*

2

Hotel Campanile Paris Porte Bagnolet atau setaraf

Amsterdam

3*

2

Holiday Inn Express Amsterdam South atau setaraf

Frankfurt

3*

1

Holiday Inn Express Frankfurt Airport atau setaraf

Zurich

3*

2

Holiday Inn Express Zurich Airport atau setaraf

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur - Dubai (MOB)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1) untuk penerbangan ke London melalui Dubai.

Hari 2 - Bichester - London (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Heathrow, menuju ke Windsor yang terletak kira – kira 30 minit perjalanan. Photo stop di depan Windsor Castle, istana tertua dan terbesar yang telah berkhidmat sebagai rumah kepada raja dan permaisuri British selama lebih 1,000 tahun. Melihat Queen Victoria Statue yang dibina bagi meraikan Jubli Emas sebagai Ratu United Kingdom. Berjalan di Queen Charlotte Street iaitu jalan terpendek yang berukuran hanya 51 kaki dan 10 inci panjang. Masa bebas sebelum menuju ke Bichester Village yang mempunyai lebih daripada 160 butik jenama terkenal di dunia seperti Coach, Dior, Gucci, dan sebagainya. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 3 - London (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana

kediaman rasmi keluarga diraja England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran

pengawal. Berjalan melalui London City Hall suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melepasi Westminster Abbey, yang telah berkhidmat sebagai Gereja untuk pertabalan diraja dan perkahwinan, House of Parliament

yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower) iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti

Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 4 - London – Dover – Calais – Paris (SP/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri ke Calais, Perancis merentasi Selat Inggeris. Tiba di Calais, bertolak ke Paris dengan perjalanan kira-kira 4 jam 30 minit. Setibanya di Paris, tetamu akan dibawa ke restaurant untuk makan malam serta daftar masuk hotel.

Hari 5 - Paris (SP/MM)

Sarapan di hotel dan memulakan lawatan di kota metropolitan kedua terbesar di Eropah ini dengan Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower sebelum bergambar di Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m. Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum aktiviti bebas di Avenue des Champs-Elysees di mana tetamu boleh bersiar-siar di jalan yang dianggap tercantik di dunia atau membeli-belah di butik mewah seperti Louis Vuitton, Mont-Blanc dan Chanel. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 6 - Paris – Brussels – Amsterdam (SP/MM)

Selepas bersarapan, tetamu bertolak menuju ke ibu kota Belgium yang terkenal dengan coklat, Brussels dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sejurus tiba di Brussel, tetamu akan dibawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom, Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandaraya, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Selesai lawatan di Brussel, bertolak ke Amsterdam, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7 - Amsterdam – Lisse - Zaanse Schans (SP/MM)

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke Keukenhof Tulip Garden; pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk melawat taman bunga seluas 32 hektar dengan lebih daripada 7 juta bunga ditanam dengan tangan pada musim luruh hingga berbunga pada musim bunga. Terdapat pelbagai 800 tulip yang berbeza disini. Seterusnya pulang ke Amsterdam dan singgah di Fatih Mosque untuk menunaikan solat, sebelum menuju ke Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Seterusnya rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan dari zaman pertengahan. Singgah di Damrak Square di mana tetamu diberi masa bebas untuk berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua. Makan malam sebelum pulang ke hotel.

Hari 8 - Amsterdam – Cologne – Frankfurt (SP/MM)

Selepas bersarapan, tetamu berangkat ke Cologne, bandar tertua di Jerman dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit. Tiba di Cologne, tetamu akan melawat Cologne Cathedral iaitu gereja Roman Katolik dengan seni bina Gothic. Kemudian, tetamu akan dibawa menunaikan solat di masjid yang terbesar di Eropah, Cologne Central Mosque yang baru sahaja siap pada tahun 2017 sebelum bertolak ke Frankfurt. Di sana nanti, tetamu akan dibawa melawat mercu tanda popular di sekitar dataran Romerberg. Tetamu akan berpeluang untuk berfoto di The Romer iaitu dewan bandaraya yang telah wujud sejak tahun 1405 lagi dan pernah menjadi istana singgah Raja Bavaria zaman dahulukala, St. Paul Church iaitu sebuah gereja yang pernah menjadi lokasi parlimen Jerman pertama kali bersidang selepas era Perang Dunia ke-2, jambatan Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan juga Fountain of Justice, kawasan kolam air pancur yang pernah menjadi lokasi di mana Raja Bavaria menjalankan perbicaraan. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9 - Frankfurt – Titisee – Rhine Falls – Zurich (SP/MM)

Sarapan di hotel dan bertolak menuju ke Titisee yang terletak di kawasan pergunungan Black Forest. Sejurus tiba di sana, tetamu akan melawat Drubba Cuckoo Clock di mana tetamu berpeluang melihat demonstrasi proses pembuatan jam kayu ikonik ini dan juga membelinya. Selain itu, pemandangan Tasik Titisee di sini cukup indah. Bertolak ke Schaffhausen, kota di utara Switzerland untuk melawat kawasan air terjun terbesar di Eropah iaitu Rhine Falls yang setinggi 75 kaki dan dianggarkan berusia 15,000 tahun. Tetamu pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati pemandangan air terjun selebar 150m ini yang dikelilingi dengan bangunan Worth Castle dan Laufen Castle di sekitarnya. Bertolak ke Zurich, bandar terbesar di Switzerland dan makan malam sebelum daftar masuk hotel.

Hari 10 - Zurich – Mt. Titlis - Lucerne - Zurich (SP/MM)

Tetamu bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lucerne untuk melawat Chapel Bridge, jambatan kayu yang dibinapada tahun 1333 asalnya sebagai sebahagian dari tembok pertahanan kota ini. Lion Monument, ukiran tugu batu singa dan perisai melambangkan kegagahan,keberanian dan kesetiaan Swiss Army ketika zaman French Revolution. Membeli belah di butik jam terkenal iaitu Bucherer dan barangan cenderamata di Casa Grande. Kemudian, tetamu akan dibawa menuju ke

Stesen Kereta Kabel Engelberg dan menaiki Titlis Rotair yang menawarkan pemandangan 360°mengelilingi Mt. Titlis yang diliputi salji sepanjang tahun. Tetamu bebas berpeluang untuk berfoto, menaiki Cliff Walk jambatan gantung tertinggi di Eropah dan menerokai Glacier Cave yang memukau. Bertolak pulang ke Zurich untuk makan malam di restoran dan kemudian pulang ke hotel.

Hari 11 - Zurich – Dubai (SP)

Sarapan pagi di hotel dan acara bebas sebelum kembali ke Zurich. Photo stop di Zurich Opera House, salah satu rumah opera terbaik di dunia yang beroperasi sejak 1891, melihat pemandangan bandar Zurich dari Quai Bridge yang menyeberangi Sungai Limmat dan The Stadthaus Zurich (Town Hall), dewan bandar bercirikan neo-Gothic yang dibina pada akhir kurun ke-19. Acara bebas di Zurich HB dan Bahnhofstrasse iaitu jalan utama pusat bandar yang dikelilingi kedai-kedai dan butik-butik berjenama seperti Chanel, Hermès, Tiffany and Co., H&M dan lain-lain. Seterusnya bergerak menuju ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 12 - Dubai – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Canal Cruise, Keukenhof Tulip Garden dan kereta kabel Mt. Titlis (Rotair, Cliff Walk, Glacier Cave)
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Tiket masuk ke Eiffel Tower.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Coming Soon

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

410
1 travellers are considering this tour right now!

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you