- Call us 24 hours, 7 days
- 1800 18 2884
- 0102852884
SRINAGAR-SONAMARG-GULMARG-AGRA-DELHI
HARI |
PENERBANGAN |
DARI |
KE |
PERLEPASAN |
KETIBAAN |
01 |
D7 182 |
KUL |
DEL |
1915 |
2215 |
08 |
D7 183 |
DEL |
KUL |
2330 |
0730+1 |
BANDAR |
RATING |
BIL MALAM |
NAMA HOTEL |
DELHI |
4* |
2 |
HOTEL REGENT GRAND ATAU SETARAF |
SRINAGAR |
NIL |
3 |
SUPER DELUXE HOUSEBOATS |
AGRA |
3* |
1 |
HOTEL PUSHPA VILLA ATAU SETARAF |
KATEGORI |
SINGLE |
TWIN / TRIP |
CHD TWIN |
CHD WITH BED |
NORMAL |
RM 6490 |
RM 5590 |
RM 5590 |
RM 5590 |
WE NORMAL |
RM 6390 |
RM 5490 |
– |
– |
PROMO FMM9 |
RM 5990 |
RM 5090 |
RM 5090 |
RM 5090 |
PROMO WE FMM9 |
RM 5890 |
RM 4990 |
– |
– |
Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Delhi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi. Seterusnya, peserta akan bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan domestik ke Srinagar. Setibanya di Srinagar, tetamu akan dibawa ke Deluxe Houseboat dan makan tengahari. Selepas makan tengahari, nikmati pemandangan di Mughal Gardens dan seterusnya melawat ke Nishat Bagh dan Shalimar Bagh yang popular dengan pokok chenar yang berusia beribu tahun selain dari landskap bunga yang cantik menjadi kebanggaan masyarakat Kashmir. Nishat Bagh dibina oleh Asif Khan pada tahun 1632. Shalimar Bagh pula dibina oleh Maharaja Jehangir untuk isterinya Maharani Noor Jehan. Kesemua taman tersebut terletak di tebing Dal Lake yang berlatar belakangkan pergunungan Zabarwan. Seterusnya melawat Kilang Tenunan Permaidani Kashmir yang terkenal dengan pembuatan Kashmir Carpet, di mana tetamu dapat melihat kehalusan hasil buatan tangan permaidani Kashmir. Pulang ke Houseboat dan makan malam.
Sarapan pagi sebelum bertolak ke kawasan pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road yang menyambungkan antara Kashmir dan Tibet. Dengan ketinggian 2730 m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake. Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim panas. Pulang ke Houseboat dan makan malam.
Menikmati keindahan panorama yang menakjubkan di pergunungan Gulmarg yang turut dikenali sebagai Meadow of Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950m. Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya dan juga sekitar kawasan ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang tumbuh meliar ketika musim bunga dan musim panas. Selain itu, Gulmarg terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan musim sejuk. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Igloo Cafe yang terbesar di dunia, Maharani Temple yang dibina pada awal kurun ke-19 dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18. Bertolak pulang ke Houseboat untuk berehat dan makan malam.
Sarapan pagi di hotel Merasai pengalaman unik Shikara Ride menaiki sampan dari houseboat penginapan dan menyusuri sepanjang Dal Lake yang cukup luas dan mengambil foto pelbagai jenis houseboats yang unik yang terdapat di tasik ini, sambil berhenti sebentar di taman dan kebun sayur terapung. Seterusnya Menaiki penerbangan domestik menuju ke Delhi. Setibanya di Delhi, meneruskan perjalanan dengan bas persiaran menuju ke Agra. Daftar masuk hotel setelah makan malam.
Sarapan pagi pagi di hotel. Melawat ikon salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal; dibina oleh Shah Jahan sebagai lambang kebesaran cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Monumen yang dibina dengan menggunakan batu marmar putih ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan dan merupakan binaan yang paling tepat sisi geometrinya di dunia. Seterusnya, melawat Agra Fort, iaitu sebuah kota istana besar yang dibina oleh Maharaja Akhbar yang merupakan datuk kepada Shah Jahan pada tahun 1565. Kompleks istana ini dibina daripada batu pasir merah seluas 94 ekar. Tetamu dapat menyaksikan keunikan bahagian dalam bangunan yang telah diubahsuai semasa pemerintahan Shah Jahan. Istana yang asalnya dibina daripada batu pasir merah telah diubahsuai dan ditambah dengan batu marmar putih dan dihiasi batu permata. Selepas makan tengahari, meneruskan perjalanan pulang semula ke Delhi. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, tetamu akan bersiar-siar di Old Delhi; melawat India Gate yang dibina sebagai tanda peringatan dan penghormatan terhadap pengorbanan tentera India semasa peperangan Dunia. Meneruskan lawatan ke Raj Ghat: Memorial yang dibina bagi memperingati bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri Pertama India. Bersolat di Jama Masjid yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1650 merupakan masjid yang terbesar di India. Seterusnya ke Qutub Minar: Menara yang dibina di atas runtuhan kota Lal Kot pada 1199 setinggi 72.5m dan merupakan sebahagian dari kompleks masjid Quwwatul Islam. Setelah itu Lawatan panorama bas melepasi Red Fort yang dibina pada 1639 oleh Shah Jahan sebagai kota pemerintahan Empayar Mughal, President’s Palace, Parliament House, Birla Temple dan Lotus Temple. Makan malam dan selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Pakej Termasuk
Tidak Termasuk
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.