4D3N HO CHI MINH CITY COOKING HOLIDAY BERSAMA YATIE KITCHEN + SHOPPING RAYA

Ho Chi Minh City - Agricultural Village HCM Cooking School - Cu Chi Tunnel - Mekong Delta
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 1,995

Termasuk lawatan sekitar Ho Chi Minh City bersama Yatie Kitchen
Harga Normal: RM 2,195
Harga Fiesta: RM 1,995
Warga Emas: RM 1,955
Termasuk lawatan sekitar Ho Chi Minh City bersama Yatie Kitchen
Harga Normal: RM 2,195
Harga Fiesta: RM 1,995
Warga Emas: RM 1,955

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HO CHI MINH (MM)

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City. Setelah tiba di Ho Chi Minh City, tetamu akan dibawa untuk daftar masuk ke hotel dan berehat. Selepas itu tetamu akan bertolak ke restoran tempatan untuk makan malam. Pada sebelah malam tetamu bebas untuk membeli belah di Pasar Malam Ben Thanh yang menawarkan pelbagai barangan pakaian dan street food.

Hari 2HO CHI MINH – AGRICULTURAL VILLAGE- CU CHI TUNNEL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, tetamu akan dibawa ke HCM Agricultural Village- HCM Cooking School untuk sesi memasak. Sebaik sahaja tiba di sana, tetamu akan dibawa oleh Chef ke kawasan sekitar ladang dan diberi penerangan bagaimana untuk menggunakan setiap bahan yang boleh didapati di ladang dalam masakan. Kemudian tetamu akan menyertai kelas masakan dan mempelajari cara memasak 4 resepi berbeza dari chef tempatan yang berpengalaman dibantu oleh Puan Yatie sendiri. Setiap tetamu akan diberikan sijil penyertaan setelah kelas memasak selesai. Selepas makan tengah hari, tetamu akan melawat Cu Chi Tunnel, salah satu tapak peringatan bersejarah dari peperangan antara Vietnam dan Amerika Syarikat. Anda akan dapat merasai pengalaman berada di dalam terowong kecil di mana warga Vietnam berlindung semasa perang dahulu. Kembali semula ke Ho Chi Minh dan makan malam di restoran tempatan sebelum ke hotel untuk berehat.

Hari 3HO CHI MINH– MEKONG DELTA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke Mekong Delta yang terletak kira kira 2 jam dari kota Ho Chi Minh. Sepanjang perjalanan anda akan berpeluang menikmati keindahan panorama dan suasana desa. Setibanya di My Tho Mekong Delta, tetamu akan dibawa menaiki bot merentasi Sungai Mekong melintasi perkampungan nelayan, kolam penternakan ikan air tawar, dan dusun buah-buahan di tebing sungai. Anda akan mendarat di delta di tengah Sungai Mekong dan melawat kilang dan perusahaan desa seperti kilang madu lebah, gula gula kelapa, mencuba buah-buahan tempatan dan menyaksikan persembahan lagu lagu rakyat. Seterusnya, tetamu akan kembali semula ke bot dengan menaiki sampan menelusuri anak sungai. Tetamu akan dibawa kembali ke Ho Chi Minh. Masa untuk membeli belah pelbagai barangan pakaian di kilang baju kurung, jubah dan telekung; kedai barangan Kipling, Saigon Square dan Pasar Ben Thanh. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel untuk berehat.

Hari 4HO CHI MINH (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan memulakan lawatan sekitar bandar Ho Chi Minch termasuk Central Post Office yang merupakan pejabat pos pertama di seluruh Vietnam dan memaparkan senibina French Colonial yang indah. Juga singgah di Opera House untuk bergambar. Solat Zuhur di Masjid Jamia Al Muslim, sebuah masjid bersejarah di bandar Ho Chi Minch. Tetamu akan dibawa singgah sebentar di Hard Rock Café Ho Chi Minh untuk bergambar dan membeli cendera hati sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Siapa Yatie dariYatieKitchen?

Yatie Kitchen atau nama sebenarnya Nurhayati Zainol Abidin adalah seorang instafamous dimana masakannya sering mendapat perhatian ramai dan menjadi sebutan. Bermula dengan hanya 300 pengikut dalam kalangan keluarga dan rakannya, kini laman sosial instagram miliknya telah mencecah lebih 245,000 pengikut dan bukan hanya kalangan orang biasa tetapi turut meliputi kerabat diraja, golongan VVIP mahupun selebriti popular negara. Menu masakan yang dikongsi di laman Instagram miliknya adalah secara percuma sahaja.

Disebabkan minat dan passion di dalam bidang masakan, ianya menjadi inspirasi & ilham para pengikut di Instagram.

Para peserta akan diajar cara memasak oleh Puan Yatie di kelas memasak yang disediakan. Anda pastinya teruja untuk memasak dengan semua resepi dari Puan Yatie sendiri!

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

30 April 2019
FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
OD 561 KUL SGN 1425 1525
OD 562 SGN KUL 1620 1925

Tarikh

 30 April 2019
 

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Ho Chi Minh 3* Thien Tung Hotel / setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Perkhidmatan bas persiaran pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Air mineral botol untuk setiap peserta, setiap hari
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri