4H3M DA NANG

DA NANG – HOI AN – CAM THANH ECO VILLAGE - BA NA HILLS
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 1990

Termasuk ke Sunflower Festival di Lopburi!
Harga Normal: RM 2390
Dewasa: RM 1990
Warga Emas: RM 1950
Termasuk ke Sunflower Festival di Lopburi!
Harga Normal: RM 2390
Dewasa: RM 1990
Warga Emas: RM 1950

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – DA NANG – HOI AN (MT/MM)

Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Danang. Dijemput oleh pemandu pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Danang. Seterusnya tetamu dibawa ke restoran halal tempatan untuk menikmati makan tengahari sebelum ke Marble Mountain iaitu gunung batu kapur terletak di selatan danang. Disini anda boleh menyaksikan keindahan batu kapur yang terbentuk secara semulajadi serta struktur pagoda misteri yang banyak terdapat didalam gua tersebut. Bertolak ke kota lama Hoi An untuk melihat secara lalu cara kehidupan masyarakat disana. Melawat rumah bekas pedagang zaman dahulukala, Japanese Bridge yang berusia 400 tahun dan Chinese Communal Hall. Membeli belah di pasar tradisional untuk kraftangan buatan tempatan seperti sutera,makanan dan cenderamata. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 2HOI AN - CAM THANH ECO VILLAGE – DA NANG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Perkampungan Eco Cam Thanh atau lebih dikenali Mekong River Hoian. Setibanya disana anda dapat menaiki local boat seperti bentuk bola menuju ke Bay Mau Coconut Palm Forest untuk melihat kehidupan masyarakat disana dan menikmati udara yang segar serta langskap yang indah. Bertolak semula ke Danang untuk makan tengahari dan meneruskan lawatan ke Han River Bridge, Dragon Bridge dan Thuan Phuoc Bridge. Photo stop di Love Bridge berlatar belakang Carp – Turn – Dragon Statue. Membeli belah di Han Market iaitu pasar tertutup yang menjual segala barang kelengkapan dari pakaian,makanan,kain serta banyak lagi. Makan malam di restaurant halal tempatan sebelum daftar masuk hotel.

Hari 3DA NANG – BA NA HILLS – DA NANG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Bana Hills yang jarak perjalanan mengambil masa sekitar 1jam 30minit. Untuk menuju ke puncak, tetamu akan menaiki kereta kabel setinggi 5000 kaki dari aras laut. Anda akan dibawa melawat ke Golden Bridge iaitu jambatan struktur tangan gergasi berukuran 150 meter panjang merupakan tarikan utama di Bana Hill sejak dibuka pada June 2018. Seterusnya ke taman bunga Le Jardin D’Amour berkonsepkan European style dan juga Linh Ung Pagoda. Anda berpeluang mencuba permainan Alpine Coaster dan menyelusuri jalan lama French Village bagi merasai pengalaman berada di luar negara. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum melawat Fantasy Park iaitu taman tema tertutup ketiga terbesar di dunia. Bertolak balik ke Da Nang melalui peninsula Son Tra dan singgah sebentar di Pantai My Khe untuk menikmati pemandangan pantai yang cantik. Makan malam di restoran sebelum berehat di hotel.

Hari 4DANANG – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Mempunyai masa lapang untuk membeli – belah sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 1990 RM 2290 RM 1890 RM 1790 RM 1490
Warga Emas RM 1950 RM 2250

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

OD 502

K.LUMPUR

DANANG

0935

1110

04

OD 503

DANANG

K.LUMPUR

1210

1600

Tarikh

10 Sep 2020

Hotel

BANDAR

RATING

BIL.MALAM

NAMA HOTEL

Hoi An

3*

1

Hotel Pearl River atau setaraf

Da Nang

3*

2

Hotel Seafront atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri

Hubungi kami sekarang