4H3M HO CHI MINH

HO CHI MINH – CU CHI TUNNEL – MEKONG DELTA
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 1490

Meneroka sekitar bandar Saigon.
Harga Normal: RM 1890
Dewasa: RM 1490
Warga Emas: RM 1450
Meneroka sekitar bandar Saigon.
Harga Normal: RM 1890
Dewasa: RM 1490
Warga Emas: RM 1450

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HO CHI MINH (MM)

Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Ho Chi Minh (Saigon). Dijemput oleh pemandu pelancong di lapangan terbang Tan Son Nhat. Tetamu akan dibawa bergambar di hadapan Saigon Central Post Ofice, Notre Dame Cathedral, Opera House, Comittee Hall dan Hard Rock Café untuk membeli cenderamata. Tetamu juga akan dibawa ke Mai Collection shop dan Kedai Hawa untuk membeli belah tudung,telekung,jubah serta baju kurung pada harga yang sangat murah. Tidak lupa juga kedai cendaramata untuk dibawa pulang. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel.

Hari 2HO CHI MINH – MEKONG DELTA- SHOPPING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke bandar My Tho. Sepanjang perjalanan ke My Tho,anda dapat menyaksikan kehidupan di luar bandar Ho Chi Minh dan juga keindahan sawah padi di sekitarnya. Tiba di bandar My Tho, menaiki bot untuk ke Sungai Mekong dan setibanya disana, menikmati buah-buahan segar sambil diiringi alunan lagu-lagu tradisional rakyat. Melawat kehidupan orang tempatan, tawar menawar di kedai-kedai kraftangan tempatan. Berpeluang untuk menaiki sampan menyusuri sungai Mekong. Makan tengahari di restoran tempatan dan sembahyang di Mekong Masjid. Bertolak pulang ke Saigon. Mempunyai masa lapang untuk membeli-belah di Tina dan Dany Factory. Makan malam di restoran tempatan dan dibawa pulang ke hotel.

Hari 3HO CHI MINH – CU CHI TUNNEL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Cu Chi. Melawat Cu Chi Tunnel yang dianggap sebagai simbol keberanian rakyat Vietnam semasa Perang Amerika – Vietnam. Rangkaian terowong ini yang lebih 200km panjang mempunyai beberapa tingkat dan dilengkapi perangkap. Ia dibina dengan ruang tamu, dapur, hospital, ruang penyimpanan senjata dan pusat pertempuran. Seterusnya meneroka beberapa terowong yang masih kukuh dan masih mempunyai bukti tentang pertempuran yang pernah berlaku di sini. Makan tengahari di restoran tempatan dan bertolak pulang ke Saigon untuk melawat Ar-Rahim Mosque yang dibina pada tahun 1885 oleh masyarakat muslim disana. Seterusnya tetamu di beri masa bebas membeli belah di Ben Thanh Market yang menjadi simbol bandar utama Ho Chi Minh dimana ianya merupakan salah satu pasar yang terbesar disana dan makan malam di restoran tempatan. Berehat di hotel.

Hari 4HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Mempunyai masa lapang untuk membeli – belah sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 1490 RM 1790 RM 1390 RM 1390 RM 1190
Warga Emas RM 1450 RM 1750

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

OD 561

K.LUMPUR

SAIGON

1425

1525

04

OD 562

SAIGON

K.LUMPUR

1620

1925

Tarikh

27 AUG 2020 | 16 SEP 2020

Hotel

BANDAR

BIL.MALAM

RATING

NAMA HOTEL

Saigon

3

3*

Aluna Hotel atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 3 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri

Hubungi kami sekarang