4H3M Melaka – Johor

Kuala Lumpur – Alor Gajah – Bandar Hilir – Ayer Hitam - Johor Bahru - Desaru - Kota Tinggi - Johor Bahru - Kuala Lumpur
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 640

Jelajah Seluruh Selatan Tanah Air
Harga Normal: RM 700
Dewasa: RM 640
Warga Emas: RM 600
Jelajah Seluruh Selatan Tanah Air
Harga Normal: RM 700
Dewasa: RM 640
Warga Emas: RM 600

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Pengangkutan

Bas Persiaran

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur – Alor Gajah (110km) – Bandar Hilir (35km) (MT)

Berkumpul di TBS untuk taklimat dan bertolak ke Bandar Melaka pada jam 8am. Berhenti di destinasi pertama iaitu di Freeport A’Famosa Outlet untuk beli belah. Meneruskan perjalanan ke Rumah Asam Pedas Melaka untuk menikmati juadah yang sinonim dengan Melaka iaitu Asam Pedas. Daftar masuk hotel untuk solat dan berehat. Waktu bebas di Menara Taming Sari, Kota A’Famosa, Jonker Street dan Dataran Pahlawan. Menaiki Melaka River Cruise. Anda akan melalui beberapa lokasi dan bangunan bersejarah sepanjang cruise ini termasuklah Red BUilding, Stadhuys, Eye On Melaka, Kampung Hulu Mosque, Jambatan Tan Kim Seng, dan Jambatan Kg Jawa. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 2Melaka – Ayer Hitam (130km) - Johor (SP)

Sarapan pagi dan datar keluar dari hotel. Bertolak ke Melaka Straits Mosque untuk bergambar. Masjid ini yang terletak di atas pulau buatan manusia dibina di atas Selat Melaka dan telah siap dibina pada tahun 2006. Ia kelihatan seperti terapung di atas laut juga mempunyai menara masjid yang juga berfungsi sebagai rumah api.
Meneruskan perjalanan ke Ayer Hitam, pekan seramik yang terletak di daerah Yong Peng. Di sini tetamu boleh membeli belah pelbagai produk seramik dan cenderahati lain. Selepas itu perjalanan diteruskan ke Pontian untuk melawat Taman Negara Tanjung Piai. Terokai hutan paya bakau antara yang terbesar di Malaysia. Juga terletak di sini ialah penghujung tanah besar Asia. Di sini anda boleh bergambar dengan mercu tanda Southermost Tip of Asia yang juga merupakan satu satunya lokasi di mana anda boleh melihat negara Singapura dan Indonesia dari tanah Malaysia. Melawat kampung nelayan Pulau Kukup untuk melihat cara hidup dan suasana perkampungan nelayan di sini. Bertolak ke Johor Bahru dan daftar masuk ke hotel. Makan malam dan waktu bebas untuk membeli belah dan bersiar siar di sekitar Bazar Karat yang terkenal dengan pelbagai barangan rare dan antik.

Hari 3Johor Bahru - Desaru - Kota Tinggi - Johor Bahru (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Desaru, kawasan peranginan mewah dan indah yang terletak di pantai timur negeri Johor. Melawat Desaru Fruit Farm, satu kawasan ladang buah-buahan tempatan berkeluasan 100 ekar dan sertai Fruit Farm Tour yang akan membawa anda ke Taman Herba, kebun sayur-sayuran, galeri agrikultur dan petting zoo. Makan tengah hari di Desaru Fruit Farm dan menjamah buah buahan segar hasil tanaman di ladang.
Singgah bersolat di Masjid Bandar As-Syifa Bandar Penawar sebelum ke Desaru Ostrich Farm, ladang burung unta terbesar di Malaysia. Selepas itu kembali ke Johor Bahru. Singgah di Kg Senibong yang terletak di tebing Selat Tebrau yang memisahkan SIngapura dan Johor/Malaysia. Anda boleh merasai angin sepoi sepoi bahasa sambil menikmati makan malam makanan laut di beberapa restoran di sini.

Hari 4Johor – K.Lumpur (390km) (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Melawat Kota Iskandar, bandar pentadbiran baru kerajaan negeri Johor. Seluruh kawasan ini direka dengan gabungan senibina Istana Alhambra di Granada dan Senibina Melayu Johor. Waktu bebas untuk bergambar di sekitar bandar ini termasuk di beberapa bangunan ikonik di sini seperti Sultan Ismail Building, Dato ’Jaafar Muhammad Building, and Kota Iskandar State Mosque.
Selepas itu bertolak ke Johor Premium Outlet untuk membeli belah di gedung beli belah designer yang pertama di Malaysia selama 2-3 jam. Kemudian bertolak pulang ke Kuala

Harga Pakej

Tarikh

8 Okt 2020
15 Okt 2020
22 Okt 2020
29 Okt 2020

Hotel

LOKASI

NAMA HOTEL

Bandar Melaka

The Pines Melaka

Johor Bahru

Hotel Seri Malaysia Johor Bahru

 

Pakej Termasuk

  • Lawatan seperti aturcara
  • Penginapan di hotel seperti aturcara
  • Makanan seperti aturcara
  • Pengangkutan menggunakan bas persiaran dengan guide
  • Tour Leader berpengalaman dari selamatbercuti.com

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping kepada pemandu & pemandu pelancong
  • Lawatan tambahan/alternatif
  • Makanan selain daripada tertera dalam aturcara
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj late check out
Peta Perjalanan

Galeri