4H3M Sabah + Semporna + Mabul

0
  • 4H3M
  • Max Guests : 25
  • 14 Sept 2023

Laluan Lawatan

TAWAU, SEMPORNA + PULAU MABUL & PULAU MATAKING

Pakej Sabah Semporna Mabul ini merangkumi 2 malam hotel yang berbeza iaitu di Semporna & Pulau Mabul

Tarikh Pelepasan

  • 14 Sept 2023

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

MH 2660

KUL

TWU

0730

1020

MH 2665

TWU

KUL

1810

2100

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

BIL MALAM

Semporna

3*

Sipadan Inn atau setaraf

1

Mabul

3*

Amina Resort / Seahorse Resort atau setaraf

2

Harga Pakej

KATEGORI

SINGLE

TWIN / TRIP

CHD TWIN

CHD WITH BED

CHD NO BED

PROMO

RM 2300

RM 1830

RM 1830

RM 1830

RM 1300

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Tawau – Semporna

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Tawau. Dijemput oleh pemandu pelancong dan tetamu akan dibawa ke Semporna (1 jam 30 minit). Selepas itu makan tengah hari di restoran dan daftar masuk hotel di Semporna. Akitiviti bebas atau optional aktiviti (Seawaking, sunset at Parapat atau Parasailing). Makan malam di restoran Semporna dan aktiviti bebas. Bermalam di Semporna. 

Hari 2 - Semporna – Bohey Dulang – Mataking (MT/MM)

Sarapan pagi (persendirian). Mulakan hari yang indah dengan bertolak ke jeti. Menaiki bot lebih kurang 30 minit ke Pulau Bohey Dulang. Selepas itu makan tengahari di Pulau Mataking. Seterusnya menikmati pulau berenang, snorkeling atau berjemur di Pulau Timba – Timba. Bertolak ke hotel dan rehat. Makan malam di restoran dan melakukan aktiviti bebas. Bermalam di Semporna.

Hari 3 - Pulau Mabul – Kapalai – Mabul Sandro (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke jeti dan menaiki bot lebih kurang 30 minit ke Pulau Mabul. Menikmati pulau berenang, snoorkeling atau berjemur di Kapalai dan Mabul Sandro. Selepas itu balik semula ke resort untuk makan tengahari di resort dan rehat. Seterusnya lawatan ke Water Bungalow untuk bergambar (OOTD) dan menikmati matahari terbenam. Makan malam di resort dan melakukan aktiviti Kugiran (Busking). Bermalam di Pulau Mabul.

Hari 4 - Pulau Mabul – Semporna – Tawau - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi di resort. Kemudian daftar keluar dari resort dan bertolak ke jeti Mabul ke Semporna. Selepas itu, membeli belah survenir di Pekan Semporna. Bertolak ke Semporna ke pekan Tawau dan makan tengahari di restoran. Berlepas ke lapangan, penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Sarapan pagi di hotel sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara Pakej Sabah Semporna Mabul
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Peralatan Snorkeling, bayaran permit dan jeti.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
  • Kos bahagian korban
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM1,830

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

236

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you