4H3M Perak & Penang

Kuala Lumpur - Perak - Pulau Pinang
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 520

Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 520
Dewasa: RM 520
Warga Emas: RM
Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 520
Dewasa: RM 520
Warga Emas: RM

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Pengangkutan

Bas Persiaran

Aturcara

Hari 1KL – Sungkai (130km) – Gopeng (75km) – Ipoh (30km) (MT)

Berkumpul di TBS untuk taklimat daripada wakil syarikat sebelum memulakan perjalanan ke Utara. Singgah di destinasi pertama di Sungai Klah Hot Spring di Sungkai. Waktu bebas untuk beriadah dan berehat di sini. Makan tengah hari di Nasi Bamboo untuk merasai sendiri keunikan nasi yang dimasak di dalam buluh dengan daun lirik.
Selepas itu bertolak ke Gua Tempurung untuk melawat Gua Tempurung yang merupakan antara gua terpanjang di semenanjung Malaysia. Terokai Gua Tempurung dengan dibawa oleh pemandu pelancong yang berpengalaman.
Bertolak ke bandar Ipoh untuk daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan. Waktu malam bebas untuk menerokai sendiri Bandaraya Ipoh

Hari 2Ipoh – K.Castle (20km) – K.Kangsar (65km) – Penang (100km) (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel. Bertolak ke Kellie’s Castle, salah satu tarikan utama pelancong ke Ipoh. Ia merupakan lokasi penggambaran filem Hollywood Anna & The King pada tahun 1999. Nama Kellie’s Castle ialah bersempena nama pemilik asal istana ini iaitu William Kellie-Smith, seorang rakyat Scotland yang pernah menetap di Perak.Selepas itu bertolak ke Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak. Di sini, kita akan melawat pusat pembuatan seramik labu sayong, ikon negeri Perak. Di sini tetamu boleh membeli pelbagai produk seramik termasuklah labu sayong untuk dijadikan cenderamata.
Singgah bersolat di Masjid Dirajah Ubudiah. Masjid ini merupakan antara masjid yang tercantik di Malaysia dan siap dibina pada tahun 1917. Makan tengah hari di Kuali Kuale yang menghidangkan pelbagai masakan kampung.
Bertolak ke Pulau Pinang dan terus ke Design Village Outlet. Waktu bebas untuk membeli belah di designer outlet yang terbesar di Malaysia ini selama 2 jam.
Makan malam dan daftar masuk ke hotel.

Hari 3Full day in Penang (SP)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat Bukit Bendera dengan menaiki kereta api funikular yang tertua di Malaysia. Terokai sekitar puncak Bukit Bendera (Penang Hill) dan lihat panorama 180 darjah bandar Georgetown dari puncak bukit.
Makan tengah hari dan waktu bebas di Pasar Chowrasta.
Solat di Masjid Kapitan Keling dan waktu bebas di Jalan Masjid Kapitan Keling. Masjid ini merupakan sebuah masjid yang dibina oleh komuniti India Muslim pada abad ke-19.
Selepas itu bertolak ke Padang Kota Lama untuk bersantai sambil menikmati suasana petang. DI sini anda boleh bergambar di Kota Cornwallis, Muzium Kamera, Penang Peranakan Mansion, Penang 3D Art Museum serta mencuba pelbagai makanan Penang.
Kembali ke hotel dan berehat.

Hari 4Penang – K.Lumpur (390km) (SP)

Sarapan pagi di hotel dan waktu bebas. Daftar keluar dan bertolak kembali ke Kuala Lumpur. Singgah di RnR Sungai Perak untuk membeli pelbagai jenis buah buahan sebagai snek dalam perjalanan. Tiba di Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Tarikh

8 Okt 2020
15 Okt 2020
22 Okt 2020
29 Okt 2020

Hotel

LOKASI

NAMA HOTEL

Ipoh

Hotel Seri Malaysia Ipoh

Pulau Pinang

Hotel Seri Malaysia Bayan Lepas

Pakej Termasuk

  • Lawatan seperti aturcara
  • Penginapan di hotel seperti aturcara
  • Makanan seperti aturcara
  • Pengangkutan menggunakan bas persiaran dengan guide
  • Tour Leader berpengalaman dari selamatbercuti.com

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping kepada pemandu & pemandu pelancong
  • Lawatan tambahan/alternatif
  • Makanan selain daripada tertera dalam aturcara
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj late check out
Peta Perjalanan

Galeri