5H3M Cameron Highland & Kelantan

Kuala Lumpur - Cameron Highland (Pahang) - Kelantan
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 630

Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 630
Dewasa: RM
Warga Emas: RM
Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 630
Dewasa: RM
Warga Emas: RM

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Pengangkutan

Bas Persiaran

Aturcara

Hari 1KL – Cameron Highland (MM)

Berkumpul di TBS untuk taklimat daripada wakil syarikat sebelum memulakan perjalanan ke Utara. Singgah di destinasi pertama di Sungai Klah Hot Spring di Sungkai. Waktu bebas untuk beriadah dan berehat di sini. Makan tengah hari di Nasi Bamboo untuk merasai sendiri keunikan nasi yang dimasak di dalam buluh dengan daun lirik.
Selepas itu bertolak ke Gua Tempurung untuk melawat Gua Tempurung yang merupakan antara gua terpanjang di semenanjung Malaysia. Terokai Gua Tempurung dengan dibawa oleh pemandu pelancong yang berpengalaman.
Bertolak ke bandar Ipoh untuk daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan. Waktu malam bebas untuk menerokai sendiri Bandaraya Ipoh

Hari 2Cameron - Lojing - Kota Bharu (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Beli belah di pasar pagi Cameron Highland sebelum bertolak ke Kelantan melalui Tanah Tinggi Lojing. Berhenti untuk solat dan makan tengah hari di Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Machang. Singgah seketika di Kolam Air Panas Tok Bok untuk menghilangkan rasa penat dan keletihan sepanjang perjalanan. Selepas solat Asar, perjalanan diteruskan ke Kota Bharu, singgah sebentar di Masjid Kg Laut yang merupakan masjid yang tertua di Malaysia. Masjid ini kini ditempatkan di Nilampuri.
Bertolak ke Min House Camp untuk makan malam dan solat Maghrib sebelum tetamu dibawa ke Lawatan Kelip Kelip di Sungai Kg Pulau. Lokasi ini merupakan salah satu tarikan utama di Min House Camp.
Selepas selesai kembali ke hotel untuk berehat.

Hari 3Full day in Kota Bharu - Tumpat (SP)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan dengan melawat Pasar Terapung Pulau Suri, tempat lawatan unik dan terbaru di Kelantan. Di sini tetamu akan dibawa melihat dan melawat para peniaga menjual pelbagai produk makanan dari atas sampan kecil kepada pengunjung.
Selepas itu, tetamu akan dibawa ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur. Di sini waktu bebas akan diberikan kepada anda untuk membeli belah pelbagai jenis product rumah (household) pada harga yang sangat berpatutan.
Dari Pengkalan Kubur, tetamu akan dibawa melawat beberapa tempat menarik di Tumpat. Singgah sebentar di Kampung Laut untuk melawat beberapa lokasi industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan seperti pusat pembuatan serunding dan dodol. Kembali ke hotel untuk berehat. Waktu bebas untuk beli belah di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.

Hari 4Kota Bharu - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel. Tetamu akan dibawa ke pusat bandar Kota Bharu. Waktu bebas untuk membeli belah di Bazar Tok Guru, Pasar Besar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu. Berpeluang mengambil gambar di lokasi ikonik di Kota Sultan Ismail Petra dan Istana Jahar.
Makan tengah hari Nasi Ulam Cikgu di Kg Kraftangan dan bersolat di Masjid Muhammadi, salah satu masjid paling cantik di Kelantan. Bertolak ke Kuala Lumpur .

Harga Pakej

Tarikh

8 Okt 2020
15 Okt 2020
22 Okt 2020
29 Okt 2020

Hotel

LOKASI

NAMA HOTEL

Cameron Highland

Rosa Passadena Hotel

Kota Bharu

H Elite Design Hotel

Pakej Termasuk

  • Lawatan seperti aturcara
  • Penginapan di hotel seperti aturcara
  • Makanan seperti aturcara
  • Pengangkutan menggunakan bas persiaran dengan guide
  • Tour Leader berpengalaman dari selamatbercuti.com

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping kepada pemandu & pemandu pelancong
  • Lawatan tambahan/alternatif
  • Makanan selain daripada tertera dalam aturcara
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj late check out
Peta Perjalanan

Galeri