5H3M Kelantan & Terengganu + Shopping

Kuala Lumpur - Kelantan - Terengganu
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 630

Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 630
Dewasa: RM
Warga Emas: RM
Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 630
Dewasa: RM
Warga Emas: RM

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Pengangkutan

Bas Persiaran

Aturcara

Hari 1KL – Kota Bharu (SP/MM)

Berkumpul di TBS untuk taklimat daripada wakil syarikat sebelum memulakan perjalanan ke Kota Bharu (bas malam). Tiba di Kubang Kerian, Kelantan dan solat di Masjid Kg Pulau. Tetamu dibawa ke Min House Camp untuk sarapan pagi. Lawatan di Kelantan dimulakan dengan lawatan membeli belah di sekitar bandar Kota Bharu. Anda akan dibawa melawat ke Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru dan Bazar Buluh Kubu. Waktu bebas untuk tetamu membeli belah pelbagai jenis cenderahati, makanan tradisi dan sebagainya di lokasi tersebut. Kemudian, untuk makan tengah hari tetamu akan dibawa ke Nasi Ulam Cikgu di Kg Kraftangan. Solat Zuhur di Masjid Muhammadi sebelum bertolak ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur. Di sini waktu bebas akan diberikan kepada anda untuk membeli belah pelbagai jenis product rumah (household) pada harga yang sangat berpatutan.Dari Pengkalan Kubur, tetamu akan dibawa melawat beberapa tempat menarik di Tumpat. Singgah sebentar di Kampung Laut untuk melawat beberapa lokasi industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan seperti pusat pembuatan serunding dan dodol. Bertolak ke Min House Camp untuk makan malam dan solat Maghrib sebelum tetamu dibawa ke Lawatan Kelip Kelip di Sungai Kg Pulau. Lokasi ini merupakan salah satu tarikan utama di Min House Camp.

Hari 2Kota Bharu - Kuala Terengganu (SP)

Sarapan pagi dan waktu bebas di Min House Camp untuk pelbagai aktiviti riadah seperti kayak, memanah, lawatan organik farm (caj tambahan dikenakan). Daftar keluar dan melawat kawasan Rumah Api Pantai Senok. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok rhu menjadikan ia kelihatan seperti Nami Island di Korea Selatan. Lawatan akan diteruskan ke negeri Terengganu melalui Tok Bali. Singgah di Besut untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui Jalan Pantai.
Di sepanjang laluan ini tetamu akan dihidangkan dengan pemandangan Laut China Selatan dengan kampung nelayan sepanjang perjalanan. Singgah di Pantai Penarik untuk anda merasai pelbagai hasil tangkapan laut yang segar, digoreng dengan tempura seperti ikan celup tepung (ICT), sotong celup tepung dan udang celup tepung. Setibanya di Kuala Terengganu, tetamu akan melawat Manang Songket untuk membeli songket dan melihat bagaimana songket ditenun. Daftar masuk hotel dan waktu bebas untuk meneroka Kuala Terengganu pada waktu malam.

Hari 3Kuala Terengganu (SP)

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Taman Tamadun Islam untuk melawat tempat tarikan dan replika bangunan ikonik islam di dalam TTI. Menikmati River Cruise TTI menikmati pemandangan pesisir Sungai Terengganu. Solat Zuhur di Masjid Kristal, satu satunya masjid yang hanya dibina dari hanya kaca dan steel yang menjadikan ia kelihatan seperti kristal yang berkilauan,. Makan tengah hari di B’Beteng Restoran di dalam TTI.
Lawatan diteruskan ke Wanisma Craft untuk mendalami seni membuat barangan tembaga serta membeli cendera mata di sana pada harga yang berpatutan. Selepas itu, tetamu akan dibawa ke Muzium Negeri Terengganu yang merupakan muzium yang terbesar di Malaysia. Mengunakan senibina rumah tradisional Melayu, Muzium Negeri Terengganu menempatkan Batu Bersurat yang menjadi simbol awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Selepas itu, waktu bebas di Chinatown Terengganu di mana terletaknya Teck Soon Heritage House, rumah bersenibina Cina Peranakan yang sangat indah untuk dijadikan tempat bergambar mengabadikan kenangan lawatan ke Terengganu. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 4Terengganu - Kuala Lumpur (SP)

Harga Pakej

Tarikh

8 Okt 2020
15 Okt 2020
22 Okt 2020
29 Okt 2020

Hotel

LOKASI

NAMA HOTEL

Kota Bharu

H Elite Design Hotel

Kuala Terengganu

Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

Pakej Termasuk

  • Lawatan seperti aturcara
  • Penginapan di hotel seperti aturcara
  • Makanan seperti aturcara
  • Pengangkutan menggunakan bas persiaran dengan guide
  • Tour Leader berpengalaman dari selamatbercuti.com

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping kepada pemandu & pemandu pelancong
  • Lawatan tambahan/alternatif
  • Makanan selain daripada tertera dalam aturcara
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj late check out
Peta Perjalanan

Galeri