5H3M Terengganu & Pahang + Pulau Kapas

Kuala Lumpur - Terengganu - Pahang
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 570

Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 570
Dewasa: RM
Warga Emas: RM
Jelajah Seluruh Pantai Barat Semenanjung
Harga Normal: RM 570
Dewasa: RM
Warga Emas: RM

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Pengangkutan

Bas Persiaran

Aturcara

Hari 1KL – Terengganu (MT)

Berkumpul di TBS untuk taklimat. Bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu. Tiba di Kuala Terengganu dan singgah di masjid untuk solat Subuh dan menyegarkan badan. Sarapan pagi di sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum memulakan lawatan.
Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Taman Tamadun Islam untuk melawat tempat tarikan dan replika bangunan ikonik islam di dalam TTI. Menikmati River Cruise TTI menikmati pemandangan pesisir Sungai Terengganu. Solat ZUhur di Masjid Kristal, satu satunya masjid yang hanya dibina dari hanya kaca dan steel yang menjadikan ia kelihatan seperti kristal yang berkilauan,. Makan tengah hari di B’Beteng Restoran di dalam TTI.
Lawatan diteruskan ke Wanisma Craft untuk mendalami seni membuat barangan tembaga serta membeli cendera mata di sana pada harga yang berpatutan. Selepas itu, tetamu akan dibawa ke Muzium Negeri Terengganu yang merupakan muzium yang terbesar di Malaysia. Mengunakan senibina rumah tradisional Melayu, Muzium Negeri Terengganu menempatkan Batu Bersurat yang menjadi simbol awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Selepas itu, waktu bebas di Chinatown Terengganu di mana terletaknya Teck Soon Heritage House, rumah bersenibina Cina Peranakan yang sangat indah untuk dijadikan tempat bergambar mengabadikan kenangan lawatan ke Terengganu. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 2Full Day Kuala Terengganu (SP)

Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan di sekitar Kuala Terengganu. Destinasi pertama lawatan ialah di Pasar Payang. Di sini terdapat pelbagai jenis produk tekstil, kraftangan dan makanan dijual. Selepas itu, kami bawakan pula anda ke Noor Arfa Craft Complex untuk melihat sendiri seni mencanting batik Malaysia berbanding batik dari negara lain. Koleksi batik eksklusif juga boleh dibeli di sini. Solat Zuhur di Masjid Tg Zaharah atau lebih dikenali sebagai masjid terapung. Masjid ini dibina di kawasan tasik menjadikan bangunan ini kelihatan terapung di atas air dari sudut yang tertentu.
Selepas makan tengah hari, lawatan akan diteruskan pula ke Manang Songket untuk menyelami sendiri seni menenun songket secara tradisional melalui demo oleh pengusaha songket tempatan. Makan malam di Taman Selera Tanjung berlatarbelakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Kembali ke hotel untuk berehat. Waktu bebas untuk meneroka sendiri bandar Kuala Terengganu pada waktu malam.

Hari 3Pulau Kapas (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Perjalanan diteruskan ke Kuantan melalu jalan pantai. Singgah di Dr Zaki’s Villa untuk berehat dan lawatan ke Pulau Kapas menaiki private boat. Waktu bebas di Pulau Kapas (lawatan separuh hari). Sekembalinya dari Pulau Kapas, perjalanan diteruskan ke Kuantan melalui Cherating. Melawat Cherating Turtle Sanctuary serta menikmati pemandangan indah di Pantai Cherating. Perjalanan diteruskan ke Kuantan untuk bermalam. Selepas daftar masuk di hotel, tetamu akan dibawa ke Restoran Ikan Bakar Tanjung Lumpur untuk menikmati makan malam.

Hari 4Terengganu - Kuala Lumpur (SP/MT)

Daftar keluar dari hotel selepas sarapan pagi. Lawatan di Kuantan dimulakan dengan kunjungan ke Natural Batik Village. Di sini anda berpeluang melihat proses mencanting batik menggunakan teknik tradisi. Sekiranya berkesempatan anda juga boleh mencuba untuk menggunakan alat mencanting. Selepas itu tetamu akan dibawa menaiki Kuantan RIver Cruise. Sepanjang cruise, anda akan dibawa ke pesisir Sg Kuantan melihat kawasan bakau dan pelbagai landskap semulajadi yang lain. Selepas itu, tetamu akan dibawa ke restoran Ana Patin House untuk makan tengah hari. Selepas solat Zuhur, singgah sebentar di Tenun Diraja Kg Soi untuk mempelajari dan membeli produk tenunan diraja Pahang.
Memulakan perjalan kembali ke Kuala Lumpur sebelum singgah di Temerloh untuk makan malam.

Harga Pakej

Tarikh

8 Okt 2020
15 Okt 2020
22 Okt 2020
29 Okt 2020

Hotel

LOKASI

NAMA HOTEL

Kuala Terengganu

Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

Kuantan

Hotel Seri Malaysia Kuantan

Pakej Termasuk

  • Lawatan seperti aturcara
  • Penginapan di hotel seperti aturcara
  • Makanan seperti aturcara
  • Pengangkutan menggunakan bas persiaran dengan guide
  • Tour Leader berpengalaman dari selamatbercuti.com

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping kepada pemandu & pemandu pelancong
  • Lawatan tambahan/alternatif
  • Makanan selain daripada tertera dalam aturcara
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj late check out
Peta Perjalanan

Galeri