- Call us 24 hours, 7 days
- 1800 18 2884
- 0102852884
HANOI – SAPA – GUNUNG FANSIPAN – CAT CAT VILLAGE
Hari |
Penerbangan |
Dari |
Ke |
Perlepasan |
Ketibaan |
01 |
AK 512 |
K. LUMPUR |
HANOI |
1205 |
1420 |
05 |
AK 513 |
HANOI |
K. LUMPUR |
1450 |
1910 |
Hari |
Penerbangan |
Dari |
Ke |
Perlepasan |
Ketibaan |
01 |
MH 752 |
K. LUMPUR |
HANOI |
0930 |
1200 |
05 |
MH 753 |
HANOI |
K. LUMPUR |
1300 |
1740 |
DESTINASI |
RATING |
BIL. MALAM |
NAMA HOTEL |
Hanoi |
3* |
2 |
Hotel First Eden atau setaraf |
Sapa |
3* |
2 |
Hotel La Casa Sapa atau setaraf |
22 Nov 2023 (Air Asia)
KATEGORI HARGA |
BILIK SEORANG |
BILIK BERDUA |
KANAK- KANAK BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BERKATIL |
KANAK- KANAK TANPA KATIL |
DEWASA |
RM 3690 |
RM 3290 |
RM 3290 |
RM 2890 |
RM 2490 |
WARGA EMAS |
RM 3540 |
RM 3240 |
– |
– |
– |
FIESTA |
RM 3290 |
RM 2990 |
RM 2990 |
RM 2740 |
RM 2340 |
WARGA EMAS |
RM 3240 |
RM 2940 |
– |
– |
– |
25 Jan 2024 (MAS)
KATEGORI HARGA |
BILIK SEORANG |
BILIK BERDUA |
KANAK- KANAK BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BERKATIL |
KANAK- KANAK TANPA KATIL |
DEWASA |
RM 3590 |
RM 3190 |
RM 3190 |
RM 2790 |
RM 2490 |
WARGA EMAS |
RM 3540 |
RM 3140 |
– |
– |
– |
FIESTA |
RM 3290 |
RM 2890 |
RM 2890 |
RM 2640 |
RM 2340 |
WARGA EMAS |
RM 3240 |
RM 2840 |
– |
– |
– |
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang No Bai, Hanoi. Dijemput oleh pemandu pelancong dan tetamu akan dibawa ke pusat bandar untuk memulakan lawatan dengan bersiar-siar sekitar Hanoi Old Quarter termasuk Tasik Hoan Kiem, Huc Bridge dan menyelusuri 36 streets yang pesat. Singgah sebentar di St Joseph`s Cathedral, gereja tertua di bandar ini yang dibina oleh pemerintah colonial perancis pada tahun 1886. Selepas itu ke Hanoi Train Street iaitu landasan kereta api berusia ratusan tahun yang melintasi tengah-tengah bandar lama Hanoi. Makan malam di restoran halal dan daftar masuk hotel dan tetamu bebas menerokai Old Quarter dan kehidupan malam Hanoi (perbelanjaan sendiri).
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Sapa melalui Lebuhraya Noi Bai – Lao Chai yang mengambil masa sekurang kurangnya 5-6 jam. Di sepanjang perjalanan, anda akan menikmati keindahan pergunungan dan kawasan perkampungan yang sentiasa diselubungi dengan kabus tebal. Setibanya di Sapa, makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas itu bergerak ke Lao Chai Village menyelusuri pemandangan lembah Muong Hoa dan persekitaran pergunungan serta sawah padi yang meluas dapat dilihat dari jalan ini. Di sepanjang perjalanan, pelbagai kumpulan etnik seperti H’mong, Zay dan Red Dao akan ditemui menjual barangan tempatan seperti teh, buah – buahan dan snek tempatan. Setibanya di perkampungan Black H’mong Village of Lao Chai, tetamu berpeluang menyaksikan bagaimana kehidupan seharian kaum ini. Kemudian berjalan kaki dari Lao Chai menuju ke Ta Van Village dimana suku kaum Zay menetap. Di sini tetamu akan mendaki bukit, berjalan menyelusuri hutan buluh dan berehat menikmati pemandangan air terjun yang indah. Kemudian tetamu dibawa makan malam di restoran istimewa masakan kaum Sapa. Daftar masuk hotel dan tetamu bebas berjalan – jalan meneroka bandar Sapa.
Sarapan pagi di hotel. Mulakan hari yang indah dengan bertolak ke Gunung Fansipan yang terkenal dengan jolokan `Roof of Indochina’. Menaiki mountan train yang terletak di Sun Plaza dimana rekabentuk luaran bangunan tersebut diinspirasikan oleh bangunan – bangunan yang terdapat di Paris. Mountain Train merupakan laluan kereta api gunung terpanjang di Vietnam. Sampai di puncak, tetamu akan menaiki kereta kabel ke puncak gunung tertinggi semenanjung Indochina. Dari puncak gunung tersebut, nikmati pemandangan yang luar biasa dengan tumbuh-tumbuhan hijau & subtropika yang subur menjadikan gunung ini sangat cantik. Kembali ke bandar untuk makan tengah hari dan lakukan perjalanan trekking singkat ke Cat Cat Village. Kampung ini adalah sebuah perkampungan kuno kumpulan etnik H’mong yang masih mengekalkan adat dan amalan yang unik. Makan malam di restoran tempatan dan melakukan aktiviti bebas pada waktu malam. Bermalam di Sapa.
Sarapan pagi serta daftar keluar dari hotel dan bertolak pulang ke Hanoi. Setibanya di Hanoi, makan tengahari di restoran halal. Teruskan lawatan ke Temple of Literature iaitu Universiti Kebangsaan pertama di Vietnam yang dibina pada tahun 1070. Sembahyang di Masjid Al-Noor iaitu satu- satunya masjid di Hanoi yang memuatkan seramai 300 orang. Seterusnya tetamu akan dibawa menyaksikan pertunjukan Thang Long Water Puppet yang dikenali Múa rối nước. Pertunjukan ini merupakan persembahan tradisional tradisi rakyat Vietnam yang penuh dengan sejarah, cerita rakyat dan misteri. Kemudian makan malam di restoran halal dan bermalam di Hanoi.
Sarapan pagi di hotel. Tetamu diberi masa bebas untuk menerokai Hanoi atau menikmati masa membeli-belah di Dong Xuan market dan Old Quarter. Kemudian daftar keluar dari hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Pakej Termasuk
Tidak Termasuk
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.