5H4M Jakarta Bandung Lembang 

0
  • 5H4M
  • Max Guests : 25
  • 18 Dec 2023

Laluan Lawatan

JAKARTA-BANDUNG-LEMBANG

Pakej Jakarta Bandung Lembang ini merangkumi lawatan ke 3 bandar dengan 2 hotel yang berbeza, 

Tarikh Pelepasan

  • 18 Dec 2023

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

OD 316

KUL

CGK

1125

1230

OD 315

CGK

KUL

1310

1615

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

BIL MALAM

BANDUNG

4*

GOLDEN FLOWER HOTEL OR SIMILAR

3

JAKARTA

3*

BEST WESTERN HOTEL OR SIMILAR

1

Harga Pakej

KATEGORI

SINGLE

TWIN / TRIP

CHD TWIN

CHD WITH BED

(02 – 10 Years Old)

CHD NO BED

(02 – 10 Years Old)

NORMAL

RM 3,350

RM 2,990.00

RM 2,990

RM 2,850

RM 2,650

Itinerary

Hari 1 - KLIA – Jakarta – Bandung (MOM/MT/MM)

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Dijemput oleh pemandu pelancong tempatan, kemudian bertolak ke Taman Mini Indonesia Indah, ia adalah taman rekreasi berasaskan budaya mewakili kepelbagaian budaya Indonesia. Makan tengahari di restoran di Sederhana. Tiba di Bandung, kunjungi Rumah Sulam untuk membeli-belah. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel di Bandung.

 

Hari 2 - Bandung - Shopping (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Singgah bergambar di Gedung Sate, merupakan salah satu bangunan lama yang ikonik di Kota Bandung. Membeli-belah di Pasar Baru Trade Center. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke Farm House yang terletak di Lembang. Membeli-belah di Rumah Mode / Cihampelas Jeans Center yang terkenal dengan tekstil, jeans dan tshirt. Makan malam di restoran tempatan. Singgah membeli-belah di Factory Outlet sebelum pulang ke hotel.

Hari 3 - Tangkuban Perahu – The Lodge Maribaya (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke The Lodge Maribaya menikmati pemandangan kawasan pergunungan. Kemudian ke Fairy Garden, taman rekreasi yang bertemakan fantasi pari-pari. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke Gunung Tangkuban Perahu, gunung berapi tidak aktif yang terkenal dengan pemandangan yang indah dan juga terdapat kolam air panas. Selepas itu, menuju ke Floating Market. kemudian membuat lawatan bandar di Asia Africa Street, Braga Street dan Bandung Square. Makan malam di hotel atau restoran tempatan

Hari 4 - Kawah Putih – Glamping – Jakarta (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Memulakan lawatan ke Kawah Putih, menikmati pemandangan yang luar biasa pada ketinggian 2090-meter dan tasik yang dikelilingi oleh bukit-bukit yang indah. Meneruskan lawatan ke Glamping Lakeside Patenggang, bertempat di Situ Patenggang, Bandung. Pelancong juga dapat melihat pemandangan Gunung Patuha yang mempunyai daya tarikan alam yang luar biasa. Anda juga akan merasai suasana sejuk apabila kabus turun dari puncak Gunung Patuha. Makan tengahari di restoran tempatan. Bertolaka ke Jakarta, dan melawat Monas National Monument, Menara setinggi 433 kaki, memperlihatkan pemandangan indah bandaraya Jakarta dari puncak Menara. Singgah solat di Masjid Istiqlal, merupakan masjid terbesar di asia. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel.

Hari 5 - Jakarta – Klia (SP/MOB)

Sarapan pagi di hotel, kemudian daftar keluar dari hotel. Melawat Kota Tua di Jakarta. Membeli-belah di ITC Mangga Dua sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Sarapan pagi di hotel sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara Pakej Jakarta Bandung Lembang
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM2,990

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

276

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you