- Call us 24 hours, 7 days
- 1800 18 2884
- 0102852884
PAKEJ TAIWAN MELIPUTI TAIPEI
HARI |
PESAWAT |
DARI |
KE |
PERLEPASAN |
KETIBAAN |
01 |
D7 378 |
K. LUMPUR |
TAIPEI |
0940 |
1440 |
05 |
D7 379 |
TAIPEI |
K. LUMPUR |
1550 |
2040 |
BANDAR |
RATING |
MALAM |
NAMA HOTEL |
Taipei |
3* |
4 |
HOTEL WALKER ATAU SETARAF |
KATEGORI HARGA |
BILIK SEORANG |
BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BERKATIL |
KANAK-KANAK TANPA KATIL |
Dewasa |
RM 4090 |
RM 3490 |
RM 3490 |
RM 3090 |
RM2890 |
Warga Emas |
RM 4040 |
RM 3440 |
– |
– |
– |
FIESTA |
RM 3790 |
RM 3190 |
RM 3190 |
RM 2790 |
RM 2590 |
Warga Emas |
RM 3740 |
RM 3140 |
– |
– |
– |
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) untuk penerbangan ke terus ke Taiwan. Makan malam di restaurant halal sebelum daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel, bertolak Shifen Old Street dimana keunikan tempat ini adalah ciri-ciri tradisional masih dikekalkan dan terdapat laluan kereta api diantara kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan cenderahati. Aktiviti popular disini adalah menerbangkan tanglung di atas laluan keretapi selepas menulis impian, harapan dan cita-cita anda di atas tanglung tersebut.Lokasi popular yang menjadi tarikan pelancong ke Taiwan adalah Jiufen Old Street merupakan bekas bandar perlombongan emas dimana anda akan melalui lorong-lorong kecil yang dipenuhi kedai-kedai yang menjual pelbagai barang seperti nasi pulut dan kek tora. Setelah makan tengahari di restaurant, bertolak ke Yehliu Geopark iaitu antara lokasi terindah yang mana terdapat kira-kira 20 bentuk batu karang di pesisir pantai yang terletak di daerah Wanli. Formasi batu-batan yang unik ini terhasil daripada pukulan gelombang air laut, angin dan cuaca serta pergeseran kerak bumi. Bertolak pulang ke Taipei untuk makan malam dan berehat di hotel.
Sarapan pagi di hotel, menuju ke Chiang Kai-shek Memorial Hall iaitu dewan peringatan pemimpin politik dan pemimpin tentera di China abad ke-20. Melawat bangunan President Office yang terletak di Jalan Chongqing dimana bangunan ini dibina pada zaman penjajahan jepun. Peserta juga akan dibawa ke Taipei Underground Shopping Street. Ia merupakan pusat membeli belah bawah tanah terbesar di Taipei meliputi fesyen, elektronik, makanan dan lain – lain. Mengunjungi Beitou Hot Spring Museum iaitu museum kolam air panas yang dibina pada tahun 1913 mengunakan rekabentuk gaya jepun. Seterusnya mengunjungi Thermal Valley iaitu salah satu sumber yang membekalkan mata air panas di Beitou. Mengunjungi Shilin Flower Garden yang terbahagi kepada beberapa taman iaitu bercirikan barat serta timur. Bunga- bunga yang ditanam akan mekar mengikut musim dan memberikan pemandangan yang menakjubkan sepanjang tahun. Bertolak pulang ke hotel setelah makan malam.
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Yongle Fabric Market yang terletak di Dadaocheng merupakan pasar kain terbesar di Taipei sejak dari zaman penjajahan Japan. Ia adalah pasar bercirikan tradisional dengan ratusan gerai di dalamnya. Menunaikan solat di Grand Mosque Taipei iaitu masjid terbesar di Taiwan. Setelah itu berkunjung ke Four Four South Village iaitu sebuah bekas perkampungan tentera yang telah diubah menjadi taman budaya. Kini ia dipenuhi dengan kafe-kafe moden , kedai seni dan kraf, kedai buku dan pusat komuniti. Pasar malam di Taiwan tarikan destinasi pelancongan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong luar negara. Salah satunya adalah Ximending iaitu destinasi wajib di lawati apabila berada di Taiwan. Tarikan tersendiri termasuk susunan kedai dan barang jualan yang lebih banyak, moden dan lebih banyak pilihan dari Shilin Night Market. Seterusnya melawat ke bangunan ikon kebanggaan rakyat Taiwan iaitu Taipei 101 (tak termasuk observatory deck) yang terletak bersebelahan dengan shopping mall terkenal Taipei 101 mall. Makan malam dan berehat di hotel
Setelah sarapan pagi dihotel, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei untuk menaiki pesawat penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Pakej Termasuk
Tidak Termasuk
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.