6H4M CHANGSHA + ZHANGJIAJIE

Changsha - Changde - Zhangjiajie
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2490

SkyBridge Terpanjang di Dunia!
Harga Normal: RM 3,090
Dewasa: RM 2490
Warga Emas: RM 2450
SkyBridge Terpanjang di Dunia!
Harga Normal: RM 3,090
Dewasa: RM 2490
Warga Emas: RM 2450

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – CHANGSHA

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Changsha. Dijemput oleh pemandu pelancong dan bertolak ke Hotel. Daftar masuk hotel.

Hari 2CHANGSHA – CHANGDE – ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Changgde dan dibawa melawat ke Liuye Lake. Kemudian bertolak ke Zhangjiajie dan melawat Grand Canyon Glass Bridge yang merupakan jambatan kaca panjang dan tertinggi di Dunia. Seterusnya, membeli-belah di Xibu Walking street yang terletak di daerah Wulingyuan Zhangjiajie and terletak bertentangan dengan pemerintah daerah di Wuling Road. Ia merupakan deretan yang menjual pelbagai jenis makanan dan snek yang terkenal di China.

Hari 3ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke lokasi penggambaran filem Avatar dan berpeluang menaiki Bailong Elevator (1 way elevator) yang merupakan lif kaca yang dibina di sisi tebing besar di Kawasan Wulingyuan di Zhangjiajie yang memiliki ketinggian 326 m dan merupakan lift tertinggi di dunia. Seterusnya dibawa menikmati keindahan alam semulajadi di Mihun Tai (Enchanting Platform). Meneruskan perjalanan ke Tianxia Diyi Qiao yang merupakan sebuah gerbang gua semulajadi dan juga dikenali sebagai First Bridge under the sun. Lawatan ke Xihai Stone Forest, Yubi Peak dan Tianzi Mountain (1 way cable car). Lawatan diteruskan ke Jing Bian Xi (Golden Whip Stream) Terletak di timur Taman Hutan Nasional Zhangjiajie, yang dinamakan sempena Rock Whip Rock yang panjangnya 380-meter. Makan tengahari, membeli belah di Silk shop, dan Pusat Herba Tradisional sebelum makan malam di restoran tempatan halal. Bertolak pulang dan daftar masuk hotel.

Hari 4ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan di Zhangjiajie diteruskan dengan melawat Tianmen Mountain, yang digelar sebagai gunung paling indah di dunia. Pemandangan di sini termasuk lah Heaven’s Door dan 99 Bends, dan Glass Skywalk di tebing gunung. Lawatan disini termasuk menaiki kereta kabel terpanjang di dunia, menjadikannya salah satu tempat lawatan terbaik di sini. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan halal. Bertolak pulang ke hotel.

Hari 5ZHANGJIAJIE – CHANGSHA – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat Junsheng Painting Institute dan Zhangjiajie Museum. Bertolak ke Changsha, mempunyai masa terluang di Xuang Xing Road Walking street. Disini terdapat pusat membeli belah, kedai makanan ringan yang popular. Makan tengahari, kemudian membeli belah di Tea shop, Jewellery shop dan Latex shop sebelum makan malam di restoran tempatan halal. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Hari

PENERBANGAN

DARI

KE

PERLEPASAN

KETIBAAN

01

D7 352

K.LUMPUR

CHANGSHA

1720

2230

06

D7 353

CHANGSHA

K.LUMPUR

2320

0355+1

Tarikh

22 Jun | 24 Aug | 14 Sep 2020

Hotel

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

Changsha

3*

1

Hotel Hunan Sanhe atau setaraf

Zhangjiajie

3*

3

Hotel International Splendid East atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri

Hubungi kami sekarang