[22 Oct 2023] 6H4M Dubai +Sharjah+ Abu Dhabi Muslim Tour

0
  • 6H4M
  • Max Guests : 32
  • 22 Oct, 12 Nov, 3 Dec, 17 Dec 2023
    21 Jan, 11 Feb, 3 Mar 2024

Laluan Lawatan

DUBAI – ABU DHABI – SHARJAH

 

Tarikh Pelepasan

  • 22 Oct 2023
  • 12 Nov 2023
  • 3 Dec 2023
    + Surcaj RM400
  • 17 Dec 2023
    + Surcaj RM400
  • 21 Jan 2023
  • 11 Feb 2023
  • 3 Mar 2023

Jadual Penerbangan

JADUAL PENERBANGAN

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

G9 801

K. LUMPUR

SHARJAH

1010

1325

05

69 800

SHARJAH

K. LUMPUR

2140

0910+1

  TARIKH PENERBANGAN: 22 Oct 2023

 

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

G9 801

K. LUMPUR

SHARJAH

0940

1320

05

69 800

SHARJAH

K. LUMPUR

2140

0840+1

  TARIKH PENERBANGAN: 12 Nov, 3* & 17* Dec 2023, 21 Jan, 11 Feb, 3 Mar 2024
*Surcaj tambahan RM400

Hotel Penginapan

DESTINASI

BIL. MALAM

RATING

NAMA HOTEL

Dubai

04

4*

Hotel Golden Tulip atau setaraf

Harga Pakej

KATEGORI HARGA

BILIK SEORANG

BILIK BERDUA

KANAK- KANAK BILIK BERDUA

KANAK- KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

DEWASA

RM 5790

RM 5090

RM 4990

RM 4590

RM 4490

WARGA EMAS

RM 5690

RM 4990

FIESTA

RM 5490

RM 4790

RM 4690

RM 4290

RM4190

WARGA EMAS

RM 5390

RM 4690

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur - Dubai

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Dubai. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah, tetamu akan di bawa untuk bergambar di King Faisal Mosque, ia dinamakan sempena nama bekas pemerintah Arab Saudi Raja Faisal Arab Saudi dan juga Sharjah Fort yang dibina pada tahun 1823 yang pernah berfungsi sebagai pusat pemerintah, kediaman diraja, penjara dan kini museum. Seterusnya, tetamu berpeluang untuk membeli belah di Blue Souk yang terdapat lebih daripada 600 kedai yang menjual barang kemas, minyak wangi, pakaian dan sebagainya. Makan tengahari sebelum bertolak ke Dubai untuk photo stop di Dubai Frame, struktur ikonik yang ‘membingkai’ pemandangan dubai lama dan baharu juga berfungsi sebagai jambatan metafora yang menghubungkan masa lalu Dubai serta masa kini. Kemudian, singgah di Leather Shop membeli-belah barangan kulit buatan khas tempatan. Makan malam di restaurant tempatan sebelum daftar masuk hotel.

Hari 2 - Dubai – Desert Safari (SP/MT/MM)

Seusai sarapan di hotel, tetamu akan di bawa ke Al Fahidi Historical Neighbourhood juga dikenali sebagai Al Bastakiya merupakan salah satu tapak warisan tertua di Dubai dimana bangunan-bangunan telah wujud sejak awal abad ke 20. Selain itu, tetamu turut berpeluang untuk menaiki teksi air Abra untuk ke Gold and Spice Souk. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian, pulang ke hotel untuk bersiap sedia ke Desert Safari. Pelawat berpeluang merasai pemanduan 4×4 merentasi beting pasir ‘sand dunes’ yang menyeronokkan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Singgah sebentar di Desert Camp dan berpeluang untuk membuat aktiviti seperti menunggang unta, berinai (henna) dan memakai pakaian tradisional dubai. Makan malam BBQ bufet disediakan serta tetamu akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan pulang ke hotel. 

Hari 3 - Dubai – Abu Dhabi- Dubai (SP/MT)

Selesai bersarapan di hotel, bertolak ke Abu Dhabi. Peserta lawatan akan dibawa untuk melawat Sheikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Abu Dhabi. Setelah sesi photo stop Emirates Palace, Ferrari World, dan Etihad Tower, tetamu berkesempatan berjalan sepanjang pesisiran The Corniche sambil menyaksikan keindahan pantai barat laut bandar Abu Dhabi. Bertolak ke Dubai untuk melawat taman Festival Global Village (hanya pada Oct ke atas) yang menggabungkan budaya dari 90 buah negara seluruh dunia dan terdapat pelbagai jenis pilihan makanan sebelum pulang ke hotel. Makan malam atas perbelanjaan sendiri.

Hari 4 - Dubai Tour (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa untuk bergambar di hotel yang terkenal di dunia iaitu Al Burj Arab Jumeirah dan photo stop di Jumeirah Mosque. Selepas itu, tetamu berpeluang bergambar di Atlantis the Palm dan menikmati keindahan sepanjang Jumeirah Beach Road sebelum di bawa ke carpet shop yang menjual pelbagai permaidani Iran dan macam-macam lagi. Makan tengah hari dan bertolak ke Dubai Mall yang merupakan pusat beli belah kedua terbesar di dunia dan menyediakan lebih dari 1000 kedai seperti Adidas, Nike, Pandora, Gucci, LV dan macam-macam lagi. Peserta akan diberi masa bebas untuk membeli-belah dan bergambar dengan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang berketinggian 830-meter dan pertunjukan Dubai Music Fountain. Setelah itu, tetamu dibawa menikmati pelayaran sepanjang Dubai Creek pada waktu malam dan makan malam di atas kapal Dhow Cruise sambil berhibur dengan persembahan kebudayaan sebelum pulang ke hotel.

Dubai – Lapangan Terbang (SP)

Sarapan pagi dan aktiviti bebas atau tetamu ingin mengambil pakej pilihan sehingga daftar keluar hotel. Seterusnya bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 6 - Dubai - Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Penginapan 4 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Abra Water Taxi, 4WD Dune Bashing, Global Village (Oct ke atas) dan Miracle Garden.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara Pakej Dubai
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
  • Lawatan pilihan: Anggaran Hargaa. Burj Khalifa (124th floor) – USD 45
    b. Top Dubai Frame – USD 15
    c. Ski Dubai – bermula dari USD 58
    d. Museum of the Future – USD 39 (1month in advance)
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM4,790

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Hantar Itinerary
Ke WhatsApp

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

152

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you