[8 Dec 2023] 6H4M Seoul Ski

0
  • 6H4M
  • Max Guests : 25
  • 8 Dec 2023

Laluan Lawatan

PAKEJ SEOUL SKI INI MELIPUTI SEOUL – NAMI ISLAND – SKI HILL RESORT – LOTTE WORLD THEME PARK 

 

 

Tarikh Pelepasan

  • 8 Dec 2023

Jadual Penerbangan

Hari    

Penerbangan   

Dari

Ke

ETD    

ETA    

01

MH 66

K. LUMPUR

INCHEON

2330

0710

06

MH 67

INCHEON

K. LUMPUR

1100

1635

Hotel Penginapan

DESTINASI   

RATING   

BIL. MALAM  

HOTEL

Seoul

3*

4

Hotel Travelodge Dongdaemun atau setaraf

Harga Pakej

KATEGORI HARGA 

BILIK SEORANG  

BILIK BERDUA  

KANAK-KANAK BILIK BERDUA    

KANAK-KANAK BERKATIL   

KANAK-KANAK TANPA KATIL  

DEWASA

RM 5890

RM 4990

RM 4990

RM 4990

RM 4290

WARGA EMAS 

RM 5840

RM 4940

FIESTA 

RM 5590

RM 4690

RM 4690

RM 4390

RM 3990

WARGA EMAS

RM 5540

RM 4640 

 

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Incheon

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Incheon, Seoul.

Hari 2 - Seoul – Nami Island (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Incheon, peserta akan dibawa menuju ke Pulau Nami yang cukup romantik dan terkenal. Tetamu berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar sepanjang perjalanan dengan pokok-pokok indah yang juga merupakan tempat dimana drama popular Winter Sonata di filemkan. Solat dan makan tengah hari sebelum bertolak ke N Seoul Tower atau lebih dikenali dengan Namsan Tower merupakan mercu tanda ikonik Korea serta salah satu tarikan yang menarik pelancong domestik dan antarabangsa mengunakan ev bus. Kemudian, tidak sah jika tidak ke masjid pertama dan satu-satunya masjid yang ada di Seoul, Seoul Central Mosque yang terletak di kawasan Itaewon. Tetamu juga berpeluang menerokai Itaewon Street adalah salah satu kawasan kejiranan yang paling popular di Seoul yang terkenal dengan pelbagai budaya serta trend terkini. Makan malam di restaurant halal sebelum daftar masuk hotel.

Hari 3 - Seoul – Lotte World Theme Park (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa menuju ke Ski Resort, setibanya disana peserta akan melakukan aktiviti yang ditunggu- tunggu iaitu bermain salji dan ski. (Note: peralatan sewa ski tidak termasuk dalam pakej). Setelah berseronok bermain ski, peserta akan bertolak ke Seoul menuju ke Lotte World Theme Park adalah taman tema indoor terbesar di dunia yang menawarkan perarakan dan persembahan yang hebat serta permainan yang menakjubkan untuk semua peringkat umur. Makan malam di restoran sebelum bertolak pulang ke hotel.

Hari 4 - Seoul (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Gyeongbokgung Palace; istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395 dan melepasi President Blue House yang merupakan kediaman rasmi untuk Presiden Korea. Meneruskan lawatan ke Seaweed Museum dan berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional Hanbok. Membeli barang hasil buatan tempatan di Pusat Ginseng, Red Pine Shop dan Cosmetic Outlet. Berkunjung ke Hongdae, anda boleh mencari pelbagai barangan dari hujung rambut ke kaki dengan harga yang berbaloi serta mengikut trend terkini.Makan malam dan berehat di hotel.

Hari 5 - Seoul (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Insadong Cultural Street adalah kawasan kejiranan yang popular dimana jalan-jalan dipenuhi dengan galeri seni, restoran dan kafe estetik serta kedai- kedai kecil yang menjual pelbagai seni kraftangan. Seterusnya ke Bukchon Hanok Village, perkampungan yang merangkumi kira – kira 900 buah rumah yang masih mengekalkan keindahan seni bina hanok dan bekas tempat para pegawai dinasti Joseon dan bangsawan kaya tinggal ratusan tahun dahulu. Mengunjungi Cheonggyecheon Stream ialah aliran sepanjang 11 km yang mengalir melalui pusat bandar Seoul. Dicipta sebagai sebahagian daripada projek pembaharuan bandar, Cheonggyecheon Stream dulu wujud sebagai pemulihan aliran semasa Dinasti Joseon (1392-1910). Membeli belah di Myeong-dong Fashion Street yang merupakan syurga membeli-belah fesyen terkini bagi golongan muda dan dewasa. Pelbagai barangan seperti baju, kasut, bag dan bermacam lagi terdapat di sini. Tidak lupa juga Namdaemun Market, pasar tradisional yang masih kekal sehingga kini. Makan malam dan pulang ke hotel

Hari 6 - Seoul – Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi di hotel. Membeli belah cenderahati di Local Supermarket untuk dibawa pulang sebelum ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Gyeongbokgung Palace & Lotte World Theme Park
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara Pakej Seoul Ski
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara Pakej Seoul Ski
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM4,690

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Hantar Itinerary
Ke WhatsApp

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

493

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you