6H5M GUILIN + YANGSHUO + GUANGZHOU

Guilin - Li River - Crown Cave - Yangshuo - Shangri-La - Guangzhou
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2,390

Panorama Yang Sungguh Memukau!
Harga Normal: RM 2,690
Harga Fiesta: RM 2,390
Warga Emas: RM 2,350
Panorama Yang Sungguh Memukau!
Harga Normal: RM 2,690
Harga Fiesta: RM 2,390
Warga Emas: RM 2,350

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - HONG KONG - GUILIN (MM)

Peserta akan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Guilin melalui Hong Kong. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Liangjiang Guilin, peserta akan bertemu dengan pemandu pelancong kami. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, di bawa ke Chongshan Mosque untuk menunaikan solat. Selepas makan malam di restoran tempatan, tetamu akan di bawa membeli belah di Zhengyang Shopping Street salah satu tarikan beli-belah yang pertama di Guilin yang menjual pelbagai barangan China seperti pakaian, kasut, beg dan macam-macam lagi. Daftar masuk hotel dan bermalam di Guilin

Hari 2GUILIN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di restoran. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat ke Crown Cave iaitu sebuah gua batu kapur semulajadi yang amat unik bentuk semulajadinya, tambah menarik bila dilimpahi dengan lampu berwarna-warni dan terletak di sebuah bukit berbentuk seperti mahkota. Tetamu akan dibawa untuk makan tengah hari di restoran dan solat di Qian Jing Mosque. Kemudian dibawa untuk membeli-belah di Silk Market yang amat terkenal sebagai kawasan mencari barangan fabrik terutamanya sutera. Seterusnya melawat ke Elephant Trunk Hill yang merupakan mercu tanda dan simbolik kepada bandar Guilin. Bentuk bulat di bawah belalai gajah itu dikenali sebagai Water-Moon Cave kerana pada waktu malam, bayangan bulan dapat dilihat pada lengkongan batu dan nampak seakan-akan terapung di atas air. Ianya terletak di pertemuan Sungai Taohua dan Sungai Lijiang. Makan tengahari di restoran dan seterusnya melawat sekitar Rong Shan Lakes. Di sini peserta akan dapat melihat keindahan Sun & Moon Pagoda, Nine Turning Bridge dan Ancient South City Gate. Sememangnya cukup menakjubkan mata memandang. Tetamu kemudiannya dibawa membeli belah di Baoshutang. Makan malam di restoran dan kembali ke hotel.

Hari 3GUILIN - YANGSHUO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di restoran dan bertolak ke Yangshuo untuk melawat Shangri-la Park yang merupakan sebuah kawasan semula jadi yang sangat indah sambil menikmati pemandangan yang berlatar belakangkan gunung-ganang, gua, dan sungai. Makan tengah hari di restoran. Selain itu, tetamu juga dapat berjalan-jalan di sekitar bangunan-bangunan tradisional dan melihat beberapa penduduk tempatan membuat kraf tangan dan bermain alat muzik. Makan malam di restoran dan kemudiannya peserta akan dibawa ke Yangshuo West Street yang juga dikenali sebagai “Global Village”, merupakan jalan tertua di Yangshuo yang mempunyai sejarah lebih daripada 1400 tahun. Pelbagai barangan ada di sini seperti baju, kasut, cenderahati dan sebagainya. Pulang semula ke hotel.

Hari 4YANGSHUO - GUANGZHOU (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di restoran. Bertolak ke Stesen Keretapi Yangshuo untuk menaiki keretapi laju Bullet Train ke bandar Guangzhou. Setibanya di Guangzhou, peserta akan dibawa untuk makan tengahari di restoran, solat di Saad Bin Abi Waqqas Mosque atau dikenali sebagai Masjid Besar Kanton dan ianya telah dibina sejak tahun 1300 dahulu. Kemudian peserta akan di bawa untuk membeli belah di Beijing Road Shopping Street yang merupakan pusat membeli-belah yang paling popular dan murah. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 5GUANGZHOU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di restoran. Memulakan lawatan dengan melawat Yuexiu Park yang merupakan satu taman terbesar di bandar Guangzhou dan terdiri daripada tiga tasik buatan dan tujuh bukit di Yuexiu Mountain. Taman ini merupakan satu daripada lapan tarikan baru di Guangzhou dan tarikan utama di taman ini ialah Five Rams Stone Sculpture yang menjadi mercu tanda kota Guangzhou. Kemudian berhenti foto di Canton Tower yang merupakan menara TV yang tertinggi di dunia seterusnya melawat di sekitar Flower City Square yang merupakan kawasan taman bunga yang amat luas dan lebih beratus pokok-pokok besar ditanam di sekitarnya. Peserta akan di bawa solat di Huaisheng Mosque. Seterusnya di bawa membeli-belah di Haiyin Fabric Market dan Elektronik Market. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 6GUANGZHOU - HONG KONG - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun untuk menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

AK 156

KUL

KWL

0605

1005

AK 117

CAN

KUL

2220

0205

Tarikh

12 Sep 2019

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Guilin 4* Hotel Universal Guilin atau setaraf
Yangshuo 4* Days Hotel Frontier Yangshuo atau setaraf
Guangzhou 4* Royal Tulip Luxury atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 5 malam di hotel 4* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Shangri-la, Crown Cave dan Elephant Trunk Hill.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Urusan visa memasuki China.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Ingeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri