7H4M MELBOURNE

MELBOURNE- PHILLIP ISLAND – GREAT OCEAN ROAD- YARRA VALLEY
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 4690

Price
Harga Normal: RM 5290
Dewasa: RM 4690
Warga Emas: RM 4650
Price
Harga Normal: RM 5290
Dewasa: RM 4690
Warga Emas: RM 4650

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – AVALON

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) untuk penerbangan ke Melbourne, Australia.

Hari 2 AVALON – MELBOURNE (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Avalon, peserta akan bertemu dengan pemandu pelancong dan di bawa ke Bandar Melbourne. Memulakan lawatan mengenali bandar ini antaranya Flinders Street Railway Station iaitu stesen keretapi yang paling sibuk di Melbourne dimana kira kira sebanyak 77,153 penguna setiap hari. Teruskan lawatan ke Parliament House, Melbourne Town Hall, Federation Square dan St Patrick Cathedral dan juga Chinatown. Singgah sebentar di Shrine of Remembrance ialah memorial yang dibina untuk memperingati lelaki dan wanita yang terkorban pada perang dunia pertama. Berjalan -jalan di Fitzroy Garden – taman yang berkeluasan 26 hektar bercirikan zaman era Victorian. Di sini juga terletaknya Cottage Captain James Cook, kapten British Royal Navy yang juga seorang penjelajah terkemuka. Anda berpeluang membeli belah di Queen Victoria Market (tutup Isnin,Rabu & cuti umum)- pasar terbuka yang paling terbesar di sana. Makan malam di restaurant sebelum daftar masuk hotel.

Hari 3MELBOURNE – PHILIP ISLAND – MELBOURNE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Pantai Brighton untuk photo stop di Brighton Bathing Boxes yang berwarni -warni. Teruskan lawatan ke Maru Koala & Animal Park untuk merasai pengalaman mengetam bulu kambing biri-biri, berinteraksi secara dekat Koala dan Kangaroo iaitu ikon comel negara Australia dan banyak lagi. Makan tengahari secara buffet di taman tersebut. Melihat tarikan eko pelancongan di Nobbies Centre dan anda mungkin berpeluang melihat anjing laut secara dekat kerana ia merupakan rumah kepada populasi anjing laut yang terbesar di Australia. Tetamu akan dibawa ke Phillip Island Chocolate Factory bagi demonstrasi pembikinan coklat dan berpeluang membeli coklat yang baru sahaja dihasilkan untuk dibawa pulang. Tak lupa juga Taman Tema Unik Maze N Things. Tidak lengkap lawatan ke Phillip Island jika tidak mengunjungi Perarakan Penguin di Phillip Island Nature Park. Anda boleh menyaksikan segerombolan penguin pulang ke sarang. Makan malam dan pulang semula ke hotel.

Hari 4MELBOURNE – GREAT OCEAN ROAD – MELBOURNE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Mulakan perjalanan ke Great Ocean Road yang merupakan antara salah satu jalan yang tercantik di dunia. Ianya telah dibina pada tahun 1919 sehingga 1932 oleh bekas tentera yang berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua dan didedikasikan kepada mereka yang telah gugur dalam peperangan berkenaan. Jalan ini telah menghubungkan beberapa bandar di Australia iaitu Torquay-Lorne-Apollo Bay-Port Campbell-Warnambool dan berakhir di Port Fairy. Kebanyakan pengunjung singgah melawat di tempat-tempat ini semasa melalui Jalan Great Ocean ini, kerana ianya mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri. Daya tarikan utama di jalan ini adalah 12 apostles, Ia sebenarnya merupakan sekumpulan struktur batu kapur yang terbentuk jutaan tahun yang lalu disebabkan hakisan ombak dan juga cuaca ekstrem di sekitar Lautan Selatan. Struktur-struktur ini adalah sebahagian daripada daratan dan disebabkan hakisan ombak, gua-gua dan lubang hembusan terbentuk. Fenomena hakisan ombak berlaku secara berterusan menyebakan gua-gua atau lubang hembusan menbentuk arca-arca. Apabila arca-arca tersebut roboh, maka terbentuklah struktur yang ada sekarang. Sebenarnya, jumlah asal struktur ini bermula dengan 9 tetapi pada Julai 2005, salah sebuah struktur tersebut roboh. Struktur-struktur ini mempunyai ketinggian 50 meter. Meneruskan lawatan ke Loch Ard Gorge yang terletak tidak sampai 5kilometer dari The Twelve Apostle. Loch Ard Gorge juga menempatkan struktur menarik seperti Razorback Rock dan Tom & Eva. Patah balik ke bandar untuk makan malam dan berehat di hotel.

Hari 5MELBOURNE FREE DAY (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas untuk peserta untuk melakukan aktiviti pilihan.

Hari 6MELBOURNE – YARRA VALLEY - AVALON– KUALA LUMPUR (SP/MT)

MELBOURNE – YARRA VALLEY – AVALON– KUALA LUMPUR (SP/MT)

Hari 7KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 4690 RM 5690 RM 4490 RM 4290 RM 3790
Warga Emas RM 4650 RM 5650

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

D7 218

K.LUMPUR

AVALON

2230

0925

06

D7 217

AVALON

K.LUMPUR

2245

0400+1

 

Tarikh

24 Jul | 20 Aug | 23* Oct 2020

*RM100

Hotel

BANDAR

BIL.MALAM

RATING

NAMA HOTEL

Melbourne

4

3*

Hotel Ibis Kingsgate atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri

Hubungi kami sekarang