Harga Normal | : | RM 3,790 |
Harga Fiesta | : | RM 3,590 |
Warga Emas | : | RM 3,550 |
Harga Normal | : | RM 3,790 |
Harga Fiesta | : | RM 3,590 |
Warga Emas | : | RM 3,550 |
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Seoul. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Incheon, tetamu akan disambut oleh wakil kami. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel. Kemudian menuju ke Pulau Nami yang cukup romantis dan terkenal. Tetamu berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar sepanjang jalan dengan pokok-pokok indah yang juga merupakan tempat di mana filem Winter Sonata difilemkan. Solat dan makan tengah hari sebelum bertolak ke Paju yang terletak di Demilitarized Zone (DMZ), sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Setibanya di Paju, peserta di bawa ke Imjingak Village untuk menikmati keindahan Unification Park yang juga terdapat monumen-monumen peringatan Perang Korea dan bergambar di Bridge of Freedom yang penuh bersejarah dengan peristiwa pertukaran 13,000 orang POW ketika tamatnya Perang Korea. Begitu juga dengan Gyeongui Train Line yang musnah ditembak 1,020 kali oleh tentera Korea Utara. Berhenti di Paju Premium Outlet untuk membeli-belah sebelum bertolak pulang ke Seoul. Makan malam dan daftar masuk hotel.
Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke Yongin untuk menghiburkan diri dengan pelbagai jenis permainan yang terdapat di Everland Theme Park. Ada permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua, malah ada juga roller-coaster untuk yang dewasa. Makan tengah hari dan solat di Everland Theme Park. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Seaweed Museum di mana tetamu berpeluang untuk memakai pakaian tradisi Korea iaitu Hanbok dan belajar cara-cara membuat Kimchi. Lawatan diteruskan ke Daejanggeum Theme Park yang dikenali sebagai set penggambaran drama-drama Korea berbentuk sejarah. Ianya dibina khas bukan sahaja untuk sesi pengambaran tetapi juga untuk mempromosikan budaya masyarakat Korea zaman dahulu kala. Terdapat pelbagai jenis istana dan rumah Korea kuno di sini. Sememangnya tempat terbaik untuk anda bergambar. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Gyeongbokgung Palace; istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395. National Folk Museum dan President Blue House yang merupakan kediaman rasmi untuk Presiden Korea. Seterusnya membeli-belah di Ginseng Centre, Health Food Centre, Cosmetic Store dan Amethyt Factory. Solat di Masjid Negara Seoul dan makan tengah hari di restoran tempatan. Peserta akan di bawa untuk membeli-belah di Myeongdong Street dan Namdaemun Market, pusat komersil membeli-belah terbesar di Seoul dan menjadi tumpuan penduduk tempatan. Menonton persembahan tradisional istimewa Bibap Show sebelum dibawa ke makan malam dan pulang ke hotel.
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa membeli-belah ke Insadong Antique Shop Alley di mana menjadi kegemaran ramai untuk mencari barangan antik, Dunghwa Duty Free dan juga Hongdae Fashion Street yang merupakan syurga membeli-belah fesyen terkini bagi golongan muda dan dewasa. Pelbagai barangan seperti baju, kasut, bag dan bermacam lagi terdapat di sini. Makan tengah hari di restoran dan solat. Seterusnya anda berpeluang untuk mengambil gambar-gambar yang unik di 3D Trick-Eye Museum dan Ice Gallery untuk dikongsi di laman sosial anda. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat Namsan Hanok Village yang mempamerkan 5 buah rumah tradisional Korea di samping hiasan dalamannya yang cukup klasik membuatkan anda rasa seperti hidup di zaman Korea dahulu kala. Menikmati pemandangan indah bandar Seoul dari Namsan View Point. Akhirnya tetamu akan di bawa bersiar-siar di Dongdaemun Street sebelum makan malam di restoran dan pulang ke hotel.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Airlines | From | Timing | To | Timing |
D7 508 | KUL | 1440 | ICN | 2210 |
D7 507 |
ICN | 0935 | KUL | 1520 |
BANDAR | NAMA HOTEL |
Seoul | Hotel Rich Diamond atau setaraf |