7H5M ROMANTISNYA KOREA

INCHEON – NAMI ISLAND – SONGDO – SEOUL
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2950

Termasuk lawatan ke Nami Island!
Harga Normal: RM 3,490
Dewasa: RM 2950
Warga Emas: RM 2890
Termasuk lawatan ke Nami Island!
Harga Normal: RM 3,490
Dewasa: RM 2950
Warga Emas: RM 2890

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG – INCHEON (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk penerbangan ke Seoul melalui Hong Kong. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Incheon, tetamu akan dibawa untuk daftar masuk hotel selepas makan malam.

Hari 2INCHEON – NAMI ISLAND- INCHEON (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian menuju ke Nami Island yang cukup romantis dan terkenal di kalangan penggemar drama Korea. Tetamu berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar sepanjang jalan dengan pokok-pokok indah yang juga merupakan tempat di mana drama Winter Sonata difilemkan. Solat dan makan tengah hari sebelum peserta dibawa melawat ke Songwoldong Fairy Tales Village dimana tetamu boleh bergambar dengan rumah yang dihiasi dengan warna warni seperti di alam fantasi, sesuai dengan namanya. Singgah sebentar ke G Tower iaitu bangunan 33 tingkat yang mempunyai rekabentuk menarik di bandar pintar Incheon. Peserta akan dibawa makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 3SEOUL SHOPPING – INCHEON (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke Gyeongbokgung Palace; istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395 dan National Folk Museum serta melihat Blue House merupakan kediaman rasmi Presiden Korea. Bersolat di Masjid Negara Seoul sebelum membeli belah di Huganbo dan Red Pine Shop serta Myeong-dong Fashion Street yang merupakan syurga membeli-belah fesyen terkini bagi golongan muda dan dewasa. Pelbagai barangan seperti baju,kasut,beg dan bermacam lagi terdapat disini. Menyelusuri Cheonggyecheon Stream iaitu sungai yang telah dibaik pulih kerajaan dan merupakan tempat beriadah warga kota Seoul. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 4SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke Bukchon Hanok Village dimana peserta berpeluang merasai persekitaran seoul lebih 600 tahun yang lalu. Lawatan diteruskan ke kelas membuat Kimchi. Peserta dapat mempelajari bagaimana cara penduduk Korea membuat Kimchi sendiri. Di situ juga peserta berpeluang untuk mencuba dan bergambar bersama Hanbok (pakaian tradisional Korea) secara percuma. Berkunjung ke Cosmetic Shop dan Amethyst Factory sebelum ke Insadong Antique Street. Akhirnya ke Dongdaemun Plaza dan Dongdaemun Market merupakan pasar borong terbesar terdiri dari deretan shopping mall serta kedai . Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 5SEOUL FREE AND EASY (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel. Acara bebas untuk peserta merancang akitivi pilihan serta sendiri.

Hari 6SEOUL – HONG KONG (SP)

Sarapan pagi di hotel. Membeli belah di cenderahati di Local Supermarket untuk dibawa pulang sebelum ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.

Hari 7KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 2950 RM 3650 RM 2790 RM 2450 RM 2150
Warga Emas RM 2890 RM 3590

Jadual Penerbangan

23 Jul 2020

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

KA 730

K.LUMPUR

HONG KONG

0815

1225

01

CX 418

HONG KONG

INCHEON

1425

1915

06

CX 411

INCHEON

HONG KONG

1510

1805

06

KA 727

HONG KONG

K.LUMPUR

2015

0010 + 1

14 SEP | 19 OCT 2020

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

KA 728

K.LUMPUR

HONG KONG

1010

1425

01

CX 416

HONG KONG

INCHEON

1630

2115

06

CX 411

INCHEON

HONG KONG

1505

1755

06

KA 727

HONG KONG

K.LUMPUR

2025

0025 + 1

Tarikh

23 Jul | 14 Sep | 19 Okt 2020

Hotel

BANDAR

RATING

BIL.MALAM

NAMA HOTEL

Seoul

3*

2

Hotel Benikea The M atau setaraf

Incheon

3*

3

Hotel Grand Palace atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan 4 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Everland Theme Park, Gyeongbok Palace, Bibap Show dan 3D Trick Eye Museum.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Ingeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri

Hubungi kami sekarang