7H5M SHANGHAI – SUZHOU – HANGZHOU – DISNEYLAND

ASIATIQUE RIVERFRONT – CHAOPHRAYA RIVER – PATTAYA – MIXT CHATUCHAK SHOPPING MALL
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2650

Meneroka sekitar bandar Saigon.
Harga Normal: RM 3090
Dewasa: RM 2650
Warga Emas: RM 2590
Meneroka sekitar bandar Saigon.
Harga Normal: RM 3090
Dewasa: RM 2650
Warga Emas: RM 2590

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG – SHANGHAI

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Shanghai melalui Hong Kong. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, tetamu akan disambut oleh wakil kami untuk daftar masuk hotel dan berehat.

Hari 2SHANGHAI – SUZHOU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa untuk membeli-belah di Jewellery Centre dan Chenghuangmiao Bazaar untuk dibawa pulang sebagai cenderamata. Singgah sebentar di French Concession untuk melihat bangunan-bangunan yang bercirikan eropah. Makan tengahari di restoran halal tempatan serta menunaikan solat di Xiaotaoyuan Mosque sebelum meneruskan perjalananan ke Suzho untuk membeli-belah di Suzhou Outlet Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal antarabangsa seperti Coach, Bally, Clarks, Dolce & Gabbana, Michael Kors, Paul Frank dan banyak lagi pada harga yang cukup menakjubkan, diskaun sehingga 70% dari harga asal dan ianya adalah asli! Tetamu kemudiannya diberi masa untuk membeli-belah di Silk Factory yang popular dengan pembuatan kain sutera sambil mempelajari bagaimana proses kain sutera China diproses. Abadikan kenangan di Jinji Lake berlatar belakangkan Suzhou Birdnest Stadium sambil menyaksikan kilauan LED yang berwarna-warni. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 3SUZHOU – HANGZHOU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke Pan Men Gate yang merupakan sebuah pintu masuk berusia 2,500 tahun ke kawasan yang dikenali sebagai Pan Gate Scenic Area. Kawasan ini terkenal dengan binaan kuno berusia beribu tahun yang masih terpelihara dengan baik sekali seperti Pagoda of Auspicious Light, Land & Water Gates dan Wumen Bridge dengan persekitarannya yang sangat indah kerana dahulunya kawasan ini merupakan taman diraja. Tetamu kemudiannya akan dibawa melawat Lotus Garden yang cukup popular di seluruh dunia kerana taman ini adalah seperti impian klasik zaman kecil dengan bunga lotus memenuhi tasik dan mengelilingi pavilion (pondok). Bertolak ke Hangzhou untuk merasai pengalaman menaiki river cruise di West Lake yang cukup indah terletak di tengah bandar ini. Makan tengahari sebelum melawat
melawat Dragon Well Tea Farm yang mempunyai sejarah 1,200 tahun sebagai salah satu pengeluar teh yang tersohor di China. Makan tengahari di restoran halal tempatan serta menunaikan solat di Masjid Phoenix. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 4HANGZHOU – SHANGHAI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Shanghai untuk melawati The Bund, destinasi wajib singgah. Lawatan diteruskan ke Oriental Pearl TV Tower iaitu menara komunikasi untuk radio dan TV setinggi 468m. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Nanjing Pedestrian Street yang dikenali sebagai lokasi membeli-belah terbesar di China. People’s Square; taman yang amat terkenal di tengah-tengah kota Shanghai. Kemudian, tetamu dibawa untuk merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Huangpu River Cruise sambil menikmati pemandangan bandar Shanghai. Akhirnya tetamu akan dibawa untuk menyaksikan Acrobatic Show yang sungguh unik dan mendebarkan. Pelbagai jenis persembahan akan dipertontonkan, sememangnya satu pengalaman yang amat menarik. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 5SHANGHAI – DISNEYLAND -SHANGHAI (SP)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa menuju ke Shanghai Disneyland; taman tema kedua dibina di China selepas Hong Kong. Tetamu berpeluang untuk menghiburkan diri bersama keluarga dengan pelbagai jenis permainan yang tersedia di situ. Antaranya ialah Gardens of Imagination yang menawarkan tarikan termasuk Dumbo the Flying Elephant, Fantasia Carousel dan Marvel Universe yang menampilkan pelbagai watak Marvel Super Heroes. Ada juga tarikan Disneytown, Pirates of the Caribbean dan sudah tentulah Enchanted Storybook Castle yang menjadi tarikan paling utama di sini. Pulang ke hotel sesudah selesai pertunjukan bunga api.

Hari 6SHANGHAI – KUALA LUMPUR (SP/MT)

Selesai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat ke Masjid Shanghai Pudong iaitu salah satu masjid utama di Shanghai yang dibina pada tahun 1935. Makan tengahari sebelum menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 7KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 2650 RM 3050 RM 2550 RM 2550 RM 2250
Warga Emas RM 2590 RM 2990

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

OD 522

K.LUMPUR

 BANGKOK

1600

1710

05

OD 523

BANGKOK

K.LUMPUR

1810

2120

 

Tarikh

20 AUG | 12 SEP 2020

Hotel

BANDAR

BIL.MALAM

RATING

NAMA HOTEL

SHANGHAI

3

4*

Hotel Hongyi Boutique atau setaraf

SUZHOU

1

4*

Hotel Wanyue Holiday Inn atau setaraf

HANGZHOU

1

4*

Hotel Dezhu Business atau setaraf

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 3 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri

Hubungi kami sekarang